Hebat!!! Selebriti Ini Menghabiskan RM38 Juta Untuk Majlis Perkahwinan Mewah... Sewa Kapal Terbang Untuk Tetamu Luar

Penyanyi Coco Lee berkahwin dengan tunangnya seorang ahli perniagaan Kanada berusia 52 tahun, Bruce PhilipRockowitz dalam satu majlis perkahwinan mewah yang berharga AS $ 10 juta. Majlis perkahwinan itu akan diadakan di Studio Shaw Brothers Limited di Hong Kong.
Coco Lee dan Bruce PhilipRockowitz
Majis itu disambut selama dua hari bermula pada petang Khamis dengan upacara Yahudi, dan majlis perkahwinan itu diakhiri  sambutan parti yang dihiburkan dengan  persembahan oleh Bruno Marikh dan Alicia Keys.

Pasangan itu juga telah menyewa kapal terbang swasta untuk tetamu mereka diluar negara berulang-alik untuk menghadiri sambutan perkahwinan mereka.
Coco Lee memakai pakaian dari Vera Wang
Perkahwinan Coco Lee yang berharga AS $ 10 juta 
Lee berhenti kerja sejak tahun lalu untuk mempersiapkan diri untuk perkahwinan. Beliau memilih Preston Bailey sebagai perunding untuk acara tersebut.

Lee bertemu Rockowitz, seorang ketua eksekutif eksport syarikat Li & Fung Ltd, pada tahun 2003. Mereka bertunang dalam tahun 2005.

Siapa Hantar Peluru "Kecil" Pakai Pos Biasa Kepada Prof Dr Aziz Bari?? Terselit Surat Bertulis: "Jangan Kurang Ajar Dengan Sultan, Maut Nanti".


Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Tahniah!!! Pemuda PAS Berjaya Hasilkan Filem Pendek 3 Episod... Jom Kita Layan Filem Penuh Ni...




Filem pendek dibuat untuk mempromosikan program Ijtima' Tarbawi anjuran Dewan pemuda PAS Malaysia hujung minggu ni.


Kat bawah ni aku salin tampal tentatif terbaru program Ijtima' Tarbawi yang aku dapat dari email Ketua Pemuda PAS.
Tentatif Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS
Peringkat Kebangsaan 2011.
KUIZM Taman Melewar.


Tema : Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya.

Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian
Oleh:
Syeikh Ahmad Najjar [ HAMAS Palestine ]
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat

6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi

8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa
Ahli Panel :
Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik
Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda
Penceramah:
Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
bersama : Ust Nasrudin Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh dan Dr. Raja Iskandar al Hiss

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss dan Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Gambar2 PM Najib Dimalukan : PM Najib Dan Rombongan Ke CHOGM Disambut Dengan Pakaian Kuning...


26 Okt. lalu Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Perth, Australia pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).


Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Ketibaan Najib di Perth pula telah disambut dengan meriahnya pula oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia.

Dengan berpakaian 'T' Shirt kuning mereka menyambut Najib dan rombongannya yang bakal menghadiri sidang CHOGM tersebut.

Saksikan meriahnya Najib dimalukan di Australia pula..

























Credit to Jason Chong and more photos HERE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.