Dokumen Dakwa MAS Rugi RM8 bilion Didedah .. Tan Sri Tajuddin Ramli Dilindungi Pihak Tertentu...

Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan akibat kerugian didakwa sebanyak RM8 bilion, dakwa PAS.

Naib presidennya Salahuddin Ayub (kiri) mendakwa demikian hari ini ketika mendedahkan beberapa dokumen berhubung kerugian yang didakwa dialami syarikat tersebut.

Salahuddin berkata dokumen tersebut antara lainnya merupakan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff yang menyarankan kepada perdana menteri, bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

Beliau turut mendedahkan aduan yang dibuat oleh MAS kepada polis dan SPRM pada 2009 berhubung kerugian yang didakwa berkait dengan tindakan Tajuddin.

DTambahnya, beliau telah menghubungi pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas tergembar membincangkan kes itu.

Jelasnya, dokumen itu diedarkan kepada kesemua anggota jawatankuasa khas itu.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, beliau sedang menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun pihak polis.

Beliau juga menuntut perdana menteri supaya mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai saiz skandal PKFZ.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.