Artis Khalwat Akan Nikah 24 September Ini, Persalinan Pasangan Bernilai RM7.2 Juta


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut,yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta,pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Menurut laporan media, Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.Norman merupakan pelakon siri Gerak Khas.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.

Bill Bora selaku wakil Rafflesia memberitahu, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.



Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.


“Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

“Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Datuk Jimmy Choo, kata beliau.

Menurut Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

“Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama,” katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.

Sokong BERSIH: Aktivis Sarawak dimasukkan Ke Wad Psikiatrik Hospital Kuala Lumpur Tanpa Persetujuannya.. Kenapa???


Aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sebanyak tiga kali sepanjang dua minggu lalu kerana menyokong BERSIH 2.0 telah dihantar ke wad psikiatrik malam tadi oleh polis.

flash mob read newspaper upside down 020510 chou z lamMenurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.

"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital,” kata Chou ketika dihubungi.

Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.

"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu,” katanya sambil menambah keluarga Hii menetap di Sibu, Sarawak.

NONEChou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.

"Dia mengadu pesakit lain meludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh menyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.

"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?” soal Chow.

Bongkar!!! Borang Kastam K2 Untuk Selamat Isteri PM Najib Cetus Petunjuk Utama Cincin Berlian RM24 Juta

Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24 Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.


Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".

Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX.

Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533


Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry'pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.

Urusniaga Kontroversi Pembelian Scorpene Peguam Perancis Bourdon Ditahan... Kenapa???

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.