SPRM masih siasat 'Istana Khir' dan MB Khalid


Beberapa kes membabitkan individu berprofil tinggi masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ini didedahkan dalam jawapan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (SCC) yang dimuatkan dalam laporan tahunan 2009 yang dikeluarkan hari ini.

Antara lain, SPRM memaklumkan kepada SCC bahawa siasatan ke atas banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam dan dakwaan salah guna kuasa menteri besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim masih diteruskan.

Berikut beberapa daripadanya:

K
es: Teoh Beng Hock

Latarbelakang: Teoh, pembantu politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati pada 16 Jun 2008 selepas jatuh dari tingkat sembilan ibu pejabat SPRM di Selangor selepas disiasat semalaman .

Jawapan SPRM: Menurut suruhanjaya itu, Teoh bukan disiasat tetapi adalah saksi utama berhubung dakwaan salah-laku berhubung dana oleh exco Selangor.

Menurut laporan SCC “berhubung kematian Teoh berhampiran premis SPRM Selangor, inkues berkenaan masih berterusan.”

Kes: Laporan Anwar Ibrahim ke atas IGP, AG

Latarbelakang: Pada 1 Julai, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan terhadap ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa memalsukan bukti berhubung kejadian 'mata lebamnya' pada 1998.

Dakwaan Anwar itu disokong oleh bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim yang membuat laporan polis berasingan. Mat Zain adalah pegawai penyiasat kes 'mata lebam' itu.

Sebuah panel bebas yang dianggotai oleh bekas hakim kemudiannya ditubuhkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menyiasat dan hasilnya mereka dapati tiada kes.

Jawapan: Semua dokumen yang dikemukakan oleh Anwar dan Mat Zain diserahkan kepada timbalan pendakwa raya pada 14 Julai 2009 dan mereka mendapati tiada kes.

"Selepas meneliti segala dokumen dan surat, timbalan pendakwa raya yang bebas memutuskan berpegang kepada pandangan mereka sebelum itu,” jawab SPRM dalam laporannya.

Kes: Kontroversi kereta dan lembu Menteri Besar Selangor


Latarbelakang: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan korban lembu dan membeli kereta mewah untuk kegunaan rasminya. Siasatan kemudian mendapati kereta itu adalah milik peribadinya.

Ketua SPRM ketika itu kemudiannya mendakwa suruhanjaya berkenaan mempunyai bukti kukuh bagi mengheret Khalid ke mahkamah.

Jawapan: Kes berhubung lembu korban ditutup atas arahan timbalan pendakwa raya dan dipersetujui oleh Panel Review Operasi SPRM.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.