Azmil Mustapha Nafi Hina YDP Agong - Inilah Video Ceramahnya Yang Menjadi Kontroversi...



Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.


Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

DS Anwar: Buat Apa JK Khas Parlimen Jika Untuk Diperlekeh


PERMATANG PAUH, 21 Ogos: Datuk Seri Najib Tun Razak, disarankan supaya segera mengadakan pilihan raya sekiranya ingin melihat betapa bersihnya sistem pilihan raya yang dilaksanakan dalam negara ini semasa era pemerintahan BN.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), ketika berucap dalam majlis ceramah di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, malam tadi.

Menurut beliau lagi, Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen, sepertimana yang diwar-warkan oleh Najib tiada manfaatnya sekiranya masih berkeras mahu mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa, tanpa mendapat pandangan dari jawatankuasa yang ditubuhkan itu.

"Buat apa tubuh jawatankuasa, jika hanya untuk diperlekehkan begitu sahaja. Bukan saja maruah ahli jawatankuasa dipermainkan, tetapi Parlimen sendiri dipersendakan oleh Perdana Menteri.

"Masalah senarai pemilih pun belum selesai. Banyak kekeliruan yang timbul. Pelbagai kepincangan telah pun didedahkan, tapi setakat mana ianya telah berjaya diatasi untuk menuju kearah pilihan raya yang bersih," tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut mendedahkan betapa lemahnya SPR apabila sebuah rumah di Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mempunyai seramai 88 pengundi.

Katanya lagi, dari siasatan yang dibuat rumah tersebut hanya mempunyai empat orang penghuni.

Masalah itu juga, katanya bukan satu perkara baru yang muncul menjelang pilihan raya.
"Oleh kerana itu, SPR mesti telus dan turun padang untuk mengatasi masalah ini, tanpa berkiblatkan kepada Umno dan BN sebagai rujukan yang akan mencalarkan imej SPR sendiri.

"Apakah dengan kelemahan yang ada pada SPR ini kita begitu optimis dan yakin, bahawa pilihan raya dalam negara akan menjadi bersih menjelang PRU ke-13 yang akan datang?" soalnya.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Saleh Man.

Al Fatihah : Penulis Novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung" Sdr. Azizi Abdullah Kembali Ke Rahmatullah

http://www.bharian.com.my/articles/AziziAbdullahterlantardiICU/pix_gal0Ustaz Azizi Abdullah, sasterawan yang pernah memenangi beberapa gelaran satera negara telah kembali ke rahmatullah. Arwah telah dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang sejak enam bulan yang lalu akibat tekanan darah tinggi dan komplikasi buah pinggang.

Kediaman arwah adalah di Taman Bersatu, Kulim, Kedah. Setakat ini masih belum diketahui di mana arwah akan disemadikan.

Bersamalah kita berdoa agar rohnya di cucuri rahmat Allah.

Video Hot!! Selepas Tujuh Tahun Seorang Wanita Mendakwa Dicabul 11 Anggota Polis.. Tetapi Kesnya Masih Diawangan.....



Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.


Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.

[Baca berita penuh]

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

- MK

Kenyataan PM Najib Terlalu Angkuh : PAS Mungkin Tidak Sertai JK Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihanraya... Kenapa?

PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.

NONE"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.

Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin.

azlanMengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.

BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Israel Makin Mengganas: Rombongan RADIG 2 Akan Tinggalkan Gaza Serta-Merta

KUALA LUMPUR: Peserta rombongan Ramadan Di Gaza (RADIG 2) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dijangka keluar serta-merta dari Gaza berikutan serangan Israel yang bertubi-tubi.

Serangan itu menyebabkan letupan kuat yang menggegarkan hotel tempat penginapan anggota rombongan itu di tengah-tengah bandar raya tersebut, yangturut membahayakan keselamatan para peserta.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MAPIM yang juga Ketua Misi RADIG 2 berkata mereka kini sedang menunggu arahan daripada pihak berkuasa tempatan danpejabat Duta Malaysia di Mesir untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata sejak 33 anggota misi RADIG 2, termasuk Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di Gaza pada 17 Ogos lalu, mereka sudahmendengar lebih 10 letupan bom yang digugurkan tentera Israel di beberapa tempat awam sehingga mengorbankan beberapa penduduk tempatan termasuk wanita dankanak-kanak.

"Suasana menjadi kelam-kabut dan mencemaskan apabila bunyi letupan kuat bom digugurkan kira-kira satu kilometer dari tempat penginapan ketika kami sedangkhusyuk mendengar tazkirah kira-kira 4.40 pagi ini," katanya.

Mohd Azmi berkata walau bagaimanapun penduduk tempatan kelihatan tidak panik dan tetap mundar-mandir seolah-olah bunyi letupan bom merupakan fenomena biasadi tanah air mereka.

Beliau berkata ahli rombongan RADIG 2 turut dibenarkan melawat tempat letupan bom pertama yang digugurkan Israel di Gaza dengan diiringi pegawai sertapasukan keselamatan tempatan.

Beliau berkata bangunan perpustakaan awam yang baru dibina musnah teruk dan Masjid Sheikh Sayyid Al Nahyan turut terjejas di mana kaca tingkap dan pintunyapecah.

Rombongan itu yang diiringi Datuk Bandar Gaza telah melawat hospital bersalin dan Masjid An Nasar yang terletak kira-kira satu kilometer darisempadan Israel-Gaza.

Beliau berkata kos pembinaan masjid yang baru dibina itu, di atas tapak masjid lama yang berusia lebih 500 tahun, dijangka siap sepenuhnya November iniadalah hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Bangunan masjid tiga tingkat itu boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa, katanya. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.