TOLAK LAGI: Hakim Dengar Kes Liwat Anwar Kekal


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.

"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Rabu lepas, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.

Sekumpulan penyokong Anwar termasuk mereka daripada Permatang Pauh tiba di perkarangan mahkamah Jalan Duta seawal jam 5.30 pagi tadi.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

TAKZIAH.. SEPUPUKU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum
Pagi ini saya dikejutkan dengan berita kembalinya sepupu saya ke rahmatullah jam 8.00 pagi tadi di hospital Seberang Jaya, Butterworth oleh abang saya (Ustaz Sabri). Allahyarhammuha Siti Aishah meninggalkan suami dan anak-anak. Allahyarhammuha juga merupakan salah seorang mangsa Thunami 26 Disember 2004 di Kuala Muda.

Jenazah dijangka dikebumikan pada petang ini selepas solat zohor. Seluruh sanak saudara berkumpul di rumah allahyarhammuha di Penempatan Mangsa Thunami di Kuala Muda. Semoga Rohnya dicucui rahmat Allah SWT. AL-FATIHAH.

Gambar dirakam petang kelmarin di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang

LAGI LAGI SERANG : PR SEMAKIN GAGAH


Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.

Menyingkap: Fifa world cup 2002 - top ten super skills


MOGA BOLASEPAK KITA AKAN SETARAF INI PADA MASA AKAN DATANG

KJ nafi jumpa PM kerana 'krisis' Pemuda.. Betul Ka???


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan bahawa pemimpin pergerakan tersebut dipanggil menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ekoran dakwaan berlakunya pergolakan dalaman.

"Perjumpaan dengan perdana menteri ini hanyalah kebetulan selepas berlakunya beberapa perkara dalam Pemuda Malaysia. Kita tidak membangkitkan isu tersebut.

"Hari ini kita bincang hala tuju Pemuda. Soal mesyuarat Pemuda sebelum ini tidak berbangkit. Kami (anggota Pemuda) bersatu-padu," katanya selepas mengetuai pertemuan dengan Najib di Putrajaya petang ini.

Khairy diminta mengulas spekulasi tersebut selepas sebuah portal berita hari ini yang melaporkan, dakwaan 'pergolakan' dalaman Pemuda Umno akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib hari ini.

Selepas pertemuan hampir dua jam itu, Khairy berkata, Najib sebagai presiden Umno juga sekali lagi menafikan terdapat krisis kepercayaan terhadap kepimpinannya.

"Tiada kena mengena dengan mesyuarat exco yang lepas. Ini bukan pertemuan untuk menghentikan krisis sebab memang tiada krisis," tegasnya yang juga ahli parlimen Rembau.

Sementara itu, dalam pertemuan itu juga, Khairy berkata, Najib memintanya "mendapatkan idea-idea daripada golongan pemuda untuk disalurkan kepada kerajaan."

"Perdana menteri ulangi dalam mesyuarat tersebut, zaman kerajaan tahu segalanya sudah tamat," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, pihaknya akan menggerakkan agenda tersebut dengan secepat mungkin, dijangka dalam tempoh dua atau tiga bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.