10.59am: Masa bantahan akan tamat. Pegawai Pilihanraya akan mengumumkan calon-calon bertanding
11.11am: Penyokong kedua-dua parti BN-DAP masih tidak berganjak menunggu pengumuman rasmi calon.
11.23am : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Wong Seng Meng bersedia untuk umumkan nama calon yang disahkan bertanding.
11.33am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Wong See Meng berkata, SPR menerima hanya satu bantahan dalam proses pencalonan tetapi menerima ketiga-tiga calon terbabit untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.
11.35am: KETIKA ini calon bertanding memasuki semula Dewan Suarah untuk mengadakan sidang akhbar.
Terima Kasih kepada sahabat blog :
SUMBER
Pemandangan luar Dewan Suarah Sibu
Perarakan calon DAP pula akan bermula di Panggung Zenith Minth, juga tidak jauh dari pusat penamaan calon. Mereka akan berkumpul di panggung lama itu untuk bersama calonnya, Richard Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak.
Perarakan calon dan penyokong pembangkang akan diketuai bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Info Ringkas Parlimen SibuPalimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.
Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).
Sebanyak 45 pusat mengundi melibatkan 39 buah sekolah, dua buah tadika, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam dengan 110 saluran mengundi akan digunakan pada pilihan raya itu.
Terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam Parlimen Sibu iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka.
Ketiga kawasan DUN berkenaan dikuasai oleh Barisan Nasional.
SPR telah menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak telah ditetapkan pada 16 Mei ini.7.30am: Keadaan penamaan calon di sini agak berbeza dengan keadaan di pilihan raya kecil di Semenanjung. Paling berbeza kehadiran penyokong yang agak kurang sejak awal pagi tadi berbanding di Semenanjung yang jumlahnya menjangkau puluhan ribu menjelang 8 pagi.
Ketika ini, hanya beberapa ratus penyokong berkumpul dengan membawa bandera dan sepanduk parti.
7.51am: Apa yang menarik di sini ketika ini, kebanyakan penyokong calon yang hadir tidak membawa sepanduk atau bendera parti, memakai lilitan kepala atau topeng muka yang biasanya mewarnai ketika hari penamaan calon. Mereka juga dilihat tidak agresif seperti pada pilihan raya di Semenanjung.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tengah) tiba di pekarangan Dewan Suarah
Kira-kira 200 penyokong Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di Pusat Komersial Delta, berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah, di sini sehingga 8 pagi ini.
8.11am: Kelihatan pegawai dan petugas SPR tiba dan memasuki Dewan Suarah.
Penyerahan borang pencalonan hanya dibuka mulai 9 pagi selama sejam sebelum ditutup 10 pagi. Ia akan diikuti pula dengan proses semakan dan bantahan selama sejam sehingga 11 pagi.
8.30am: Lebih 2,000 penyokong pakatan membawa sepanduk, bandera serta poster kini berada di pekarangan Dewan Suarah. Mereka berteriak " Hidup Hidup Pakatan".
8.39am: Calon DAP, Richard Wong Ho Leng diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datik Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin pakatan pembangkang lain.
Lebih 2,000 penyokong pakatan membawa sepanduk, bendera serta poster kini berada di pekarangan Dewan Suarah. Mereka berteriak " Hidup Hidup Pakatan".
8.41am: Calon DAP Richard Wong Ho Leng dan pemimpin pakatan sudah memasuki pekarangan Dewan Suarah. Mereka kini berkumpul di khemah khas untuk DAP sebelum memasuki dewan untuk penyerahan borang pencalonan.
8.47am: Antara pemimpin pakatan yang turut kelihatan ialah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Thian Chua, Salahhuddin Ayub, Hasan Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
8.50am: Calon, Robert Lau Jr. diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan ketua parti komponen BN memasuki pekarangan pusat penamaan calon dan berkumpul di khemah khas BN.
8.53am: Perarakan penyokong BN menghampiri Dewan Suarah.
Calon Bebas, Narawi Husin dan Hamka Kassim bagaimanapun belum kelihatan di khemah khas yang disediakan.
Proses penamaan calon sedang berlangsung. Lebih 3000 penyokong PR sedang menunggu pengesahan calon. Antra pemimpin yg mengiringi calon DAP Sallahuddin Ayub, Dr Hassan Ali, Wan Azizah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan lain-lain
9.02am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng mengumumkan tempoh kemuka borang pencalonan mulai 9 pagi selama sejam.
9.04am: Calon DAP. Richard Wong Ho Leng yang pertama memasuki dewan dan menyerahan borang pencalonannya.
9.19am: PENYOKONG DAP menunggu di luar Dewan Suarah di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu.
9.19am: Ketika ini, penyokong BN di luar Dewan Suarah menyanyikan lagu BN serta bersorak "Hidup BN".
9.30am: Ketika ini menjadi tanda tanya ramai pihak di sini ialah seorang lagi calon Bebas, Hamka Kassim, 40, yang masih belum kelihatan.
9.43: Keadaan tenang di sini meskipun penyokong BN dan Pakatan Rakyat saling berteriak slogan parti masing-masing.
Tiada provokasi antara penyokong yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Calon Bebas, Narawi Harun (tengah).
9.45am: Tempoh sejam kemuka borang pencalonan tinggal kira-kira 15 minit hendak tamat iaitu jam 10 pagi. Setakat ini, seorang lagi calon Bebas, Hamka Kassim masih belum kelihatan.
9.46am: Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Nicholas Bawin Anggat yakin dengan arus perubahan politik yang berlaku di Sarawak sekarang mampu menjana kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng pada pilihan raya kecil Bandar Sibu 16 Mei depan.
9.50am: Kelihatan helikopter PDRM berlegar-legar bagi memantau keadaan keselamatan di sekitar pusat penamaan calon dan bandar Sibu.
MB Selangor ketika ditemui berkata, pakatan rakyat akan membawa perubahan untuk Sarawak jika lebih ramai wakil rakyatnya dipilih pengundi, termasuk pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu.
Katanya, antara isu yang diketengahan pembangkang ialah masalah kemiskinan, prasarana asas, masalah banjir dan isu nasional.
10.00: Tempoh sejam kemuka borang pencalonan tamat 10 pagi tadi. Ketika ini bermula tempoh semakan dan bantahan selama sejam berakhir 11 pagi nanti.
10.15am: Mengikut kertas pencalonan yang dipamerkan SPR untuk bantahan di luar Dewan Suarah, hanya tiga calon kemukakan borang - Wong Ho Leng (DAP); Robert Lau Hui Yew (BN) dan Narawi Haron (Bebas).
Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.
Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi
dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus).
Sebanyak 45 pusat mengundi dengan 110 saluran akan dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan masing-masing satu pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam bagi proses mengundi
10.34am: Ketika menunggu tempoh bantahan sehingga 11 pagi ini, peimpin BN dan DAP ditemubual wartawan yang membuat liputan. Antara soalan berkisar kepada peluang serta isu yang bakal diketengahkan semasa kempen.
10.40am: TIGA pencalonan dari kiri Narawi Haron (Bebas), Robert Lau Hui Yew (BN) dan Wong Ho Leng (DAP) di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen P.212 Sibu di Dewan Suarah, hari ini.