Tabik Spring!!! (Tahniah) Menteri Besar Kedah Yang Baru Lebih Hebat Dan Islamik Dari Menteri Besar UMNO Terdahulu.. Gambar Ini Buktinya, Jom Terjah!!

Alhamdulillah..jenuh dok cari gambaq lagu ni baru nak dapat..Insyallah kalau ada gambaq dia tgh bagi kuliah agama @ khatib Jumaat  nnt admin akan upload...jangan lupa..sabtu ni ada  kuliah kat Mentaloon..

Gambar Terbaik Hari Ini... Semoga ianya akan berterusan...

Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini tepat pukul 9 pagi.
Mukhriz, 49, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas) sebagai Menteri Besar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dengan memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi DUN.


PANAS!!! Punca PR Kedah Kalah Kepada BN Di Kedah Telah Dikenalpasti.. 7 Kerusi Bungkus... Jom Terjah!!!




Kejayaan BN merampas Kedah mengejutkan pelbagai pihak, apatah lagi apabila menjadi satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang tumbang ketika negeri lain yang ditadbir gabungan itu terus bertahan sekalipun diasak hebat. 

Bukan sahaja menang, negeri-negeri lain pimpinannya - Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang - juga mendapat mandat mentadbir dengan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Hebat!!! Selebriti Terkenal Ini Adakan Kenduri Kesyukuran dan Menjemput 340 Orang Yang Mengundinya.. Jom Terjah!!!


Herman Tino akan mengadakan kenduri bagi meraikan kekalahannya pada PRU13 dan akan menjemput 340 pengundi yang mengundinya.
PETALING JAYA: Penyanyi era 80-an Herman Tino akan mengadakan sebuah majlis kesyukuran bagi meraikan kekalahannya dalam merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar pada 5 Mei lalu.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, dia turut menjemput kesemua 340 pengundi yang mengundinya ke majlis tersebut bagi menghargai sokongan mereka walaupun tewas.
"Tidak semestinya menang sahaja boleh buat kenduri jadi saya memang berhajat untuk membuat majlis itu bagi meraikan kekalahan dan para pengundi yang mengundi untuk saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.