Ustaz Yang Tidak Tahan Dengan Ujian Duniawi Sanggup Melompat Setinggi Arnab

SABAH: Tindakan bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi yang keluar parti semalam berkemungkinan tertekan dengan situasi semasa yang berlaku dalam parti itu, kata Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Datuk Halik Zaman menganggap tindakan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi yang keluar parti semalam, sebagai tidak tahan dengan ujian perjuangan.
Beliau tidak menolak bahawa Pajuddin meninggalkan parti berkemungkinan disebabkan dengan situasi semasa.

“Mungkin belum tiba masanya orang muda diberi peranan memikul tanggungjawab sebagai MPN Sabah sepenuh masa.

“Pajuddin kelihatan tidak tahan dengan ujian yang dihadapinya,” kata beliau ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Halik juga berharap jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN yang bakal dilantik harus dalam kalangan mereka yang berketrampilan, berwibawa, berkemampuan dan mempunyai ketokohan untuk mendepani cabaran.

Dalam pada itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail membuat lawatan ringkas ke Sabah dan mengadakan pertemuan dengan pimpinan cabang petang ini.

Pajudin, 42, yang baru memegang jawatan Pengerusi MPN Sabah meninggalkan parti dengan membuat pengumuman pada sidang media bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menyatakan mahu menyertai Umno.

113 daripada 1,016 Pelajar Kedah Di Mesir Tidak Dapat Dikesan Status Mereka : EXCO

ALOR SETAR 6 Feb. - Seramai 113 pelajar dari Kedah yang menuntut di Mesir ketika ini tidak diketahui kedudukan mereka sama ada sudah pulang ke Malaysia atau masih berada di negara itu atau di negara lain.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, pelajar yang tidak diketahui status mereka itu, diminta melaporkan kepada Kedutaan Malaysia mahupun Yayasan Negeri atau jabatan agama yang menaja mereka.

Menurut beliau, jumlah pelajar Kedah yang menuntut di Mesir ialah 1,016 orang - 574 lelaki dan 442 perempuan.

"Daripada jumlah itu hanya 886 pelajar kita di bawah tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Kedah dan persendirian akan dibawa pulang ke negara ini manakala 17 pelajar yang kini berada di Iskandariah enggan pulang manakala 113 lagi tidak diketahui status mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

- Bernama

Apa Nak Jadi Nie - Siswi Melayu Jual Tubuh Untuk Kekayaan & Kemewahan

LALA... jadi pekerja sosial mudah.
LALA... jadi pekerja sosial mudah.

LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.
LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.

KUALA LUMPUR: Mereka cantik, muda dan berpelajaran tinggi. Namun kerana mahukan kesenangan dengan cara mudah, segelintir gadis yang mendakwa graduan sanggup menjual tubuh, menawarkan khidmat urut dan menipu lelaki hidung belang.

Itu haluan hidup gadis berkenaan bagi meraih pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu bekerja keras berbanding bekas rakan sekuliah yang hanya mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada jenis pekerjaan.

Gadis berkenaan licik mencari pelanggan dengan menggunakan kepandaian dan kepetahan dimiliki untuk mengikis wang dan menipu lelaki miang yang dahagakan belaian.

Selepas mengesan aktiviti songsang mereka menerusi laman sosial, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dan menemubual tiga graduan berkenaan bagi mengetahui punca mereka memilih jalan ‘sesat’ hingga mensia-siakan pengorbanan ibu bapa membiayai pelajaran ke menara gading.


Malah, bagi membuktikan dakwaan itu benar, mereka menunjukkan diploma dimiliki kepada wartawan dan bukan sekadar ‘iklan’ promosi diri di laman sosial.

LALA, 24:

“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.

‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi.

Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.

Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram.

Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.


BABY, 26:

“SEBELUM ini saya pernah bergelar penari profesional dan kerap mengiringi pelbagai persembahan artis popular dalam dan luar negara.

Walaupun bergelar graduan dalam bidang itu di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, persaingan dan pendapatan diperoleh kurang memuaskan.

Saya pernah bekerja beberapa tahun sebagai penari profesional. Namun gaji diberi cukup makan saja. Malah, terlalu banyak bil dan komitmen lain perlu diselesaikan.

Selepas itu, saya diajak seorang rakan untuk menjalankan khidmat ini. Pada mulanya saya keberatan, namun selepas menerima gaji diberi, saya tidak berfikir panjang lagi.

Usia seperti saya sekarang ini susah untuk mendapatkan pendapatan yang kadangkala melebihi lima angka. Jika saya bekerja di syarikat lain atau terus bekerja sebagai penari, mungkin 20 tahun lagi baru saya mendapat pendapatan sebanyak ini.

Tidak cukup sekadar bekerja di pusat kesihatan atau spa sebagai gadis urut, saya turut menawarkan khidmat seks dengan menyewa bilik hotel sekitar ibu kota.

Kegiatan ini dilakukan selepas pulang daripada kerja dan ia hanya dibuat apabila mendapat tempahan di sebelah malam.

Jika di spa, saya tidak mendapat bayaran penuh. Jadi, untuk mendapatkan bayaran menarik, saya terpaksa melakukan kerja seperti ini.

Bagaimanapun, bukan selalu saya menjalankan aktiviti ini. Jika ada tempahan, baru saya menyewa bilik hotel dan menanti pelanggan.

Sekurang-kurangnya saya dapat mengumpul RM3,000 hingga RM4,000 dengan melakukan kerja luar terbabit.

Jika dicampurkan dengan gaji bekerja di spa, paling sikitpun saya mampu memperoleh RM10,000 sebulan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu yang menamatkan pengajian di peringkat diploma tahun lalu.


LIYANA, 25:

“SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan ‘menjual’ pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah.

Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks.

Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya.

Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun.

Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan,” katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu.

Risalah "My Balik Pulau" Keluaran Kementerian Pelancongan.. Kenapa Utusan Bising2

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.