Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar Lumpuh - 11 AJK Letak Jawatan Tidak Berpuas Hati Dengan Pimpinan Ahmad Bashah

Sebelas ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Alor Setar telah meletak jawatan berkuatkuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin
Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

"Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik," kata Mohd Azreen kepada pemberita.

Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka.

Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri.

Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

--Bernama

Siapa Timbalan Menteri Dalang Kegiatan Pelacuran

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Polis akan menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran walaupun Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat ianya satu tohmahan.

Mohd Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.

“Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh seorang ahli politik pada 14 Ogos lepas mendakwa

timbalan menteri itu terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.

Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar tahun 2000 dan 2001.

Mohd Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.

“Kita kena tengok dahulu adakah laporan itu berunsur tohmahan atau tidak dan baru kita membuat keputusan. Kita kena kenal pasti mangsa seperti yang didakwa terlebih dahulu,” katanya.

Mengenai dakwaan kononnya tujuh lagi wanita kaum Penan dieksploitasi untuk tujuan seks di Baram, Sarawak, beliau berkata hingga kini tiada sebarang saksi tampil kepada polis manakala sekumpulan 36 badan bukan kerajaan (NGO) yang yang kononnya mahu memperjuangkan nasib kaum Penan, masih gagal memberi sebarang maklumat yang dapat membantu siasatan.

“Kita telah menubuhkan satu lagi pasukan khas baru yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan telah pergi ke Baram untuk menyiasat perkara itu.

“Namun kami tidak menemui sebarang kes baru seperti yang didakwa mereka, malah tiada laporan baru polis dibuat di sekitar Sarawak. Kalau tiada mangsa tampil atau tiada maklumat dari yang mendakwa, bagaimana kita hendak siasat?” kata Mohd Bakri.

Beliau berkata tidak timbul soal kononnya polis bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menutup apa-apa juga kejadian yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang.

Di Ipoh, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata laporan sebuah akhbar kononnya polis Perak ada menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan timbalan menteri itu adalah tidak benar.

“Dakwaan mengatakan perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh tidak benar dan apa yang ditulis oleh akhbar tersebut juga silap,” katanya.

Akhbar berkenaan dalam laporannya menyebut kes berkenaan sedang disiasat oleh Ibupejabat Polis Kontinjen Perak.

— Bernama

Pecah Amanah RM888,000 Ketua Pengarah Tourism Malaysia Didakwa

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mirza Mohammad Taiyab didakwa pecah amanah sebanyak RM888,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoren Malaysia Dubai sedangkan syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.

Mirza, pada masa itu ahli lembaga pengarah di anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - didakwa bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mirza, 53, mengaku tidak bersalah. Hakim Azizah Mahmud menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan mengarahkan dia menyerahkan paspot pada 1 September apabila pulang daripada mengerjakan umrah.

Mirza yang diwakili peguam Shashi Menon. Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 6 September.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008.
Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan. Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

Dokumen Dakwa MAS Rugi RM8 bilion Didedah .. Tan Sri Tajuddin Ramli Dilindungi Pihak Tertentu...

Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion, dakwa PAS.

Naib presidennya Salahuddin Ayub (kiri) mendakwa demikian hari ini ketika mendedahkan beberapa dokumen berhubung kerugian yang didakwa dialami syarikat tersebut.

Salahuddin berkata dokumen tersebut antara lainnya merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

Beliau turut mendedahkan aduan yang dibuat oleh MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berkait dengan tindakan Tajuddin.

DTambahnya, beliau telah menghubungi pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas tergembar membincangkan kes itu.

Jelasnya, dokumen itu diedarkan kepada kesemua anggota jawatankuasa khas itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, beliau sedang menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun pihak polis.

Beliau juga menuntut perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai saiz skandal PKFZ.

Permohonan Anwar Gugur Tuduhan Ditolak Mahkamah


Mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya (DPP), Farah Azlina Latif.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Ini kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira (kiri) dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

Hakim Mohamad Zabidin berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima penjelasan Jude dan Hanafiah dalam isu tersebut.

Dari penjelasan mereka, katanya, adalah munasabah untuk memutuskan bahawa walaupun Farah merupakan anggota pasukan pendakwa, tetapi peranannya terhad kepada 'apa yang perlu' tahu.

Katanya, Farah tidak mempunyai akses kepada kertas atau dokumen siasatan dan juga tidak terbabit dalam sesi taklimat.

Hakim berkata, oleh kerana Farah tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan atau kandungan kes, maka pengadu, Saiful juga tidak mempunyai akses menerusi Farah.

Mengenai isu integriti pihak pendakwa, Mohamad Zabidin
memutuskan bahawa Farah bukan pegawai pendakwa yang bertanggungjawab mendakwa tertuduh, kerana dia hanya hadir di mahkamah untuk mengambil nota.

Menurutnya lagi, Farah juga tidak bertanggungjawab untuk menyoalsiasat para saksi.

Oleh itu, Mohamad Zabidin berpendapat bahawa Saiful tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Farah berdasarkan dakwaan hubungan antara mereka, dan ia tidak mungkin mempengaruhi pihak pendakwa dan menjejaskan integriti pasukan pendakwa.

Menurutnya lagi, juga tidak timbul isu prejudis terhadap Anwar dalam perbicaraan ini dan atas sebab tersebut, beliau mendapati tiada berlaku penyalahgunaan proses mahkamah seperti yang didakwa, dan oleh itu menolak permohonan untuk menggugur kes liwat tersebut.

Mohamad Zahidin juga mengarahkan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar diteruskan, walaupun dibantah oleh pihak pembela.

Ketua Menteri Dibaling Dengan Kasut Dalam Sambutan 'Hari Hitam'

Anggota polis disyaki baling ketika perarakan hari kemerdekaan ditahan

SRINAGAR: Seorang anggota polis membaling kasut ke arah Ketua Menteri Kashmir di India, Omar Abdullah pada perarakan hari kemerdekaan semalam yang menyaksikan ribuan penduduk Kashmir mengadakan tunjuk perasaan membantah pemerintahan India.

Kawalan keselamatan diketatkan di seluruh lembah Kashmir semalam yang majoriti penduduknya adalah umat Islam bagi sambutan tahunan itu yang digelar ‘hari hitam’ di Kashmir.

Pada majlis sambutan utama di stadium Srinagar, Omar baru saja membentang bendera India ketika kasut dibaling ke arahnya.

Kasut berkenaan tidak mengenai ketua menteri dan anggota polis yang membalingnya sambil melaung: “Kami mahu kemerdekaan” segera ditahan.

“Membaling kasut adalah lebih baik daripada membaling batu,” kata Omar. Ketua menteri itu mengetuai Persidangan Kebangsaan, parti proIndia di Kashmir.

Tunjuk perasaan hampir berlaku setiap hari di wilayah itu sejak dua bulan lalu dan pertempuran dengan polis di Srinagar dan pekan lain sering berlaku.
Kekacauan itu setakat ini meragut 57 nyawa, kebanyakan lelaki muda dan remaja yang terbunuh apabila polis melepaskan tembakan.

Pada Jumaat dan kelmarin, pasukan keselamatan menembak mati enam penunjuk perasaan apabila bertempur dengan mereka.

Wakil paling kanan India di Kashmir, gabenor wilayah itu, NN Vohra, menggesa pasukan keselamatan menyemak semula strategi mereka dalam mengawal penunjuk perasaan bagi mengurangkan kematian.

Sementara itu, dalam ucapan hari kemerdekaan semalam di stadium yang tidak penuh, Omar menyatakan kekesalannya terhadap jumlah kematian yang tinggi.

“Mangsa korban adalah saudara dan anak saya dan saya tumpang bersedih,” katanya.

Ketua menteri itu mengumumkan akan mewujudkan 50,000 jawatan kerajaan dalam beberapa bulan akan datang bagi memberi peluang pekerjaan golongan muda di Kashmir.

– AFP

Penduduk PPR Intan Baiduri, Kepong Selesa Dengan Kemudahan Surau Baru

Abdul Aziz (kanan) menunjukkan gambar ketika majlis penyerahan kunci surau itu bulan lalu.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Jika sebelum ini penduduk PPR Intan Baiduri Kepong di sini, yang terletak dalam bahagian Parlimen Batu, terpaksa menunaikan solat tarawih di ruang yang sempit, situasi itu sudah tidak dirasai lagi tahun ini dengan mereka memiliki surau Al-Hijrah yang lebih selesa.

Lebih menggembirakan surau itu diterima kira-kira tiga minggu sebelum 1 Ramadan.

Surau Al-Hijrah yang boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa memberi kemudahan kepada umat Islam PPR itu untuk menjalankan pelbagai aktiviti ibadah dengan lebih selesa.

Menurut Pengerusi Surau Al-Hijrah, Abdul Aziz Sidek, sejak empat tahun lalu penduduk terpaksa bersembahyang tarawih di surau yang terletak di bawah blok bangunan.

“Sambutan Ramadan tahun ini adalah paling menggembirakan penduduk di sini kerana tidak perlu bersesak dalam surau yang kecil dan sempit setiap kali solat tarawih.

“Kalau empat tahun lalu nak solat tarawih pun terpaksa bersesak-sesak, malah pengurusan surau terpaksa menyediakan khemah di luar surau kerana terlalu ramai.

“Tapi kini berkat usaha dan kesabaran kita mendapat surau baru yang selesa dan indah setelah kerja-kerja pembinaan yang dilakukan sejak tahun lalu selesai,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Surau Al-Hijrah yang boleh menampung kehadiran 500 jemaah pada satu-satu masa.
The Malaysian Insider
difahamkan satu majlis penyerahan kunci surau itu telah diadakan bulan lalu dengan disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.

“Kini segala penantian sudah berakhir dan bersyukur kerana doa dan harapan penduduk berkenaan selama ini untuk memiliki surau lebih sempurna dan selesa akhirnya termakbul,” kata Abdul Aziz.

Katanya, surau itu dapat memberi kemudahan untuk warga PPR melakukan pelbagai program.

Pihak ahli jawatankuasa surau pula katanya, akan cuba memikirkan bentuk-bentuk program agar aktiviti di surau ini akan terus hidup.

Surau Al-Hijrah yang menelan kos RM2 juta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik audio, bilik imam, pejabat serta bilik kelas agama.

Selain itu, turut disediakan ruang dapur dan dewan makan yang luas dan selesa, bilik jenazah serta tandas dan ruang wuduk yang dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya.

Tian Chua menyampaikan sumbangan kepad wakil pihak pengurusan Surai Al-Hijrah petang semalam.
Setiausaha Surau Al-Hijrah, Razak Sahimi berkata, sebelum ini penduduk PPR memiliki sebuah surau di bawah blok bangunan namun sering berlaku kesesakan kerana ruang yang agak kecil apabila terdapat aktiviti atau majlis tertentu.

Kira-kira separuh daripada 6,000 penghuni PPR Intan Baiduri beragama Islam.

Beliau berkata surau baru itu akan dapat memberi ruang yang lebih luas, sekali gus memberi keselesaan kepada para jemaah untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan khasnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang ditemui ketika program berbuka puasa di surau Al-Hijrah berkata, sepanjang Ramadan beliau akan mengunjungi kesemua surau dan masjid di bahagian Parlimen tersebut untuk menyampaikan sumbangan.

“Saya difahamkam di Parlimen Batu mempunyai kira-kira 60 buah surau dan masjid jadi saya mengambil inisiatif untuk menyampaikan sumbangan sepanjang Ramadan.

“Hari ini sahaja kita sudah pergi ke tujuh surau atau masjid untuk serahkan sumbangan,” katanya yang kini berhadapan dengan rayuan kes yang bakal menentukan sama ada kerusi itu akan kosong atau sebaliknya.

Terlebih dahulu Tian Chua turut membantu menyediakan bubur lambuk di surau Al-Hijrah untuk diedarkan kepada penduduk PPR Intan Baiduri dan kawasan sekitar.

Masjid2 Di Selangor Tak Benar Parti Politik Buat Majlis Berbuka Puasa

Roslan SMS

Isu Umno mahu mempolitikkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya.

Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku.

Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid. Pimpinan Umno Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding.

Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan.

Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hakikatnya Umno Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini!

Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini?

Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri.

Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengiku peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS.

Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi?

Jika PM mahu turun sepatuntnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka?

Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat. Antaranya tiada sepanduk dan bendera Umno dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik.

Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon. Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazir masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM.

Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap!

Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap,ambil tindakan.

Pemimpin UMNO Kelupor Bila Kerajaan Kelantan Tetap Mahu Gunakan Matawang Syariah

KOTA BHARU, 15 Ogos: Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno, biar pun mereka tahu wang kertas tidak ada nilainya.

Malah wang kertas yang dipolopori sistem kapitalis terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.

Namun mengapa pemimpin Umno begitu gelisah dengan kemunculan kembali matawang syariah. Ini secara tidak langsung menggambarkan tidak berputik di jiwa mereka untuk mengagungkan kembali ketamadun Islam.

Bekas pensyarah kanan UIAM, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, sepatutnya umat Islam perlu menyokong membebaskan diri mereka dari belenggu riba.

”Lemahnya umat Islam kerana ekonomi mereka diperintah oleh kuasa besar yang mempertahankan sistem kapitalis.

”Usaha Kelantan menghidupkan kembali matawang syariah dengan memperkenalkan dinar dan dirham merupakan perjuangan umat Islam sejagat, namun hanya di Kelantan sahaja sanggup melaksananya,” katanya di sini.

Pelancaran matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan pada Khamis lalu mendapat kritikan pemimpin-pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dilaporkan meminta Bank Negara Malaysia mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan matawang syariah dinar dan dirham di Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula mendakwa apa yang dilakukan Kelantan hanyalah bertujuan politik semata-mata dan bagi meraih simpati rakyat.

"Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik. Nanti kerajaan pusat dikatakan tidak Islamik. Ini jelas untuk mengasak kerajaan pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," kata Mustapa.

Manakala Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mengeluarkan matawang.

Matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan bagi pembayaran gaji, bayaran zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Dr Muhammad Fadzli berkata, kenyataan pemimpin Islam di negara ini begitu mengecewakan kerana mereka tiada kesungguhan untuk melihat tamadun Islam kembali menguasai dunia.

”Sebab itulah matawang dinar dan dirham disokong dan ia menjadi kebanggaan umat Islam sedunia. Sememang Umno tidak suka kerja-kerja Islam sebegini,” katanya yang anggota Exco kerajaan Kelantan.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan berkata, dari segi politik nampak ada kecederungan terutamanya golongan cerdik pandai untuk kembali kepada ketamadunan Islam.

Ekoran itu katanya, ada perbahasan pro dan kontra terhadap pengenalan matawang syariah yang dilaksanakan di Kelantan.

”Yang kontra merupakan mereka yang tidak yakin dengan keupayaan sistem kewangan Islam. Mereka dibelenggu dengan pengaruh sistem riba kapitalis, walaupun ada kuasa tetapi tidak ada polical will.

”Kelantan boleh teruskan sehingga dapat menaikkan imej Islam. Dan diharap kurangkan gimik dalam semua aspek,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa menjelaskan dinar dan dirham yang dilancarkan bukan dianggap sebagai matawang bagi menggantikan wang yang ada sekarang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang.
"Kita tidak pernah kata sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya di sini.

Menurutnya dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.

"Ini kerana di mana-mana negara pun, pertukaran barang dibenarkan. Kalau kedua-dua pihak bersetuju, dia bolehlah guna dinar dan dirham untuk tukar dengan barangan," katanya.

Husam berkata, semua orang tahu kerajaan negeri tidak kuasa untuk mengeluarkan matawang sendiri.

Luar Kawalan - Suami Simbah Cuka Getah Ke Muka Isteri dan Dua Anak

NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.

“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.

“Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.
Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.

Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.

Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.

Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.

“Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku.

“Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.

“Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya.

Seorang Ibu Tinggal Seorang Diri Mati Dibunuh Dalam Kejadian Samun

YAN, 15 Ogos — Seorang wanita warga emas yang tinggal seorang diri ditemui mati dan dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Teluk Mak Acheh, dekat sini, hari ini.

Mangsa Lian Osman, 74, ditemui oleh jirannya pada pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya dengan kesan lebam di bahagian muka, dipercayai ditekup menggunakan bantal.

Jiran mangsa, Rogayah Saad, 51, berkata dia mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak kelihatan di luar rumah seperti sebelumnya sejak awal pagi semalam.

Dia kemudian terkejut apabila terjumpa dompet kepunyaan mangsa di atas jalan kira-kira 30 meter daripada rumah mangsa.

“Saya ternampak kesan umpil pada tingkap rumah yang berkunci itu dan terus memanggil suami (Shukri Ahmad) bagi melihat apa yang berlaku dalam rumah mangsa,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Shukri, 56, yang juga ketua kampung itu, berkata dia dia membuka pintu rumah mangsa dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang di ruang tamu dan barang-barangnya berselerak.

Anak mangsa, Hashimi Hassan, 53, yang tinggal di Alor Setar, berkata ibunya memang tinggal berseorangan dan pernah menyatakan rasa bimbang keselamatan dirinya ekoran pernah berlaku kejadian samun di kampungnya itu.

“Saya cuba menghubungi ibu berkali-kali seawal 8 pagi namun tiada jawapan diterima. Pada tengah hari tadi, saya terima panggilan dari ketua kampung yang suruh saya pulang secepat mungkin tetapi tidak dinyatakan ibunya sudah meninggal dunia.

“Saya tak sangka hasrat ibu saya nak berbuka dan melakukan solat Terawih bersama saya hari ini tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. — Bernama


Menara Jam Tertinggi Di Dunia Kurang 11 Meter dari Burj Khalifa

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman merupakan jam raksasa yang 6 kali lebih besar jam Big Ben di London.Menara jam tersebut mempunyai ketinggian 577 Meter yang mempunyai 4 pandangan sisi.

Bangunan hotel yang terletak jam tertinggi di dunia ini sedang dibina tersebut mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih pendek dari Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya yang mempunyai ketinggian 828 meter.

Jam besar Jam Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.Jam tertinggi di dunia ini telah mula berdetik pada 1 Ramadhan, 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi.

Berikut adalah gambar jam tertinggi di dunia ini dan hotel tersebut dari pelbagai pandangan sudut dari Kota Suci Mekah.

Jam Mekah @ isuhangat

Jam Mekah @ isuhangat

Jam Mekah @ isuhangat

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

Semasa dalam pembinaan.Gambar dari Al-riyadh.com

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

jam tertinggi di mekah

SUMBER - Terima kasih sahabat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.