Keputusan PRK DUN Kajang: Peratusan Undian- PKR Mendahului Dengan Jumlah Undi Yang Besar


4.15pm Wan Azizah beredar dengan sebuah motosikal untuk meminta pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Pusat pengundian akan ditutup dalam masa kurang satu jam.

4pm Tinjauan terbaru menjangkakan PKR menguasai 53 peratus sokongan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berbanding BN dengan hanya 32 peratus.

(Gambar2) LAPORAN LANGSUNG PRK KAJANG SEHINGGA JAM 10.30 PAGI : "Kita Sudah Menang"... Siapa Kata? Jom Terjah!!!



10.27am SK Kantan Permai - Calon PKR Dr Wan Azizah Sampai Wan Ismail sampai di pondok panas PKR yang terletak kira-kira 150 meter daripada pusat mengundi.

Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan "Reformasi".

Manakala penyokong BN pula melaungkan "Tolak Kak Wan" dan "Tolak PKR" sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ.

Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: "Kita sudah menang".

Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai.

Langsung Dari Kajang: PRK Kajang - 38,055 Pengundi Tentukan Siapa Wakil Rakyat Yang Bakal Dipilih.. Jom Terjah!!!

Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah.

Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.

Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.

Perkara itu akan tergambar daripa keputusan hari ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya.

Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.

Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.

Apa pilihan penduduk Kajang?

LAPORAN LANGSUNG

Alhamdulillah!!! Skuad Negara Walaupun Tewas Besar, Layak Untuk Beraksi Di Perlawanan Akhir.. Jom Terjah!!!


MALAYSIA akan bertemu Australia pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 buat kali kedua berturut-turut di Stadium Sultan Azlan Shah di sini, esok.
    
Walaupun kalah 6-2 kepada Australia pada aksi akhir pusingan awal di sini, malam ini, Malaysia menempah slot final dengan perbezaan jaringan berbanding juara Asia, Korea Selatan.
    
Australia menamatkan kempen pusingan awal dengan rekod bersih dalam lima perlawanan untuk mengumpul 15 mata manakala Malaysia dan Korea Selatan berkongsi 10 mata.
 

KESIAN!!! (Gambar) Inilah Punca Pemain Skuasy No 1 Dunia, Nicol David Kecewa Dan Menangis, Jom Terjah!!!


Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut - Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David menerima kejutan hari ini apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE.

Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.