HOT!!! Inilah Gambar Warga Israel Berusia 24 Tahun Dibenarkan Masuk Ke Universiti Putera Malaysia....



Peserta dari Israel Ilya Grad ‘Archilles’ yang menyertai ‘Muaythai World Champion' di UPM, Serdang.

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Dan Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Biarpun secara rasminya Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Negara Yahudi itu namum beberapa pemimpin Negara dan pemimpin UMNO sendiri mengenepikan sensitivity umat Islam di Malaysia.


Berikut adalah beberapa insiden lawatan warganegara Malaysia ke Israel dan kemasukkan warga Israel ke Malaysia yang dipetik dari Wikipedia :

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Football Association of Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Itu adalah antara insiden yang telah dilaporkan oleh kebanyakkan media massa, namun begitu tanpa kita sedari sekitar june 2011 yang lalu sekali lagi sensitiviti ummat Islam Malaysia dibakul sampahkan oleh pemimpin UMNO.

Malah pemimpin tersebut iaitu Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan dengan bangganya bergambar beramai-ramai dengan peserta yang menyertai pertandingan itu..


Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC).


Ianya telah berlangsung sekitar Jun 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 September 2011 di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721).

Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa.

Mereka adalah Pinto Antoine ‘The Phenom’ (Prancis/Thai), Cedric Muller ‘Underground Samurai’ (Prancis), Cyrus Washington ‘Black Dynamite’ (Amerika), Fadi Merza ‘The Beast’ (Austria), Frank Giorgi ‘The Italian Stallion’ (Itali), Ilya Grad ‘Archilles’ (Israel), Jason Woodham ‘The Handsome Hero’ (British), Jesse Miles Lacombe ‘Smiles’ (Kanada), Jordan Watson ‘Quadzilla’ (British), Marco Pique ‘The Sniper’ (Belanda), Mostafa Abdollahi ‘Persian Mos’ (Iran), Pidsanu Kunchat ‘Mardsua’ (Thai), Michael Chase Corley ‘Cool Hand’ (Amerika), Moh. Faizal Bin Ramli ‘Golden Elbow’ (Malaysia), Vuyisile Colossa ‘The Cheetah’ (Afrika Selatan) dan yang termuda Rhyse Saliba ‘Poison Dart’ (Australia).

Peserta yang keenam ialah Ilya Grad ‘Archilles’ dari Israel.

Untuk lebih jelas sila klik imej atau lihat di (SINI)

Dan adalah mustahil untuk dikatakan bahawa Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pemimpin Melayu yang berugama Islam itu tidak menyedari akan kehadiran peserta dari Israel itu sedangkan beliau sendiri berada disitu ketika pelancaran.

Persoalannya sekarang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri yang telah menetapkan bahawa negara Israel adalah haram untuk dilawati oleh rakyat Malaysia boleh membenarkan peserta dari Israael dan penyokongnya itu yang sudah tentu dari Israel juga memasuki Malaysia khususnya di Universiti Putra Malaysia sedangkan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel?

Sekali lagi sensitiviti umat Islam Malaysia diinjak-injak oleh pemimpin UMNO!!

Apa Sebenarnya: KM Pulau Pinang "Cemburu" atau Umno Mahu Johor Benci Pakatan Rakyat?

Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci pakatan?Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dituduh "Cemburu" terhadap Johor,  telah membuat keputusan untuk bersuara apabila beliau diserang media baru-baru ini. Beliau dikatakan memberi komen buruk terhadap kadar jenayah di Johor.

Walau bagaimanapun, beliau yang sering menjadi sasaran akhbar yang dikawal oleh BN lebih berhati-hati dalam menjawab soalan mengenai kenyataan beliau itu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau masih memeriksa rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama di TV3 yang memperdengarkan komen-komen yang kritikal terhadap Johor semasa lawatan ke Singapura baru-baru ini.

"Jika saya telah membuat KENYATAAN itu, mari kita lihat pada konteks di mana ia telah dibuat ... Itu merupakan perbualan peribadi," Guan Eng memberitahu sidang akhbar pada hari Khamis.

Cemburu! 
Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi telah sehari yang lalu menuduh Guan Eng tidak senang dengan sokongan Singapura terhadap koridor ekonomi Iskandar dan mungkin cuba untuk menakut-nakutkan pelabur supaya beralih arah ke Pulau Pinang.

"Malah, sebelum penubuhan Iskandar Malaysia, banyak pelabur dari negara jiran datang untuk melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kualijaya dan Senai.  Guan Eng bersikap iri hati dan bagi saya ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai bersikap kolektivisme, "kata Puad.

"Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Menteri, dia tidak seharusnya bertindak sebagai pembangkang untuk menarik pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia. Kerajaan Persekutuan sentiasa jelas dan telus terutama dalam usaha untuk menarik pelabur-pelabur asing tidak seperti negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. "

Pandangan Rakyat Singapura 
Walau bagaimanapun, tidak ramai rakyat Malaysia dan Singapura bersetuju dengan Puad, Ahli Parlimen UMNO Batu Pahat. Rakyat Singapura tidak menidakkan kritikan terhadap apa yang mereka panggil "ketiadaan undang-undang" di Johor.

Terdapat beberapa kes di mana orang Singapura yang berkunjung ke pub-pub di Johor, yang akhirnya dibunuh selepas mengalami pertengkaran dengan kaki judi atau  kaki dadah di sana.

Pada bulan Disember lepas, seorang lelaki Singapura telah ditembak di luar sebuah pub di Johor tetapi beliau terselamat. Pada bulan Jun, seorang pemandu lori berusia 37 tahun dari Singapura ditemui mati di sebuah kelab malam di Johor Baru. Isteri dan anaknya, ada bersama. Dia telah dipercaya dibunuh atas pergaduhan mengenai dadah. Ini hanya beberapa kes-kes yang dilaporkan dalam media.

"Secara umumnya, sesetengah rakyat Singapura datang ke Johor untuk membeli-belah dan makanan yang murah, tetapi tidak dinafikan mereka merasakan bahawa Johor adalah satu tempat yang sangat berbahaya dan tidak banyak rakyat Singapura kelas menengah akan pergi ke sana. Mereka menganggapnya sebagai kawasan slum," ujar seorang rakyat Singapura yang bekerja di sebuah cawangan makanan francais di Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

"Saya tidak fikir adalah adil kepada Guan Eng. Sudah tentu dia boleh bertindak lebih bijaksana, tetapi jika ia adalah perbualan peribadi, siapa yang kata dia tidak boleh bercakap apa yang ada dalam fikirannya? Jalan-jalan di Johor tidak selamat, saya boleh memberi jaminan itu. Ini adalah fakta selama ini walau sebelum Guan Eng membuat apa-apa komen, "kata seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja di Singapura dan  kerap ulang- alik ke Johor.

Buli 
Mungkin Umno yang mahu menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 sedang cuba sebaik mungkin untuk memalukan pemimpin DAP itu. Walau bagaimanapun, cara mereka seperti burung helang memerhatikan Guan Eng sememangnya melucukan.

"Mereka memainkan rakaman yang sama bankrap dari segi intelektual berkali-kali. Ia mencerminkan kekurangan kebebasan individu di Malaysia dan hipokrasi pentadbiran Najib. Ia juga menunjukkan sikap pembuli Umno. Singapura kini menikmati komedi yang disiarkan oleh Najib dan rakan-rakannya, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sementara itu, Guan Eng sedang memfailkan saman terhadap akhbar Utusan milik Umno berhubung artikel yang mencadangkan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Mereka mahu mengalihkan perhatian saya dan membuat saya lemah. Saya sudah memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, dan itu sudah cukup memakan masa. Tetapi saya tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja ... jika saya berbuat demikian, mereka akan terus memainkan permainan mereka, "kata pemimpin DAP itu.

Tidak berkesudahan 
Guan Eng juga berkata, pengkritik beliau sudah terlalu banyak, "melompat dari satu tempat ke tempat" untuk mengkritik beliau mengenai komen-komen yang beliau buat di luar negara, bermula dengan wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Australia di Melbourne baru-baru ini.

"Mereka bermula dengan Australia, mereka kini akan melompat ke China, Hong Kong dan Surabaya. Kami akan berurusan dengan mereka satu demi satu, bermula dengan agensi berita nasional Bernama. Jika agensi berita tidak memberi maklum balas kepada kami, kami akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan yang perlu, "kata Lim.

Pada 23 September lepas, Bernama melaporkan, Lim "didakwa" berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat; penculikan adalah sesuatu yang biasa, tidak seperti Pulau Pinang.
Laporan itu menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; seorang anak Johor, yang menuduh Guan Eng cuba untuk melemahkan Johor dan menggambarkan negeri itu tidak sesuai sebagai sebuah destinasi pelaburan.




Ini telah mencetuskan tindak balas berantai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno dan BN, yang bergegas untuk menggemakan kata-kata TPM. Walaupun, ia tidak berupaya mewujudkan banyak kesan politik di Pulau Pinang bagi Pakatan Rakyat, tetapi masyarakat Melayu di Johor mungkin kecewa jika Umno-BN terus membangkitkan kebencian melalui tuduhan terhadap Guan Eng.

Walau bagaimanapun, ini tidak mungkin dapat menghentikan Guan Eng atau pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain daripada bersuara kerana pentadbir BN-lah yang patut dihukum kerana tidak menguruskan negeri masing-masing dengan lebih baik, dan bukannya mengharapkan orang lain untuk terus memuji dan membuat laporan palsu mengenai keadaan sebenar.

Malaysia Chronicle

Penyanyi Berstatus Janda Akhiri Zaman Jandanya Dengan Seorang Bilal... Moga Bahagia Kekal Abadi...

Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52. Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.


Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran dan turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000. Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi. Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru. Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011. Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor. mstar

Kereta Mewah Artis Popular Ni Jatuh Longkang....






Kereta Toyota Wish kepunyaan Atilia ni siap masuk dalam longkang pula tu. Sebab apa agaknya ni, kalau tak tertekan minyak lebih taklah sampai masuk ke situ kot. Takpe la, nasib bahagian depan yang terguris, nanti boleh repair la tu. Atilia lain kali hati-hati lah, anggaplah kereta tu sebagai kekasih hati kita juga. :)

Video - Pembikin Filem Kontroversi Hentam Utusan Malaysia.... Mengapa???

Gambar2 - Subhanallah!! Ini Antara 21 Tempat Dilabelkan Tercantik Di Dunia Ini....

Setiap manusia mungkin menyimpan impian untuk melawat sekurang-kurangnya satu tempat dalam hidup mereka yang boleh meninggalkan satu kenangan. 

Terdapat 21 tempat yang dilebalkan tempat tercantik di dunia.
























VIDEO Perlawanan Kedah vs Perak - 2 Gol Tidak Dikira Pengadil: Kenapa???... Cukup2 Kontoversi, Apa Pandangan Anda???



Bagi pasukan Kedah,perlawanan terakhir dalam saingan Liga Piala Malaysia 2011 menentang Perak,adalah tersangat penting,hanya dengan kemenangan sahaja yang membolehkan mereka untuk mara ke peringkat suku akhir.

Rata-ratanya peminat yang memenuhi Stadium Darulaman memberi sokongan yang jitu pada perlawanan malam ini 27 Sept 2011,berbekalkan aura semangat “pulun Kedah pulun” di Stadium Darulaman,mutu corak permainan Kedah meningkat seiringan dengan sorakkan padu penyokong,dan hasilnya Kedah berjaya menjaringkan gol.Tetapi malangnya 2 gol awal Kedah dibatalkan oleh pengadil diatas sebab-sebab tertentu.

Apa yang berlaku sedikit sebanyak menganggu konsentrasi pemain dan juga mendukacitakan penyokong pasukan Kedah.Apa yang pasti,ramai yang mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan,dan perkara ini pastinya mengundang kontroversi.

Dalam keghairahan memburu gol kemenangan, Kedah tersentak apabila Perak pula yang sebaliknya menjaringkan gol awal,berpunca kealpaan pertahanan Kedah.Namun Kedah tidak berputus asa, mereka berjaya menyamakan kedudukan.

Walaupun Kedah menguasai permainan,tetapi nasib tidak menyebelahi Kedah,dan terpaksa akur dengan keputusan seri Kedah [ 1 ] Perak [ 1 ]

Dengan keputusan Seri di Stadium Darulaman,Sabah pastinya bergembira kerana mereka berjaya mengiringi Perak ke suku akhir dengan kemenangan besar 4 gol berbalas 1 menentang Johor.

Berikut merupakan Video perlawanan Kedah lawan Perak yang dianggap sebagai perlawanan kontroversi.Apakah pandangan anda mengenai perlawanan ini?

Terkini!!! Pasukan Kenari Terus Patah Sayapnya... Tersingkir Jua Akhirnya....





KUMPULAN A

KEDAH 1 : 1 PERAK

JOHOR 1 : 4 SABAH


KUMPULAN B

TERENGGANU 0 : 0 N.SEMBILAN

SIME DARBY 0 : 1 PKNS


KUMPULAN C

KELANTAN 2 : 0 FELDA UTD

JOHOR FC 3 : 1 SARAWAK


KUMPULAN D

SELANGOR 2 : 1 K.LUMPUR

T-TEAM 5 : 0 PDRM






SENARAI PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

PERAK
SABAH
N.SEMBILAN
TERENGGANU
KELANTAN
FELDA UNITED
T-TEAM
SELANGOR

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1ZBU6s5dt

GAMBAR BAJU PERSALINAN DAN SANDING NABIL & ZIRA : Depa Akan Nikah 30 september 2011

Pelakon dan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad, 28 bakal diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Nazirah Ayub, 23 pada 30 September ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.


Nabil menerusi pengurusnya, Latip Ahmad berkata, pasangan berkenaan bakal dinikahkan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan kerana berhampiran dengan kediaman keluarga sebelah perempuan, di Klang.

Dia juga berkata, sebuah majlis resepsi penuh warna-warni berkonsepkan 'fairy tale' bakal diadakan di I-City, Shah Alam pada tanggal 2 Oktober ini, sekitar jam 8 malam.

"Konsep fairy tale dan persandingan dalam taman sememangnya konsep yang diidamkan Nabil dan Nazirah. Mereka sengaja memilih I-City kerana lokasi berkenaan melengkapi konsep impian perkahwinan mereka.

" Pada majlis resepsi berkenaan, mereka akan mengenakan persalinan moden di mana Nabil dengan tuxedo, manakala Nazirah bersama gaun moden," katanya.



























OhBulan!

Sidang Dewan Rakyat Di Premis Baru - Kerusi PM Najib Hampir Dengan Kerusi Ketua Pembangkang DS Anwar

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen akan datang tentunya akan lebih menarik kerana ia dikatakan persidangan Dewan Rakyat yang terakhir, yang menyaksikan pembentangan bajet untuk PRU13. Dan istimewanya persidangan tersebut adalah di premis yang baru.

Projek menaiktaraf bangunan dewan serbaguna sedia ada untuk dijadikan Dewan Rakyat yang baru adalah dilaksanakan secara rundingan terus kepada TRC Corporation Sdn Bhd, menggunakan Kaedah Arahan Perbendaharaan 66, dengan kos muktamad rundingan sebanyak RM31.5 juta dan tempoh pembinaan adalah selama 5 bulan.

Walhal kos siling yang diluluskan untuk projek di atas adalah sebanyak RM24 juta, iaitu peningkatan hampir 50 peratus. (Biasalah, projek rundingan terus adalah peluang kroni meraih laba besar).

Adalah difahamkan projek naiktaraf bangunan Dewan Rakyat sedia ada akan dilaksanakan pada awal tahun 2012 dan dijangka siap pada tahun 2014.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pernah membangkitkan dalam persidangan yang lepas, kenapa projek di atas dibuat tidak melalui proses tender terbuka bagi membolehkan kerajaan mendapat harga yang lebih kompetetif dan peluang yang sama kepada kontraktor yang lain.

Menteri Kerja Raya hanya memberi jawapan bahawa TRC dipilih berdasarkan rekod mereka sebelum ini.

Dewan Rakyat akan terus bersidang menggunakan dewan yang baru dan ianya adalah secara sementara sahaja. Selepas Dewan Rakyat sedia ada dinaiktaraf, maka ia akan dipindahkan semula ke tempat yang asal.

Kedudukan bangunan Dewan Rakyat sekarang tidak dapat dipastikan selepas itu.
Uniknya bangunan Dewan Rakyat yang baru ini adalah jarak di antara kerusi Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang adalah dekat dan tentunya perbahasan di Dewan Rakyat pada kali ini adalah lebih menarik lagi. Mungkin mengambil semangat Parlimen Britain kot? Sama-sama kita saksikan nanti.

Gambar2 - Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran, PM Najib & KM P/Pinang Kayuh Tapi Menteri Nie Naik Motor... Apa Barang??!!!!


Gambar-gambar ini telah dirakam pada hari Ahad lalu di dalam satu program yang dinamakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown anjuran Kwang Wah Yit Poh.

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan Mantan KM Penang Koh Tsu koon ketika dalam program tersebut.mujur hanya kemalanga kecil dan beliau tak mengalami kecederaan serius.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri" ujar Koh.

di bawah ada beberapa gambar menarik kejadian itu..lagi di sini







Kah kah kah!! lu jatuh basikal maa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.