Tahniah: Inilah Gambar Artis Wanita Yang Popular Ikuti Usrah Dr Harlina Siraj

Tahniah lah kepada Wardina dan Heliza Af kerana turut serta dalam 'usrah' yang dijayakan kat rumah sekitar Bukit Antarabangsa di bawah Dr Harlina Siraj (Antara Penerima Anugerah Maal Hijrah 2011).

Memang suatu pencapaian yang baik buat artis-artis, lebih-lebih lagi artis-artis yang muda, macam Heliza, tip top dah jadi pakar motivasi. Usrah ni memang suatu yang bagus diamalkan, sebab pandangan-pandangan, pendapat-pendapat, idea-idea mengenai Islam dapat iketengahkan untuk memperbaiki diri.

Macam abang Bob Lokman, mesti yang hairankan dia terus berubah menjadi yang lebih positif. Mungkin abang Bob ikut program Usrah macam inilah kan.

Artis-artis lain pun ada juga ikut usrah ni, cuma dia orang tak sempat nak ambil gambar.

Apa-apa pun kepada artis-artis yang ikut usrah tu, bolehlah tarbiyyahkan artis-artis luar kat sana tu juga.

Panas Terkini!!! Program Susu 1Malaysia (PS 1M) Dihentikan Serta Merta Di Johor .. Apa Disebalik Pemberhentian Program Ini???



SENAI - Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengambil tindakan segera dengan memberhentikan sementara Program Susu 1Malaysia (PS 1M) bagi negeri ini, bermula hari ini.

Salinan maklumat laporan kes yang diberikan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Azhar Ahmad kepada Sinar Harian menyatakan pada 18 Mei 2011, jam 4 petang, seramai tiga guru telah merasa terlebih dahulu susu tersebut sebelum diberikan kepada 176 murid yang terdiri murid darjah satu dan darjah dua

Dalam masa 10 minit, terdapat pelajar mengadu sakit perut dan pihak sekolah telah menghantar murid yang terlibat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) seramai 23 orang dan tiga murid ke Klinik Ehsan Kempas.

Tiga murid yang dihantar ke klinik terbabit disahkan mengalami alahan dan bukan keracunan makanan oleh doktor dan kemudian telah dirawat.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataannya memaklumkan siasatan terhadap sekolah telah dilakukan semalam dan beberapa pihak sekolah telah ditemu ramah selain memeriksa stor penyimpanan susu PS1M.

Di dalam kenyataan tersebut memaklumkan baki susu yang belum diminum telah disimpan dalam keadaan baik dan berhawa dingin, selain program susu terbabit akan dinilai semula setelah hasil analisis makmal diperoleh dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Laporan kenyataan turut memaklumkan, penghantaran susu ke sekolah bertarikh 16 Mei 2011 menggunakan lori di mana lori bergerak dari Gudang Saleng, Kulaijaya pada jam 7 pagi dan jadual penghantaran adalah kepada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Seri Alam, SK Kopok dan SK Kampung Maju Jaya.

Penghantaran ke sekolah yang terlibat adalah yang terakhir sekali di mana masa serahan di sekolah pada jam 2.15 petang dan diterima oleh GPK HEM 60 karton.

Dalam kenyataan itu turut menyebut persampelan dijalankan di mana pegawai mengambil 11 sampel untuk dihantar ke makmal dan dianalisa bakteria enteric patogenik.

Siasatan di gudang simpanan pada tarikh 19 Mei mendapati suhu di gudang 27C dan rekod suhu penyimpanan dalam lingkungan 27C hingga 29C dari tarikh penerimaan stok susu pada 10 Mei hingga 13 Mei selain kawalan makhluk perosak dijalankan tiga bulan sekali dan direkodkan.

Kenapa DS Anwar Berkata : Ibrahim Ali Tak Perlu Ditahan Di Bawah ISA?


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

NONESebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.

Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan.kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.

"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.

"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.

Kurang adab

"(Kenyataanya) kurang adab kesopanan, hanya untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat. Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen seperti ini selepas separuh dekad mengecap kemerdekaan?" katanya lagi.

NONEAnwar juga memegang prinsip yang sama ke atas akhbar Utusan Malaysia yang bertanggungjawab menyiarkan dakwaan kononnya terdapat usaha daripada pemimpin Kristian untuk menukar agama rasmi persekutuan dan juga melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Ada banyak undang-undang dan suruhanjaya yang boleh menanganinya... Tapi tentulah naif sekiranya kita menganggap bahawa Umno akan mengambil apa-apa tindakan ke atas lidah parti mereka sendiri, yang mana fungsinya ditetapkan oleh presiden parti yang menjadi perdana menteri negara ini.

"Saya bukanlah... kata orang, fatalistik atau acuh tidak acuh. Saya kata, ini perlu dijelaskan. Najib tidak boleh terus berkata 'Oh, Utusan, susah', tapi saya tahu Utusan dan bagaimana ia dikendalikan," katanya lagi.

Setelah Puas Membodek Akhirnya Dilantik Senator Oleh PM Najib... Siapa Dia Nie?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSO1rl7XhqYuYVk4oN5znEGq7CFoYOvEt23hTDtetXurJ6RV6dS9ScxEG6lwkZuivJ-TOr9ktEHH_ikR54D4ABIywWbEMI80WYHL0AtXzMWHR-5IP5JL-7WK5-r90A5u5gftcz99V0sd5d/s200/kimmak.jpg

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara minggu depan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau mengesahkan telah menerima surat rasmi pelantikan semalam dan akan mengangkat sumpah minggu depan, kemungkinan pada Rabu.

“Ya...ya... saya telah menerima surat rasmi pelantikan hari ini (semalam), sekarang saya hanya menunggu tarikh untuk mengangkat sumpah, mungkin hari Rabu.

“Saya menerima lantikan ini dengan hati terbuka dan saya berharap ia akan memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Syed Ibrahim, 57, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lantikan itu dan akan memberikan kenyataan penuh setelah mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, selain Syed Ibrahim, dua wakil Umno dan seorang dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

“Saya difahamkan selain Syed Ibrahim, dua wakil Umno dan seorang dari SUPP turut akan dilantik sebagai Senator.

“Tapi saya tidak tahu siapa mereka, apa yang saya tahu mereka masih menunggu surat rasmi lantikan daripada Kabinet,” katanya.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.