Gambar2 : Mengapa Ustaz Azhar Idrus "Mengamuk" di UIAM?


Antara ribuan yang hadir

Gombak, 1 Okt : Kehadiran ribuan penuntut, pensyarah, orang ramai dari dalam dan luar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam ternyata meresahkan kontinjen polis Bukit Aman.

Dalam ‘Talk Show’ bersama penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus malam semalam (30 September 2011), jangkaan tidak ramai hadir meleset sama sekali.

Menurut maklumat yang diperoleh, jadual asal ceramah itu bakal dilangsungkan di Masjid UIA, Gombak namun setelah terdapatnya campur tangan pihak luar, tempat terpaksa diubah atas arahan universiti pada saat-saat akhir.


Akan tetapi situasi itu (berubah tempat ke Dewan Experimental) ternyata membuatkan ribuan hadirin yang hadir semakin bersemangat untuk terus setia hingga akhir program.



Suasana di kawasan kaum wanita

Menurut salah seorang penuntut UIA yang juga pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), isu ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA bukanlah sebenar-benarnya berpunca dari pentadbiran UIA itu sendiri.

“UIA pun tak boleh buat apa-apa sebab ada arahan dari Bukit Aman. Jadi, jangan marahkan UIA. Kalau benda ini berterusan, memang ceramah agama akan dihalang dimana-mana selagi Bukit Aman dikuasai oleh kerajaan yang tak suka dengar ceramah.”


“Jadi, solusinya, kita anak-anak muda pakat-pakat bantu untuk tukar kerajaan yang sedang memerintah Bukit Aman skrg. Nanti kita buat kuliah Ust Azhar di Putrajaya plak.”, ujarnya dalam kenyataan di sebuah laman sosial.


Diberitakan ribuan yang hadir semalam sudah mula memenuhi ruang masjid dan pintu masuk dewan ceramah sejak waktu maghrib lagi dan pintu masuk utama juga dikhabarkan penuh dengan kenderaan.


Dengan cubaan halangan itu, pihak penganjur iaitu Ma’ruf Club UIAM telah bersedia dengan segala persiapan bagi keselesaan pengunjung.



Antara hadirin di luar kawasan dewan

Tinjauan mendapati beberapa skrin layar dan ‘speaker’ diletakkan di beberapa tempat termasuk di bawah dewan dan luar dewan.

Di akhir ceramahnya, Ustaz Azhar memberitahu dengan harapan yang tinggi supaya  pihak UIA dapat membenarkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di masjid yang boleh menampung kira-kira 6,000 jemaah dalam satu masa itu satu hari nanti.




Mungkin ramai yang sudah tahu yang dimana Ustaz Azhar Idrus telah singgah ke UIAM untuk memberikan ceramah “We Proud To Be Muslim”


terdapat banyak input yang didapat dari ceramah Ustaz Azhar Idrus ini, selalunya aku dengar dan tonton video ceramah beliau di facebook dan youtube dan pada hari ini dapat mendengar secara live kt UIAM.

walapun terdapat halangan, dikatakan pada mulanya ceramah ini dibuat dimasjid dimana ia boleh memuatkan 6000 orang, namun disebabkan hal yg tak dpt dielakkan terpaksa dipindahkan ke Experimental Hall yang hanya muat 240 org tanpa sebarang penjelasan

disebabkan itu, mereka telah menyediakan 2 lagi tempat untuk mereka yang tidak dapat masuk kedalam Experimental Hall,

bukan aku sorang, bahkan ramai yang tak dapat masuk, tak kira yang lelaki dan perempuan..penuh ruang dihadapan bangunan rektori tersebut. Aku pun terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi IIUM terhadap talk ini kerana penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus






kat dalam hall dalam 300 org.... terpaksa berhimpit dengan econ yg tak dipasangnya.... takpe.... ada ganjaran di sisi Allah....



suasana di luar hall... semua tetap tekun mendengar hingga tamat



kat atas rumput luar depan pejabat rektor

Tahniah Buat Penyanyi Mawi - Nantian Yang Lama, Syukur Isterinya Ekin Telah Hamil 4 Bulan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.
Kata Ekin, setiap kali melakukan pemeriksaan terhadap kandungan tersebut dia berharap dapat mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.
“Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal.
“Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki.
“Namun apa pun jantina sebenarnya kami tidak kisah kerana yang penting dia sihat,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Gempak Astro di sini, Rabu lalu.
Menurut Ekin, tiga bulan pertama usia kandungan, dia dijaga rapi oleh keluarganya di Johor Baru.
“Saya balik Johor Baru selepas mengetahui saya mengandung kerana di sana ada ibu yang boleh tengok saya sepanjang masa.
“Tiga bulan pertama adalah masa yang paling sukar bagi kandungan, lagi pula saya sudah dua kali keguguran menjadikan saya lebih risau dan paranoid,” katanya.
Bercerita pengalaman mengandung selama empat bulan, Ekin berkata dia tidak mengalami sebarang alahan, malah tidak pernah mengidamkan sesuatu.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah setakat ini. Saya tidak mengalami apa-apa alahan dan tidak mengidam apa-apa seperti segelintir orang.
“Tapi saya lebih banyak makan berbanding biasa sehingga berat badang bertambah enam kilogram berbanding sebelum ini,” katanya.
Tambah Ekin, sejak hamil dia mendapat layanan istimewa daripada suami dan ahli keluarga yang lain.
“Saya selalu lupa yang saya mengandung dan buat semua perkara yang biasa saya lakukan tapi Mawi selalu tegur supaya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Gambar2 Perkahwinan Nabil Raja Lawak Dengan Bekas Pramugari - Hanya 2 Kali Lafaz Sah Bergelar Suami isteri

PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Pelamin Nabil Raja Lawak dan Nazirah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya
Hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Hantaran dari Nazirah untuk Nabil
Hantaran Nabil untuk Nazirah (mas kawin sebanyak RM300)

Dengan dua kali lafaz,sah Zira milik Nabil 
Persalinan Nabil dan Zira adalah dari rekaan Wazira Zainal
Selamat pengantin baru buat Nazirah dan Nabil

Inilah Disenaraikan KESILAPAN2 Dilakukan Oleh Rakan Facebook Penyokong Pakatan Rakyat




Jangan anggap remeh rangkaian Facebook

Menurut satu kajian yang dibuat terhadap rangkaian laman sosial terkemuka, Facebook, pada bulan April 2010 terdapat 5.5 juta pemegang akaun FB di Malaysia. Ia dianggarkan 19.6 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia.

Setahun selepas itu, iaitu pada April 2011, pemegang akauan FB bertambah ke angka melebihi 10 juta. Pertambahan dalam masa setahun adalah sekali ganda menjadikan pemegang akaun FB di Malaysia merupakan 35.6 peratus dari penduduk keseluruhan. Peratus tersebut meletakkan Malaysia di tempat ke tujuh penggunaan FB tertinggi di dunia selepas Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Chile, Australia dan Turki.

Peratus tersebut mungkin tidak tepat untuk dinisbahkan dengan jumlah penduduk memandangkan ada di kalangan rakyat Malaysia yang memiliki lebih dari satu akaun FB sama ada melalui penyamaran ataupun atas nama entiti lain yang diwakilinya, misalnya NGO, jabatan, syarikat, parti politik dan sebagainya. Apa pun penggunaan FB sebagai platform menyebarkan maklumat tetap penting dan berpengaruh. 

Kejayaan terbesar FB ialah mengeratkan semula antara rakan-rakan  sebenar yang pernah dikenali seseorang menyebabkan tiada lagi batasan persahabatan berdasarkan jarak.

Kejayaan FB dalam dunia teknologi informasi ialah keupayaan menyebarkan maklumat dalam masa yang pantas. Hari ini FB benar-benar menjadi 'akhbar, radio dan televisyen' bagi segolongan anggota masyarakat yang menatap FB seperti menikmati sarapan pagi, makan tengahari atau malam.

Maklumat yang muncul dalam FB adalah mentah dan bersepah-sepah. Siapa yang berkuasa mengawal maklumat dalam FB? Jawapannya, sama untuk kemunculan blog sejak dua dekat lalu.. tiada siapa boleh mengawal atau menguasainya. Justeru bagi pembangkang di Malaysia FB mesti diurus, ia adalah peluang penyebaran maklumat yang terbaik. Alhamdulillah bagi PAS, melalui lajnah teknologi maklumat di semua peringkat, penggunaan FB telah diurus dengan baik namun mereka cuma mewakili golongan kecil dari lebih 10 juta pemegang akaun FB. 

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.



Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.