Pendedahan!! Inilah Wajah Pelakon Terkenal Yang Bergelar Datuk, Antara Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).. Jom Terjah Siapa Artis Ini...

aziz satar
KUALA LUMPUR - “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”.

Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani.

Bercerita lanjut, Aziz berkata, dia gembira dengan kunjungan pemimpin setempat itu yang melapangkan masa menyampaikan sendiri baucar bantuan tersebut kepadanya.

Beliau berterima kasih kepada Umno Bahagian Titiwangsa yang yang prihatin kepada golongan warga emas sepertinya.

“Kehidupan saya sekarang ini seperti biasa, kalau ada tawaran berlakon, adalah pendapatan. Bila dapat lebih, perlu pandai-pandai uruskan untuk tampung perbelanjaan ketika tiada tawaran,” katanya ketika penyerahan baucar BR1M oleh Umno Bahagian Titiwangsa, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hilir, di sini kelmarin.

Aziz berkata, dia berhasrat bekerjasama dengan Umno Bahagian Titiwangsa menganjurkan program motivasi mengenang mereka yang berjasa kepada negara ini.

Katanya, rakyat perlu didedahkan sumbangan pemimpin sebelum ini sehingga sekarang.

Sementara itu, difahamkan jumlah penerima BR1M di Parlimen Titiwangsa setakat ini seramai 4,975 orang, manakala seramai 4,790 lagi dijangka menerimanya hari ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pejabat Umno Bahagian Titiwangsa.

Kontroversi!!! Inilah Wajah Artis Wanita Melayu Yang Memegang Gelas Berisi Minuman Keras Untuk Disuap Ke Mulut... Apa Dah Jadi Dengan Artis Melayu Nie???

 
Eh engkau Ika Nabila, drama dan kerjaya entah ke mana, banyak pula bermain kontroversi. Luahan perasaan akauntan kami.

Beberapa minggu lalu, jadi satu isu juga gossip dari wartawan nan satu itu mengatakan Ika Nabila merupakan seorang lesbian dan menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid.

Tidak cukup dengan itu, wartawan puaka itu turut tahu yang bilik Ika Nabila mempunyai alat permainan seks dewasa — hebat!

Anggap sahaja ini edisi ala Melodi kami untuk hari Ahad penghujung cuti anda semua. Gambar ini kami terima melalui e-mail dari seorang pembaca yang berkata menerima e-mail dari rakan baik beliau yang yang sebenarnya berada di’lokasi kejadian ini. Hmm.




Okay. Tiada sebarang spekulasi akan kami timbulkan di’sini kerana menurut pakar philosophy terkemuka, sekeping gambar membawa 1,000 maksud. Oh mungkin Ika Nabila hanya memegang gelas rakan yang mahu ke tandas.

Skandal Pasir: Pengakuan Amirudin Memalukan PKR, Hal Ini Memayahkan Lagi PR Untuk Tawan Putrajaya

Skandal Pasir Pengakuan Amirudin Memalukan PKR

ADA sebab kenapa DUN Selangor mempunyai SELCAT (Select Committee for Competancy, Accountability and Transparency) atau dalam bahasa Melayunya, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor .

Tujuan mengadakan jawatankuasa itu ialah untuk menyiasat kepincangan dan penyelewengan yang di dakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri, disamping tugas-tugas hakiki yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Asas,  penulis menyatakan hal di atas ialah merujuk kepada pengakuan ADUN Batu Caves hari ini bahawa memang beliau ada mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat Double Dignity Sdn Bhd untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja pengorekan pasir daripada kerajaan negeri Selangor.

Sedangkan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang pengarah Syarikat tersebut.

Penulis tidak faham bagaimana keadaan ini berlaku.  Soal Double Dignity mendapat kontrak pasir atau tidak dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bukan isu, pembunuhan Datuk Patrick juga bukan isu tapi isunya ialah kenapa Amirudin menyokong surat permohonan dari syarikat yang dia sendiri mempunyai kepentingan?


Tidakkah ini secara terang dan jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa?

Hasil semakan penulis, sudah ada blog-blog pro UMNO yang menuduh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin telah mengarahkan KSSB untuk menghapuskan semua data berkaitan dengan Double Dignity dan menghantarkannya kepada pejabat Menteri Besar.

Walaupun tidak disusuli dengan sebarang bukti, tapi persepsi masyarakat ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan, memandangkan KSSB adalah anak syarikat kerajaan negeri sendiri!!

Malah ada juga yang menuduh PKR sedang meniru strategi sama yang diamalkan oleh UMNO dalam usaha mendapatkan dana untuk aktiviti parti dengan mengambil sebahagian percentage dari kontrak kerajaan yang diberi kepada syarikat terbabit.

Semua tanggapan sedemikian boleh menjejaskan parti kalau tidak dikawal dengan baik.
Penulis dengan ini menggesa Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim menghadapkan Amirudin ke hadapan SELCAT dan mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut dengan secepat mungkin.  Rakyat perlu diberitahu akan keadaan yang sebenar dan kerajaan negeri sendiri perlu dilihat telus dalam hal ini.

Disamping mematikan semua khabar-khabar angin yang berkaitan.

Penulis tidak berani lagi mengulas mengenai ADUN Seri Muda, Mat Shuhaime Shafei kerana ia melibatkan hal yang lebih teknikal seperti rakaman perbualan telefon dan sebagainya.  Walaupun namanya juga tersenarai antara pengarah Syarikat tersebut, ia bukanlah satu isu besar kerana di Selangor, hanya Exco Kerajaan Negeri sahaja yang dilarang dari memegang jawatan dalam mana-mana syarikat.

Tapi tidak salah kalau bersiap sedia dari sekarang.  Ini kerana, seperti yang diterangkan Raja Petra Kamarudin (RPK) di dalam blognya, ini hanya satu permulaan, akan ada lebih banyak lagi yang datang.

Polis Tak Ambil Kira Video Di Youtube : Insiden di KFC

Polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.

Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

NONE"Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.

"Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Polis juga tidak akan menggunakan rakaman di Youtube itu untuk siasatan kes pergaduhan tersebut, kata Ahmad Zahedi lagi.

Sebaliknya, polis hanya akan menggunakan rakaman video litar tertutup (CCTV) dari premis restoran itu, yang setakat ini masih belum diterima pasukannya, kata Ahmad Zahedi.
"(Rakaman) di Youtube tak boleh pakai sebab dah edit semua. Anda ingat itu rakaman betul?," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya dua rakaman insiden berkenaan dikesan telah dimuatkan di Youtube dan mendapat perhatian meluas oleh pengguna Internet setakat ini.
Tambahnya, polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada lelaki yang mendakwa dicederakan dalam insiden itu.

"Tinggal sekarang ini, kita buat kawad cam dan semak rakaman CCTV dari KFC, lepas itu kita akan tunggu laporan perubatan orang yang kata kena tumbuk itu, dia buat pemeriksaan perubatan.

"Kita nak tengok ada kesan (cedera) atau tidak," katanya lagi yang turut mengesahkan siasatan ke atas tiga orang kakitangan restoran tersebut.

Katanya, suspek – tiga lelaki berusia 20-an – itu juga tidak ditahan dan hanya diminta untuk hadir untuk pengecaman di ibu pejabat polis daerah itu.

"Kita buat kawad cam untuk (pengadu) kenalpasti siapa yang tumbuk dia, sama ada dia kenal atau tidak kenal. Macam mana nak tuduh kalau dia tak kenal siapa?," katanya lagi.

Tambahnya, polis juga telah mencatat kenyataan daripada sekurang-kurangnya sepuluh orang saksi dalam kes berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.