Huruf2 Yang Ditakuti Oleh UMNO Pada Hari Ini...


Di antara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.


TPU - Dalam ramai-ramai orang UMNO, yang dekat atas ni sorang ke yang cerdik... yang lain semua bodoh mengalahkan anak lembu baru beranak...

SPRM masih siasat 'Istana Khir' dan MB Khalid


Beberapa kes membabitkan individu berprofil tinggi masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ini didedahkan dalam jawapan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (SCC) yang dimuatkan dalam laporan tahunan 2009 yang dikeluarkan hari ini.

Antara lain, SPRM memaklumkan kepada SCC bahawa siasatan ke atas banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam dan dakwaan salah guna kuasa menteri besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim masih diteruskan.

Berikut beberapa daripadanya:

K
es: Teoh Beng Hock

Latarbelakang: Teoh, pembantu politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati pada 16 Jun 2008 selepas jatuh dari tingkat sembilan ibu pejabat SPRM di Selangor selepas disiasat semalaman .

Jawapan SPRM: Menurut suruhanjaya itu, Teoh bukan disiasat tetapi adalah saksi utama berhubung dakwaan salah-laku berhubung dana oleh exco Selangor.

Menurut laporan SCC “berhubung kematian Teoh berhampiran premis SPRM Selangor, inkues berkenaan masih berterusan.”

Kes: Laporan Anwar Ibrahim ke atas IGP, AG

Latarbelakang: Pada 1 Julai, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan terhadap ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa memalsukan bukti berhubung kejadian 'mata lebamnya' pada 1998.

Dakwaan Anwar itu disokong oleh bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim yang membuat laporan polis berasingan. Mat Zain adalah pegawai penyiasat kes 'mata lebam' itu.

Sebuah panel bebas yang dianggotai oleh bekas hakim kemudiannya ditubuhkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menyiasat dan hasilnya mereka dapati tiada kes.

Jawapan: Semua dokumen yang dikemukakan oleh Anwar dan Mat Zain diserahkan kepada timbalan pendakwa raya pada 14 Julai 2009 dan mereka mendapati tiada kes.

"Selepas meneliti segala dokumen dan surat, timbalan pendakwa raya yang bebas memutuskan berpegang kepada pandangan mereka sebelum itu,” jawab SPRM dalam laporannya.

Kes: Kontroversi kereta dan lembu Menteri Besar Selangor


Latarbelakang: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan korban lembu dan membeli kereta mewah untuk kegunaan rasminya. Siasatan kemudian mendapati kereta itu adalah milik peribadinya.

Ketua SPRM ketika itu kemudiannya mendakwa suruhanjaya berkenaan mempunyai bukti kukuh bagi mengheret Khalid ke mahkamah.

Jawapan: Kes berhubung lembu korban ditutup atas arahan timbalan pendakwa raya dan dipersetujui oleh Panel Review Operasi SPRM.

Melayu : Marilah bersatu dengan tali Allah - Ketua Pemuda


1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

PKR: Wartawan, editor SK nak makan apa?

Pengarah Stategi PKR Tian Chua berkata parti itu akan terus menerbit dan mengedarkan lidah rasminya Suara Keadilan sehingga pihaknya menerima pemberitahuan daripada Kementerian Dalam Negeri bahawa ia diharamkan.

"Kami berpendirian kami akan teruskan (terbitkannya)," kata Tian Chua dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini,

Beliau yang juga ahli parlimen Batu menambah beliau menemui sendiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berhubung perkara itu tetapi belum mendapat sebarang jawapan putus sama ada Suara Keadilan diharamkan atau tidak.

"Saya tanya dia terus, adakah kerajaan berhasrat mengharamkan akhbar kita. Jika ya, keluarkan surat katakan 'kami haramkan kamu.'

Katanya, walapun KDN boleh menyaman dan mengharamkan akhbar "tetapi sampai sekarang tiada apa-apa."

Tambahnya, setakat ini Suara Keadilan telah menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN tetapi masih tidak menjawab berhubung perkara itu.

Katanya kenyataan bahawa KDN masih mempertimbangkan perkara itu masih tidak cukup baik.

"Jika begitu, kami tidak boleh tunggu jika prosesnya sampai 6 bulan. Bagaimana dengan wartawan dan editor, lebih 20 kakitangan, siapa hendak bayar mereka? Mereka hendak makan apa?" soalnya.

Bagaimanapun tambahnya walaupun lidah rasminya diharamkan mereka tidak akan mengedarkan secara sembunyi-sembunyi di malam hari.

Brahim Perkasa Gesa Nazri Aziz Disisihkan Dari UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “disisihkan” dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

“Perkasa hanya NGO... tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat,” kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu “pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi.”

“Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

“Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,” kata Nazri.

Inkues Teoh: Pornthip Setuju ke Malaysia - Lepas Nie Kita Tengok Sapa Yang Lebih Pakar

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand akhirnya bersetuju datang ke Malaysia bagi memberi keterangan pada inkues bagi menentukan kematian pegawai khas, exco DAP - Teoh Beng Hock.

Adalah difahamkan bahawa Kementerian Keadilan Thailand telah memberikan lampu hijau kepada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan beliau meneruskan kenyataan berhubung penemuannya.

Malaysiakinidifahamkan Pornthip akan datang seawal minggu pertama Ogos ini.

Ketika cuba menghubungi pakar patologi Thailand itu, seorang pembantunya mengesahkan Pornthip akan hadir tetapi enggan mengulas lanjut.

Inkues berkenaan dijadual bersambung semula esok dengan keputusan Mahkamah Koroner sama ada Pornthip dibenarkan memberi kenyataan melalui sidang video.

P
ada 11 April lalu, Pornthip memberitahu bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menerima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Mengulas
perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pada Apri lalu berkata Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya.

Tindakan itu menyebabkan Nazri dirujuk bagi dikenakan tindakan menghina mahkamah tetapi usul mengheretnya itu ditolak pada 21 Mei lalu.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri Selangor membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand itu bagi memberi keterangan secara langsung dari Bangkok.

Ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu sebelum ini membuat kejutan dan mendakwa dari pemerhatiannya berpendapat lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh manakala kemungkin pembantu politik DAP membunuh diri adalah hanya 20 peratus.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 Nov lalu dengan pemerhatian oleh Pornthip manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

Kaya Raya Sungguh Ketua Menteri Sarawak??

taibOleh Roselind Jarrow

SIBU: Seorang "warga negara prihatin dan pembayar cukai" memandu jauh dari Simanggang untuk sampai ke bandar Sibu semalam, semata-mata untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kekayaan Ketua Menteri Taib Mahmud berupa hartanah di luar negara bernilai berbilion ringgit.

Menyifatkan sebagai tanggungjawabnya, Cobbold John Lusoi berkata, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan datang sendiri ke Sibu kerana Simanggang tidak mempunyai pejabat SPRM.

"Saya rasa menjadi tanggungjawab saya sebagai warga negara dan pembayar cukai membuat laporan dengan SPRM terhadap ketua menteri.

"Saya memandu dari Simanggang pagi ini (semalam) sebab di sana tidak ada pejabat SPRM," kata Lusoi kepada Free Malaysia Today, semalam.

Laporan daripada Lusoi merupakan keempat dari beberapa siri laporan dengan SPRM terhadap Taib, yang juga didakwa telah menyalahguna kuasa.

Pada 7 Julai, laporan yang serupa telah disampaikan kepada pegawai-pegawai SPRM di Wisma Persekutuan di Miri oleh dua ahli PKR. Laporan-laporan yang serupa juga disampaikan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di Semenanjung Malaysia.


"The Sarawak Report"

Semula laporan SPRM terhadap Taib berdasarkan beberapa artikel dalam portal berita, "The Sarawak Report", yang mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan di luar negara bernilai berbilion ringgit.

Anak perempuannya Jamilah dilaporkan menerajui sebuah entiti perniagaan konglomerat di Kanada, England dan Australia.

Parti politik Taib, Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bagaimanapun menyifatkan tuduhan-tuduhan ini sebagai satu "pembohongan". Tetapi untuk menyanggah "pembohongan" ini PBB telah membentuk satu unit untuk memantau laporan-laporan ini dalam blog dan laman web.

Arahan terbaru dari pejabat Ketua Menteri ialah menyekat semua media tempatan dari terus menerbitkan laporan-laporan mengenai isu ini.

Sementara itu, Lusoi, pengerusi ranting PKR Simanggang berkata, lebih banyak laporan akan dibuat di bandar-bandar lain seperti Bintulu dan Limbang.

"Kami akan terus membuat laporan sehingga pegawai-pegawai SPRM menjalankan siasatan ke atas perkara ini.

Jumlah hartanah yang banyak yang dimiliki oleh Taib dan keluarganya menjadi isu penting kepada semua pihak.

"Setiap orang, sama ada rakyat Sarawak, Sabah atau Semenanjung Malaysia bercakap mengenai dakwaan kekayaan yang dipercayai diperoleh secara haram.

"Jadi, tiada sebab kenapa SPRM harus berdiam diri," tambah Lusoi.

Rasuah Kapal Selam: Dua Nama Rakyat Malaysia Timbul Dalam Mesyuarat Bersama Penyiasat Perancis

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam dijadualkan berjumpa untuk kali kedua dengan penyiasat Perancis, hari ini yang cuba membongkar maklumat berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan dua kapal selam kepada Malaysia.

Ini berikutan mesyuarat tiga jam semalam dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang mengetuai pasukan penyiasat Perancis.

"Balasubramaniam akan bermesyuarat dengan peguam Perancis pada jam 4 petang waktu Malaysia,” kata peguam penyiasat persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

"Yang menarik, dua nama rakyat Malaysia juga timbul pada mesyuarat semalam.”

Americk, bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka yang disebut itu.

Balasubramaniam kini di Paris bagi membantu Perancis untuk menyiasat kemungkinan gejala rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh firma pertahanan tentera laut, DCNS. Habuan komisyen seumpama itu adalah salah mengikut undang-undang Perancis.

Penyiasat persendirian itu yang kini melarikan diri dan tinggal di India, tiba di London minggu lalu untuk diwawancara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, SPRM mengubah pendirian mereka, empat hari sebelum tarikh pertemuan dan memilih menghantar senarai soalan melalui kourier kepada Balasubramaniam di London.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawab menyiasat dakawaan penyiasat persendirian itu bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan memainkan peranan memaksa Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang dianggap begitu kontroversial.

A
merick berkata jawapan dalam bentuk afidavit Balasubramaniam kepada SPRM akan dihantar ke pejabat suruhanjaya itu pada 19 Julai.

"Balasubramaniam menandatagani afidavit itu Jumaat lalu di London," katanya.

"Peguam Manjeet Singh Dhillon akan menghantar afidavit itu kepada SPRM pada hari tersebut.”

MP Hulu Selangor - Permohonan batal petisyen Zaid Ibrahim 20 Julai

Permohonan anggota parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan bagi mengetepikan petisyen pilihan raya oleh Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat yang tewas kepadanya dalam pilihan raya kecil bagi kerusi itu pada 25 April lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam yang mewakili semua pihak yang terlibat hari ini.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan dengan mendakwa berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk.

Zaid kalah kepada Kamalanathan daripada Barisan Nasional dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid menamakan Kamalanathan serta pegawai pengurus pilihan raya berkenaan, Nor Hisham Ahmad Dahlan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Kamalanathan, yang juga ketua penerangan MIC, memfailkan permohonan membatalkan petisyen itu dengan alasan Zaid gagal mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan petisyen itu adalah mengaibkan, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Selain itu, katanya, Zaid gagal mengenal pasti orang yang didakwanya ditawarkan sogokan.

Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR. Peguam Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun mewakili Zaid.

- Bernama

Harakah Jawab Surat Tunjuk Sebab Kedua Hari Ini Kepada KDN

Harakah hari ini menjawab surat tunjuk sebab kedua daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar PAS itu yang telah tamat tempoh permitnya.

"Kita akan jelas secara bertulis dan sampaikan kepada mereka.

"(Jawapan) secara terperinci saya tak boleh cerita. Kita akan jawab," kata Pengerusi Jemaah Harakah Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata pihaknya menerima surat tunjuk sebab kedua itu dalam pertemuannya dengan pihak KDN semalam.

KDN cipta Alasan Remeh & Bodoh: Ketua Pengarang SK

Suara Keadilan mempertikaikan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat laporan polis meminta akhbar rasmi PKR itu disiasat bawah akta rahsia rasmi (OSA).

Mempertahankan tindakannya, Ketua Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib berkata pihaknya menyiarkankan semula surat tunjuk sebab daripada KDN dalam akhbar barunya Keadilankerana ia "tidak mempunyai apa-apa rahsia pun".

"Saya ingatkan KDN, jangan cuba cipta alasan yang remeh-temeh terhadap kita. Cukuplah. Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar, kita berhak menerbitkan akhbar kita sendiri.

"Janganlah cipta alasan bodoh," katanya ketika diminta mengulas laporan polis kementerian itu kepada Keadilan malam tadi.

KDN dilaporkan membuat satu laporan polis meminta Suara Keadilandisiasat bawah akta kontroversi OSA kerana menerbitkan surat bertanda "Sulit" di muka hadapan akhbar terbarunya itu.

Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Dzulkarnain berkata, pihaknya akan berbincang dengan peguam mereka Shamsul Iskandar Md Akin berhubung tindakan lanjut bagi menangani tindakan terbaru KDN itu.

"Kita rujuk peguam dulu," katanya.

Sementara itu Dzulkarnain juga memberitahu, semalam pihaknya telah menjawab satu lagi surat daripada KDN yang tidak berpuas hati dengan pihaknya.

Katanya, selepas menjawab surat tunjuk sebab pertama bertarikh 28 Julai, KDN menghantar satu lagi surat kepada Suara Keadilan yang memaklumkan tidak berpuas hati dengan penjelasan itu pada 2 Julai.

Selepas pihaknya tidak menjawab surat tersebut, tambahnya, KDN menghantar surat ketiga pada 9 Julai.

"Kita jawab (yang terbaru) semalam. Sebelum ini mereka hantar surat dan kata tidak puas hati sahaja. Kita (sebelum ini) anggap itu sebagai makluman (semata-mata)," katanya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada KDN berhubung tindakan terbaru mereka kepada akhbar itu.

17 cawangan Umno Jelutong desak Zahid selesai krisis UMNO Bahagian Jelutung

Zahid perlu segera menangani krisis ini, kata Abdul Wahad. — gambar fail

PULAU PINANG, 13 Julai — Lebih 4,000 anggota daripada 17 cawangan Umno dalam Bahagian Jelutong hari ini mendesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelesaikan segera krisis dalaman yang dihadapi oleh Umno bahagian sejak tiga tahun lalu.

Wakil ketua-ketua Umno cawangan yang “tergantung” itu, Abdul Wahab Abdullah berkata Zahid perlu berjumpa dengan kesemua ketua dan jawatankuasa 17 cawangan terbabit supaya krisis itu tidak berlarutan dan menjejaskan persiapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Kami daripada 17 cawangan Umno ini masih lagi sayangkan parti dan masih berdiri teguh di belakang Umno, jadi janganlah biarkan kami meningggalkan Umno hanya kerana tiada apa yang boleh dibincangkan lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kesemua 17 cawangan Umno itu kesal dengan tindakan kepimpinan Umno Bahagian Jelutong dan Badan Perhubungan Umno Negeri yang menfitnah kononnya status cawangan mereka tidak sah atas alasan mempunyai ahli hantu.

“Sehingga tahun ini, kami tidak menerima apa-apa surat yang menyatakan status kami tidak sah atau digantung ataupun ditangguh dan oleh itu apa yang kami lakukan adalah mengikut undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing semalam,” kata beliau.

Abdul Wahab berkata sebelum ini terdapat wakil Majlis Tertinggi (MT) Umno menjalankan siasatan mengenai dakwaan Umno Bahagian Jelutong terhadap 17 cawangan terlibat dan hasil siasatan itu mengesahkan bahawa kesemua cawangan itu mempunyai lebih 4,000 ahli sah.

“Adalah tidak logik tuduhan bahawa cawangan-cawangan kami mempunyai ahli hantu kerana jika ia benar-benar berlaku, Umno Bahagian Jelutong itu sendiri adalah tidak sah sekarang kerana kebanyakan kami adalah bekas barisan kepimpinan Umno bahagian itu dan telah pernah menghadiri persidangan perwakilan bahagian,” kata beliau yang juga bekas ketua pemuda Umno Bahagian Jelutong.

Katanya tindakan kepimpinan Umno Bahagian Jelutong sememangnya cuba melemahkan parti kerana dalam usaha Presiden Datuk Seri Najib Razak memperkukuhkan pengaruh Umno di kalangan rakyat, Umno Bahagian itu pula sedang menyingkir anggotanya.

Beliau berkata lebih 4,000 anggota Umno terlibat memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan jika MT masih tidak memberi sebarang keputusan, mereka mungkin akan membubarkan cawangan masing-masing dan keluar daripada Umno secara beramai-ramai.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman berkata beliau telah menghantar surat kepada ahli-ahli daripada 17 cawangan itu untuk menyertai cawangan lain kerana Badan Perhubungan Umno Negeri telah membuat keputusan untuk menutup cawangan mereka. — Bernama

Pembelian Gerabak: PAS gesa PAC bertindak segera

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengambil tindakan segera berhubung proses rundingan di antara kerajaan dan syarikat kereta api Zhuzhou Electric Co Ltd Lokomotif China.

Hal ini kerana jelasnya, meskipun kerajaan telah membatalkan kontrak lama dengan Zhozhou, namun ianya disambung kembali dengan nilai pembelian yang semakin bertambah.

"Kontrak yang lama memang telah dibatalkan tetapi lebih malang setelah dibatalkan, ianya diberikan kembali kepada syarikat yang sama, Zhouzhou.

"Dulu Zhouzhu tawarkan harga sebanyak RM14 juta untuk tiga gerabak tetapi sekarang sebanyak RM48 juta untuk enam gerabak sedangkan tidak ada perbezaan di antara tiga gerabak dengan enam gerabak, kecuali penambahan kamera litar tertutup dan slight presentation, material lain semuanya sama. Mengapa sampai meningkat ke RM48 juta?" jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di lobi Parlimen semalam.

Dzulkefly menjelaskan demikian sebagai mengulas reaksi bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat di blognya yang menganggap wakil Pakatan Rakyat lebih banyak melemparkan tohmahan dan hujah tidak berasas sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat tentang pembelian 38 Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc.

Beliau berkata, harga yang ditawar itu tidak termasuk pakej penyelenggaraan, baik pulih dan overhaul (MRO).

"Harga 38 EMU tidak termasuk selenggaraan, perbaikan dan overhaul (MRO) pakej.

Kerajaan perlu berunding dan mendapatkan harga untuk EMU beserta pakej MRO," katanya.

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dahulu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi kepada General Electric (GE) untuk GE Blue Tiger lokomotif, yang yang juga tidak disertakan dengan pakej MRO.

Sehubungan itu, beliau meminta PAC mengambil tindakan sebelum LOA dikeluarkan dan menyenarai hitamkan syarikat tersebut yang ternyata mengaut keuntungan yang terlalu tinggi.

"Justeru saya menggesa PAC mengambil tindakan sebelum LOA ini dikeluarkan. Apabila keluar surat tawaran, kerajaan sudah tidak boleh tarik balik," katanya.

Beliau juga kesal kerana rundingan berkenaan tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pengangkutan tetapi hanya mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan.

Pemergian Fadzil Noor Telah Pun 8 Tahun






SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula meninggal.

Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.

Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.

Sebagai pensyarah universiti banyak pantang larang untuk bergiat dalam politik, apa lagilah dalam PAS yang menjadi penentang utama UMNO. Ruang tidak mengizinkannya untuk bergiat cergas dalam PAS, tetapi ruang yang terbuka dalam dakwah ialah dalam Abim. Di sinilah bakat pimpinannya terselah.

Walau pun tidak menjadi pemimpin utama Abim tetapi beliaulah penasihat utama Anwar Ibrahim yang memimpin Abim yang kepimpinannya terserlah ke seluruh alam.

Dari Abim inilah UMNO menonjolkan bakatnya untuk menjadi pemimpin PAS dari hujung tahun 70an hingga awal tahun 2000. Bukan kerana UMNO sayang kepadanya mahu beliau menjadi parti seterunya, tetapi dera yang UMNO kenakan kepadanya menyebabkan beliau menjadi pemimpin PAS dan menjadi penentang utama politik UMNO.

Banyak pantang larang berpolitik bagi pensyarah. Larangan itu menyebabkan para pensyarah Islam yang memimpin berundur dari pimpinan kerana dikehendaki menumpukan tugas di universiti saja. Pantang larang inilah yang menghalang Ustaz Fadzil untuk bergerak cergas.

Tetapi dalam pilihan raya umum 1978, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah dan kalah. Tindakannya itu bertentangan dengan kemahuan UMNO. Dengan pengaruh yang ada pada UMNO, UTM memecatnya.

Jika beliau diberi amaran saja, mungkin beliau akan mematuhi larangan berpolitik seperti lain-lain penyarah yang meninggalkan pimpinan PAS untuk memberi penuh masa mengajar universiti. Bukan senang bagi seseorang untuk meninggalkan gaji besar di universiti semata-mata untuk berpolitik yang tiada janji berjaya.

Tetapi UTM memilih untuk memecatnya. Beliau yang biasa bergaji besar tiba-tiba jadi penganggur. Bagi mengisi masa menganggur inilah Ustaz Fadzil diberi sebuah bilik di Pejabat Agung PAS dan menggunakan sepenuh masanya untuk menjelajah seluruh negara berceramah di pentas PAS.

Keperluan hidup Ustaz Fadzil ditanggung oleh kawasan-kawasan PAS yang mengundangnya berceramah dan bantuan rakan-rakannya.

Ketika yang sama beliau memfailkan saman kepada UTM atas pemecatannya. Beberapa tahun kemudian beliau memenangi perbicaraannya dan disambung semula perkhidmatannya. Mahkamah memerintahkan dibayar gajinya selama tempoh penganggurannya.

Ustaz Fadzil yang sudah sekian lama merasa bebas, terasa terikat apabila terpaksa ke kampus semula. Tidak dapat berceramah lagi.

Oleh kerana beliau sudah tahu bagaimana hendak hidup tanpa gaji semasa penganggurannya dulu, maka beliau tidak takut untuk tidak bekerja semula. Beliau berhenti dari universiti untuk bergerak sepenuh masa dalam politik.

Keadaan inilah membuka jalan baginya untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan menjadi jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik, beliau menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya menjadi Presiden dan anggota Majlis Syura Ulama.

Jika beliau tidak dipecat, saya tidak dapat membayangkan beliau akan meninggalkan tugasnya di universiti. Seperti lain-lain pensyarah masa mereka untuk terjun aktif dalam PAS ialah setelah bersara. Orang bersara adalah orang tua yang tenaga pun sudah tidak kuat. Sudah tidak banyak masa dan tenaga yang dapat diberikan kepada PAS.

Kerana Ustaz Fadzil dipecat dalam usia 40an, masih belia yang bertenaga, maka pengalaman itu mengajarnya untuk berdikari, maka beliau memanjat tangga pimpinan PAS dan terbukti beliau muncul sebagai seorang pimpinan gerakan Islam yang disegani olah kawan dan lawan.

Di zaman pimpinannya beliau membuka semula peranan Muslimat untuk menjadi calon. Dan peranan luas yang diisi oleh Muslimat sekarang dimulai di zamannya.

Beliau mengambil masa untuk mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Tetapi persetujuannya untuk membentuk CCC, kumpulan komuniti Cina untuk bekerjasama dengan PAS dalam tahun 1986, membuka kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam dan muafakat dengan DAP dan lain-lain badan bukan Islam secara terbuka.

Ia adalah antara peninggalan pimpinannya.

Oleh Subky Latif

ESQ SESAT. Ini bukti2 & sebab2nya... Adakah Ini Benar2??



Mufti Wilayah Malaysia: ESQ MURTAD (klik)


ESQ SESAT. INI BUKTINYA DAN MENGAPA?

Tidak dinafikan ramai dikalangan tokoh ilmuan cuba dikambing hitamkan oleh ajaran sesat seperti Musyabbihah Wahabi, Syiah dan selainnya. Tidak terlepas beberapa tokoh mufti diperbodohkan oleh beberapa ajaran yang menyeleweng seperti ajaran Dr Asri (bekas mufti) dan selainnya.

Kini pula ESQ Leadership Center yang dipelopori oleh pendakwa ikut sufi (tetapi bukan sufi sebenar pun) bahkan menyeleweng dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar (Al-Asyairah&Almaturidiyah) dia (pengasas ESQ) yang bernama Ary Ginanjar Agustian dinilai melalui ESQ terdapat beberapa penyelewengan. Terdapat juga akidah Ary ini mirip akidah Wahabi ang mendakwa Allah serupa dengan makhluk duduk atas arasy.

Bukti-bukti:

Bukti (1)- TAFSIRAN BID'AH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM & IHSAN.



SLOGAN THE ESQ WAY 165 IAITU MEMBANGUN KECERDASAN EMOSI DAN SPIRITUAL BERDASARKAN 1 HATI YANG IHSAN, 6 PRINSIP MORAL BERDASARKAN RUKUN IMAN, 5 LANGKAH KEJAYAAN BERDASARKAN RUKUN ISLAM •
RUKUN ISLAM: SEBAGAI SUMBER AKTIVITI FIZIK (IQ) BERFUNGSI MENJAWABWHAT I THINK DIBIMBING, DIARAH & DIKENDALI OLEH 5 RUKUN ISLAM SEBAGAI MEMBINA PERSONAL STRENGTH•

RUKUN IMAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN EMOSI (EQ) BERFUNGSI MENJAWAB WHAT I FEEL DIBENTUK DAN DIBANGUN OLEH 6 PRINSIP RUKUN IMAN UNTUK MEMBINA MENTAL BUILDING•

IHSAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN SPIRITUAL (SQ) BERFUNGSI MENJAWABWHO I AM BERSUMBERKAN AL-ASMA’ AL-HUSNA YANG BERSIFAT UNIVERSAL DIRINGKASKAN DENGAN ESQ MODEL
LINGKARAN TERDALAM: GOD SPOT IAITU PADA DIMENSI SPIRITUAL (SQ). LINGKARAN LUAR PADA DIMENSI EMOSI (EQ). PADA LINGKARAN PALING LUAR TERDAPAT5 LINGKARAN KECIL PADA DIMENSI FIZIK (IQ) PADA ALAM SEDAR. LINGKARAN PADA DIMENSI EMOSI (EQ) DAN DIMENSI FIZIK (IQ) HARUS BERADA PADA GARIS EDARNYA DAN MENGORBIT PADA TITIK TUHAN (GOD SPOT)• IA SEPERTI GERAKAN GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY), GERAKAN ATOM ATAU GERAKAN JEMAAH HAJI YANG MENGELILINGI KA’BAH. SEMUANYA BERTAWAF DAN TUNDUK KEPADA SIFAT-SIFAT TUHAN. KONSEP INI DINAMAKAN OLEH ARY GINANJAR SEBAGAI GOD SENTRIS IAITU BERPUSAT KEPADA SQ.

SETELAH SELESAI MEMBERI PENJELASAN TENTANG SLOGAN THE ESQ WAY 165, PARA MODERATOR AKAN MENGEMUKAKAN SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3 BERMAKSUD:-


• “PADA HARI INI, AKU TELAH SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN AKU TELAH CUKUPKAN NIKMATKU KEPADA KAMU, DAN AKU TELAH REDAKAN ISLAM ITU MENJADI AGAMA UNTUK KAMU”.


• TAFSIRAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM DAN IHSAN BERMOTIFKAN UNTUK MEMAKSAKAN KETIGA-TIGANYA BERSESUAIAN DENGAN MATLAMAT MEMBERI MOTIVASI KEPIMPINAN TERHADAP SUMBER MANUSIA


• TERDAPAT KERAGUAN APABILA SELESAI MENJELASKAN KESEMUA MAKSUD THE ESQ WAY 165, MODERATOR AKAN MEMBACA SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3, SEOLAH-OLAH INGIN MENGATAKAN BAHAWA ISLAM SESEORANG TELAH SEMPURNA APABILA SELESAI SAHAJA MEMPELAJARI THE ESQ WAY 165.
____________________________________

Bukti (2)- ESQ MENDAKWA KEKUATAN LUAR BIASA SEPERTI MUKJIZAT, KARAMAH @ MAUNAH BOLEH BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP.

DALAM SATU SESI, ESQ MEMBAWA KISAH SEORANG KAPTEN KAPAL TERBANG YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN PESAWATNYA. KETIKA DI UDARA. KAPTEN TERSEBUT DENGAN TENANG TELAH MENYERAHKAN DIRI DAN PENUMPANGNYA KEPADA ALLAH SWT. AKHIRNYA DENGAN TENANG PESAWAT ITU BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT. KISAH INI JUGA DIKIASKAN DENGAN KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN DARIPADA KEZALIMAN FIR’AUN MELALUI LAUT YANG TERBELAH. PERKARA INI DIDAKWA BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP BERIKUT:-


• RUMUS ZMP (ZERO MIND PROCESS):

• T = R ATAU 1 = ∞

A 0

• KETERANGAN:

T = TAUHID (PRINSIP TAUHID)

A = ABDI ALLAH

R = RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

• ERTINYA: APABILA DIMASUKKAN NO. 1 PADA ‘T’, DAN NO. 0 (NOL) PADA ‘A’, MAKA NILAI ‘R’ “MENDEKATI TAK TERHINGGA”.

• NO. 1 APABILA DIBAHAGI NOL HASILNYA HAMPIR MENDEKATI TAK TERHINGGA.

• ERTINYA, APABILA KITA MENUHANKAN ALLAH YANG SATU (T) & MELETAKKAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DENGAN MEN”ZERO”KAN DIRI KEPADA-NYA. ALLAH AKAN MENOLONG KITA DENGAN KEKUATAN-NYA YANG LUAR BIASA.

-PENJELASAN ARY GINANJAR (PENGASAS ESQ) TENTANG RUMUS ZMP

ARY MENJELASKAN RUMUS ZMP DAPAT DILIHAT PADA KISAH KAP. ABD. RAZAK & KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN ALLAH DARI FIRAUN

Sanggahan:

• PERKARA LUAR BIASA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ESQ INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEBAGAI KARAMAH ATAU MA’UNAH.

• MENURUT AQIDAH ISLAM, KARAMAH DAN MA’UNAH ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT DAN TIDAK MEMILIKI RUMUSAN KHUSUS SEPERTI MANA YANG CUBA DIPAPARKAN OLEH ESQ MELALUI RUMUS ZMP.

• RUMUSAN INI AKAN MEMBAWA FAHAMAN BAHAWA SEMUA PERKARA-PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU SAMA ADA KEPADA PARA NABI ATAU WALI BOLEH DILAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA MELALUI RUMUS ZMP.

Dalam Buku ESQ:


_______________________________________

Bukti (3)- TAFSIRAN SALAH TERHADAP AL-ASMA’ AL-HUSNA.

KENYATAAN ARY GINANJAR BERKENAAN SUARA HATI OLEH KERANA ESQ MENGANGGAP SUARA HATI MANUSIA ADALAH TERPANCAR DARI NAMA-NAMA ALLAH, ESQ CUBA MENAFSIRKAN NAMA-NAMA ALLAH SWT SESUAI DGN SIFAT-SIFAT MANUSIA

• DALAM SATU SIMULASI, SEORANG MODERATOR TAMPIL DENGAN MEMBAWA SEJAMBAK BUNGA KE HADAPAN PARA PESERTA LALU MEROSAKKAN BUNGA TERSEBUT SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
LALU, MUNCUL SEORANG PESERTA WANITA LALU MERAMPAS BUNGA TERSEBUT DARIPADA TANGAN MODERATOR. KEMUDIAN MODERATOR ESQ MERUMUSKAN BAHAWA SUARA HATI MANUSIA AKAN BERTINDAK APABILA MELIHAT SIFAT-SIFAT ALLAH IAITU ’CANTIK’ YANG TERDAPAT PADA BUNGA TERSEBUT CUBA DIROSAKKAN. KEMUDIA MENDAKWA ITU TANDANYA SIFAT ALLAH ’CANTIK’ TERDAPAT DALAM DIRI MANUSIA.


RAKAMAN AUDIO MODERATOR ESQ:
“ APA SIFAT BUNGA TUAN-TUAN? INDAH. SIFAT SIAPAKAH ITU? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DILINDUNGI? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DIROSAKKAN? ALLAH! SEBETULNYA SIAPA YG DINODAI TUAN-TUAN? ALLAH!”

UCAPAN ‘MUQARRABIN’ DI SISI ESQ ADALAH MEMAHAMI KETINGGIAN GUNUNG EVEREST SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA TINGGI & KELUASAN ALAM SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA LUAS.
“MATAHARI ITU TUNDUK DAN TAAT KEPADA ALLAH,TUAN PUAN,APA KESIMPULANNYA? SEMUA YANG ADA DI ALAM SEMESTA INI SESUNGGUHNYA MEWAKILI SIFAT ALLAH, ITU CARANYA MEREKA TUNDUK DAN SUJUD KEPADA ALLAH! ”

ESQ JUGA MENDAKWA MANUSIA-MANUSIA ITU WAKIL SECARA LANGSUNG ALLAH.

ESQ MENAFSIRKAN SEMUA NAMA-NAMA ALLAH PADA DIRI MANUSIA TERMASUK NAMA-NAMA ALLAH YANG BERSIFAT KHUSUS BAGI ZAT-NYA SPT: AL-JABBAR, AL-MUTAKABBIR, AL-KHALIQ, AL-MUSAWWIR & AL-QAHHAR.

SANGGAHAN:


• KAEDAH MEMAHAMI AL-ASMA’ AL-HUSNA YG DIBENTANG OLEH ESQ BOLEH MEMBAWA (MUHIM) KEPADA INTIQAL @ HULUL @ ITTIHAD SIFAT ALLAH KE DALAM DIRI MANUSIA. IA BERDASARKAN PEMERHATIAN BERIKUT:-


• ESQ MENAFSIRKAN TIUPAN ROH (CIPTAAN) KU (ALLAH) SEBAGAI TIUPAN 99 NAMA/SIFAT ALLAH DALAM DIRI MANUSIA.

• ESQ MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK SPT DLM SIMULASI SIFAT ‘CANTIK’ PADA BUNGA & SELURUH ALAM YG DIKATAKAN MEWAKILI SIFAT ALLAH

KAEDAH ESQ INI MENYALAHI AQIDAH BERDASARKAN HUJAH BERIKUT:-

• PENYANDARAN ROH KEPADA KATA GANTI NAMA AKU IAITU ALLAH ADALAH SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA KEJADIAN MANUSIA SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-QURTUBI. OLEH ITU ROH-KU BUKAN BERMAKSUD 99 SIFAT ALLAH SEPERTI YG DITAFSIR OLEH ESQ.

• MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DGN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK MENYALAHI KAEDAH MEMAHAMI ASMA’ DAN SIFAT ALLAH SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-GHAZALI DLM AL-MAQSAD AL-ASNA SEPERTI BERIKUT:-

• PERSOALAN YANG TIMBUL: APAKAH YANG ESQ MAKSUDKAN APABILA MENGATAKAN 99 SIFAT ALLAH DITIUPKAN KE DALAM DIRI MANUSIA SEBAGAI FITRAH? ADAKAH IA ADALAH ‘AIN SIFAT ALLAH SWT?

• KAJIAN MENUNJUKKAN ESQ INGIN MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA & ALAM MEWAKILI SIFAT2 ALLAH SECARA MUTLAK.

• NAMUN BEGITU ESQ CUBA MENYESUAIKAN MAKSUD NAMA-NAMA ALLAH ITU DENGAN MATLAMAT KURSUS IAITU MOTIVASI DIRI & KEPIMPINAN.

Ini bukti2nya tadi:






_____________

Bukti (4)- MENCAPAI KESEDARAN ROHANI MELALUI SUARA HATI.

SUARA HATI TERDAPAT PADA KESELURUHAN MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN IANYA BERSIFAT UNIVERSAL. MANAKALA SOFTWARE BAGI SUARA HATI ITU IALAH NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH SWT. SUARA HATI INI WUJUD APABILA ALLAH SWT MENIUPKAN KE DALAM DIRI SETIAP MANUSIA RUH CIPTAAN-NYA. MAKA SUARA HATI IALAH KUNCI SPIRITUAL.

ESQ MENDAKWA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PEMIMPIN YANG PALING KUAT BERPEGANG KEPADA SUARA HATI DAN LOGIK AKAL.

ESQMENDAKWA SOLAT ADALAH TUNTUTAN SUARA HATI & BUKANLAH UNTUK ALLAH NAMUN UNTUK KEPENTINGAN MANUSIA ITU SENDIRI.

SANGGAHAN:


• TAFSIRAN MAKNA ‘FITRAH’ DENGAN ‘SUARA HATI’ ADALAH MENYALAHI PARA ULAMA YANG MENAFSIRKANNYA DENGAN MAKNA ‘AGAMA ISLAM’.

• IA BERSESUAIAN DGN SABDA RASULULLAH SAW: “SETIAP BAYI DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH (SUCI DAN BERSIH). MAKA, KEDUA IBU BAPANYA YANG MENJADIKAN ANAKNYA SEBAGAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI.”

• MENJELASKAN HADITH INI, IMAM NAWAWI BERPENDAPAT PANDANGAN PALING SAHIH IALAH SETIAP BAYI YANG LAHIR DIBERI KECENDERUNGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MENERIMA ISLAM.

• PARA ULAMA SEPERTI ULAMA AL-AZHAR KETIKA MENJAWAB BERKENAAN DENGAN HADITH MEMOHON FATWA DARIPADA HATI TELAH MENJELASKAN BAHAWA IA TERBATAS KEPADA HATI YANG TERDIDIK DI ATAS DIDIKAN YANG BAIK, TETAPI SEKIRANYA TIDAK MAKA HATI TIDAK MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU PERKARA.


• BERFATWA DENGAN HATI JUGA BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN BERPEGANG KPD AL-QUR’AN DAN AL-HADITH. IMAM AL-QURTUBI MENJELASKAN PERKARA INI SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KPD GOL. SUFÍ MELAMPAU YANG GEMAR MENGAMBIL HUKUM HANYA BERDASARKAN HATI. Rujuk:





______________________________

Bukti (5)- ESQ MENDAKWA MENCAPAI KEBENARAN MELALUI PENCARIAN (TERMASUK PARA NABI TANPA MENYEBUT PERANAN WAHYU).

MENDAKWA MANUSIA MAMPU MENEMUI KEBENARAN DENGAN PENCARIAN SEBAGAIMANA BERLAKU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, NABI IBRAHIM AS DAN NABI MUSA AS. NABI MUHAMMAD MENCARI DI GUA HIRA’, NABI IBRAHIM PULA MENCARI MAKNA DIRI DI SEBALIK BINTANG, BULAN DAN MATAHARI. MANAKALA NABI MUSA MENCARI SELAMA 40 HARI DI GUNUNG THUR SAINA.
PENGASAS ESQ, ARY GINANJAR TURUT MERASAI PENCARIAN YANG SAMA SEPERTI NABI-NABI ITU, OLEH ITU DIA INGIN BERKONGSI BERSAMA ORANG LAIN LALU MEMAPARKANNYA DALAM BENTUK DRAMA SINGKAT IAITU KURSUS INI:-

• KENYATAAN BAHAWA NABI MUHAMMAD, NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA MENEMUI KEBENARAN ATAU KESEDARAN ROHANI MELALUI PENCARIAN/USAHA SENDIRI ADALAH BATIL.


• INI KERANA NABI-NABI TERSEBUT MENERIMA KEBENARAN DENGAN WAHYU ALLAH SWT DAN BUKAN DENGAN PENCARIAN DAN PENGALAMAN.


• إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِين


SANGGAHAN:


NABI MUHAMMAD PERGI KE GUA HIRA MELALUI WAHYU DARIPADA ALLAH SWT. IA JELAS DALAM HADITH YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA ‘AISYAH R.A. : “MULA-MULA WAHYU ALLAH SWT DITURUNKAN KEPADA RASULULLAH SAW IALAH DALAM BENTUK MIMPI-MIMPI YANG KEBENARANNYA SETERANG CAHAYA SIANG HARI, LALU KECINTAAN BER-KHALWAT (MENGASINGKAN DIRI) DILIMPAHKAN ALLAH SWT KEPADANYA…


NABI IBRAHIM PULA BUKAN MENCARI DAN MENEMUI KEBENARAN DI SEBALIK BULAN & BINTANG. SEBALIKNYA PERISTIWA ITU BERLAKU SETELAH NABI IBRAHIM TELAH PUN DIUTUS MENJADI NABI DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH. PERISTIWA ITU HANYA SEBAGAI HUJJAH UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN ALLAH SWT KEPADA KAUMNYA SEBAGAIMANA YANG DIJAWAB OLEH IMAM FAKHRUDDIN AL-RAZI.


• MANAKALA PEMERGIAN NABI MUSA KE THUR SAINA’ BUKANLAH UNTUK PENCARIAN ATAS DIRI SENDIRI TETAPI IA MERUPAKAN JANJI ALLAH SWT KEPADA NABI MUSA UNTUK MENERIMA RISALAH ALLAH (TAURAT). SEDANGKAN KETIKA ITU NABI MUSA TELAH PUN MENJADI RASUL.


• PERBUATAN PENGASAS ESQ MENGIASKAN DIRINYA DENGAN PARA NABI DALAM PENCARIAN SPIRITUAL ADALAH SESUATU YANG SALAH KERANA PARA NABI ADALAH GOLONGAN YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT SECARA KHUSUS SEBAGAI UTUSANNYA.

Buktinya:



_____________________



Penjelasan2 Penyelewengan & Kesesatan ESQ:


a) Perkara-perkara aqidah yang eksklusif di dalam Islam cuba difahami secara inklusif melangkaui agama-agama lain memandangkan para perserta kursus terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dengan memutar-belit banyak perkara.


b) Menafsir secara salah terhadap kisah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS yang dikatakan mencapai kesedaran rohani melalui pencarian dan pengalaman.


c) Membimbing supaya para peserta menuruti suara hati kerana ia adalah punca kebenaran dan Ihsan memandangkan nama-nama dan sifat-sifat Tuhan terletak di dalam God Spot.


d) Mentafsirkan al-Asma al-Husna tanpa berteraskan disiplin ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar, sebaliknya ESQ cuba memaksa dalam menterjemah nama-nama Allah bersesuaian dengan matlamat kursus iaitu untuk motivasi kepimpinan.


e) Mengemukakan tafsiran baru terhadap Iman, Islam dan Ihsan.


f) Mengadakan rumus ZMP yang didakwa punca manusia mendapat kekuatan atau perkara luar biasa.


g) Menganjurkan perbuatan-perbuatan ibadah Islam dengan disertai bersama oleh peserta bukan Islam.

Berdasarkan penghayatan dapatlah dinyatakan aspek penyelewengan ESQ ini:


1- Penyelewengan ESQ dari segi Akidah;



a) Mendakwa para Nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu). Pengasasnya mengiaskan dirinya dengan para Nabi dalam pencarian mencari kebenaran sedangkan para Nabi dikurniakan wahyu oleh Allah SWT.


b) Menafikan eksklusivisme aqidah Islam dengan mengatakan bahawa rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan bukan hanya eksklusif untuk umat Islam.


c) Mendakwa suara hati ialah punca kesedaran rohani (spiritual quotient/martabat ihsan) termasuk mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang paling kuat berpegang kepada logika dan suara hati.


d) Tafsiran salah terhadap al-Asma’ al-Husna iaitu dengan mengatakan bahawa manusia dan seluruh alam adalah wakil 99 nama/sifat Allah SWT. ESQ mendakwa ‘fitrah’ bermaksud Allah SWT meniupkan 99 sifat-Nya ke dalam diri manusia. Di samping itu ESQ cuba menafsirkan semua nama-nama Allah SWT bersesuaian dengan matlamat kursus.


e) Mendakwa kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT daripada tentera Fir’aun boleh jua berlaku kepada orang lain iaitu seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak.


2- Penyelewengan ESQ dari segi Syariah;


a) Mengadakan tafsiran baru terhadap Islam, Iman dan Ihsan dalam penjelasan berkenaan The ESQ Way 165 dengan diakhiri perbuatan memutar-belitkan ayat al-Qur’an “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu...”.


b) Sujud dengan tidak menurut hukum syara’ serta diikuti bersama peserta bukan Islam.


c) Simulasi dengan melakukan perbuatan-perbuatan haji dengan disertai bersama peserta bukan Islam.


d) Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak seperti menerima teori Kod 19 yang dibawa oleh Rashad Khalifah dan pandangan-pandangan ahli falsafah Barat tentang makna kebenaran.

Berdasarkan kenyataan umat Islam yang mengikuti dan prihatin dengan isu kesesatan ESQ ini dapat dikumpulkan pandangan umat Islam berkaitan ESQ adalah seperti berikut:

a) Pendekatan menggunakan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran al-Qur’an tidak sesuai kepada umat Islam tetapi hanya sesuai buat bukan Islam dan golongan tidak mendapat pendedahan agama.


b) Pendekatan meluahkan rasa hati secara histerikal, khususnya ketika memohon ampun kepada Allah di khalayak ramai dengan menceritakan dosa masing-masing kepada umum.


c) ESQ sebagai satu kursus penyucian diri dengan kenyataan moderator ESQ, ”Pada hari ini, kamu telah dimuliakan sama seperti para Nabi dan orang-orang yang mulia”. Ia mirip dengan konsep agama Kristian.


d) Muzik latar yang sentiasa digunakan walaupun ketika berdoa, bersujud dan membaca al-Fatihah.


e) Terdapat percampuran antara aktiviti keagamaan dan hiburan.


f) Terdapat ciri-ciri ketaksuban alumni ESQ terhadap Ary Ginanjar, ia dibimbangi melahirkan kumpulan seperti al-Arqam.


g) Terdapat ciri-ciri Batiniah dalam takwilan yang dibuat ke atas rukun Iman, Islam dan Ihsan demi menyesuaikannya dengan kehendak Barat.


h) Terjemahan ke atas Nama-nama dan Sifat-sifat Allah diterjemahkan dengan terjemahan yang longgar dan tidak tepat serta tidak mengambil manfaat daripada tafsiran Nama-nama dan Sifat-sifat Allah daripada para ulama mu’tabar.


i) Ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadith digunakan menurut faham dan kehendak moderator ESQ secara semberono ketika mereka cuba mengupas teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana Barat.


KURSUS ESQ YANG MENYELEWENG

Pada permulaan kursus, para moderator akan meminta kepada semua peserta supaya mengosongkan minda termasuk segala pengetahuan, pangkat dan kekayaan bagi memastikan hati mereka benar-benar dapat memahami apa yang akan dilalui. Perkara ini dinamakan sebagai zero mind process.

1. Menurut mereka, kursus ini tidak memerlukan sebarang catatan nota atau buku rujukan sebaliknya hanya mendengar, melihat dan memerhati melalui gambaran perjalanan yang akan dipaparkan. Bagi mereka, melalui pengalaman perjalanan hidup, manusia mampu untuk menemui kebenaran sebagaimana yang berlaku kepada tiga nabi besar iaitu Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS. Menurut ESQ, proses pencarian makna diri itu telah dilakukan oleh Nabi Muhammad melalui lima tahun di Gua Hira’. Nabi Ibrahim pula selama bertahun-tahun mencari makna diri di sebalik bintang, bulan dan matahari. Manakala Nabi Musa pula mencari selama 40 hari di Gunung Thur Saina’. Di dalam bukunya, pengasas ESQ turut menjelaskan bagaimana beliau telah menemui makna dirinya melalui pengalaman hidupnya yang penuh berliku.

2. Kaedah yang digunakan, para peserta akan dipaparkan dengan dua bentuk perjalanan iaitu outer journey dan inner journey. Outer journey iaitu sebuah perjalanan mengembara ke angkasa lepas sehingga menembusi alam cakerawala setakat yang dapat dilihat oleh teleskop hubble. Melalui perjalanan ini moderator akan menjelaskan bagaimana kebenaran al-Qur’an tentang permulaan penciptaan alam semesta. Manakala inner journey pula merupakan perjalanan menyingkap jauh ke dalam diri manusia. Ia melihat bagaimana kejadian tubuh badan fizikal manusia sehingga sampai kepada satu titik yang dipanggil sebagai God Spot. Pada titik tersebut terdapatnya nilai-nilai spiritual pada seluruh manusia tanpa disedari oleh diri manusia itu sendiri.

Sanggahan:

Kenyataan bahawa kesedaran rohani (spiritual quotient) mampu dicapai melalui pengalaman adalah sesuatu yang agak meragukan. Ini kerana pengajaran seumpama ini boleh mengubah persepsi Islam terhadap ilmu. Bagi Islam pengalaman hidup hanyalah merupakan satu panduan agar manusia lebih berhati-hati tetapi ia tidak boleh dijadikan sumber mencapai tahap kesedaran rohani. Islam meletakkan ilmu sebagai punca untuk mencapai kesedaran rohani, oleh kerana itu golongan yang paling berilmu dianggap sebagai golongan yang amat bertaqwa kepada Allah, firman Allah di dalam surah Fathir ayat 28:

”Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu”.

Kenyataan bahawa ketiga-tiga nabi iaitu Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa menemui kebenaran atau kesedaran rohani melalui pencarian juga adalah tidak tepat. Ini kerana nabi-nabi tersebut menerima kebenaran dengan wahyu Allah SWT dan bukan dengan pencarian dan pengalaman. Di sini dikemukakan kebatilan hujah-hujah yang mengatakan para Nabi mencari sebelum menerima wahyu atau hidayah:-

a) Pencarian Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ : Kita tidak boleh mengatakan Nabi Muhammad menemui kebenaran dengan pencarian melalui usahanya sendiri sebaliknya ia merupakan wahyu daripada Allah SWT. Ia jelas dalam hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. : “Mula-mula wahyu Allah SWT diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah dalam bentuk mimpi-mimpi yang kebenarannya seterang cahaya siang hari, lalu kecintaan ber-khalwat (mengasingkan diri) dilimpahkan Allah SWT kepadanya. Ia pergi berkhalwat di gua Hira tempat ia beribadah kepada Allah SWT terus menerus selama beberapa malam sebelum kembali (atau ia ingin berjumpa dengan) keluarganya. Ia membawa bekal makanan untuk persediaan dan pulang menemui Khadijah (istrinya) untuk mengambil lagi bekal makanan hingga wahyu secara tiba-tiba diturunkan kepadanya pada saat ia masih berada di gua itu”.

b) Pencarian Nabi Ibrahim di sebalik bulan dan bintang : Nabi Ibrahim juga tidak boleh dikatakan menemui kebenaran melalui pencarian dan pengalaman. Ini kerana peristiwa yang digambarkan di dalam surah al-An’am ayat 76-78 bukan menunjukkan Nabi Ibrahim mencari dan menemui kebenaran hasil daripada usaha diri sendiri. Sebaliknya peristiwa itu berlaku setelah Nabi Ibrahim telah pun diutus menjadi nabi dan menyampaikan risalah Allah. Peristiwa itu hanya sebagai hujjah untuk menunjukkan kebenaran Allah SWT kepada kaumnya. Imam Fakhruddin al-Razi membentangkan hujah-hujah untuk mengatakan peristiwa tersebut berlaku setelah Nabi Ibrahim menjadi Rasul. Antara hujah beliau ialah seperti berikut:-


الحجة الأولى : أن القول بربوبية النجم كفر بالإجماع والكفر غير جائز بالإجماع على الأنبياء.

“Hujah pertama: Bahawa pendapat tentang ketuhanan bintang adalah kufur dengan ijma’, sedangkan kekufuran adalah sesuatu yang tidak harus secara ijma’ ke atas para Nabi”.

الحجة الثانية : أن إبراهيم عليه السلام كان قد عرف ربه قبل هذه الواقعة بالدليل . والدليل على صحة ما ذكرناه أنه تعالى أخبر عنه أنه قال قبل هذه الواقعة لأبيه آزر : { أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً ءالِهَةً إِنّى أراك وقومك في ظلال مبين } [الأنعام : 74].

“Hujah kedua: Bahawa Nabi Ibrahim a.s. sebenarnya telah mengenal tuhannya sebelum peristiwa ini dengan dalil (al-Qur’an). Dalil tentang kebenaran apa yang kami sebutkan ialah Allah SWT memberitahu tentangnya, bahawasanya beliau (Nabi Ibrahim) telah berkata sebelum peristiwa ini kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala-berhala sebagai tuhan, sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-An’am)

الحجة الثامنة : أن هذه الواقعة إنما حصلت بسبب مناظرة إبراهيم عليه السلام مع قومه ، والدليل عليه أنه تعالى لما ذكر هذه القصة قال : { وَتِلْكَ حُجَّتُنَا ءاتيناها إبراهيم على قَوْمِهِ } ولم يقل على نفسه ، فعلم أن هذه المباحثة إنما جرت مع قومه لأجل أن يرشدهم إلى الإيمان والتوحيد . لا لأجل أن إبراهيم كان يطلب الدين والمعرفة لنفسه.

“Hujah kelapan: Bahawa peristiwa ini terjadi dengan sebab perdebatan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya. Dalil tentangnya bahawa Allah SWT ketika menyebut kisah ini berfirman: Dan demikian hujah kami, kami datangkannya kepada Ibrahim buat kaumnya. Ayat ini tidak menyebut buat dirinya sendiri, maka dimaklumi bahawa perbahasan ini berlaku dengan kaumnya untuk memberikan mereka petunjuk kepada iman dan tauhid. Bukan dengan kerana Ibrahim mencari agama dan pengetahuan bagi dirinya sendiri” [2].


c) Pencarian Nabi Musa di Thur Saina’ : Berkenaan Nabi Musa pula, pemergian Musa ke Thur Saina’ bukanlah untuk pencarian atas diri sendiri tetapi ia merupakan janji Allah SWT kepada Nabi Musa untuk menerima risalah Allah (taurat). Ia disebut dengan jelas di dalam surah al-A‘raf ayat 142-144:

“Dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya Dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu Yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah Aku Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan”.

WALLAHU 'ALAM

www.abu-syafiq.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.