TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

PAS Kelantan Bakal Tumbang Dalam PRU 13 Nanti, Puluhan Ribu Ahli PAS Sertai UMNO Dalam Tempoh 3 Tahun

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

NONEBeliau berkata, mereka berbuat demikian setelah kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.

"Ada menyertai Umno (cawangan) secara terbuka dan senyap melalui tokoh-tokoh tertentu untuk mengelak daripada disabotaj anggota PAS di peringkat kampung,” katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Kuau di Bachok, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Umno sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.

Ketua Umno Bahagian Bachok itu juga yakin BN mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Oleh itu, katanya semua jentera pilihan raya BN mesti bersiap sedia dari sekarang dan kikiskan perasaan tidak berpuas hati sesama sendiri yang boleh melemahkan persiapan.

- Bernama

Bekas Mufti Perlis Sifatkan PAS Makin Memperlihatkan Kemajuan Memberangsangkan

GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

“Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.

“Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran,” kata beliau.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut ‘apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan’,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS,” kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam.

Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden.

“Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.

Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia.

“Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak,” kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

“Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu.

“Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia,” katanya.

Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu.

“Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai,” kata beliau lagi.

Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik.

Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan ‘utopia state’ yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.

“Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan,” kata beliau lagi.

Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal.

“Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya,” katanya.

Kata beliau, “bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya.”

Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.

“Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.

“Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan,” katanya lagi.

Terkini!!! Keputusan Penuh Kepimpinan PAS Pusat Yang Baru Sahaja Diumumkan

Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan naib presiden, Mohamad Sabu ke jawatan timbalan presiden.

Timbalan Presiden
Mohd Sabu 420
Nasharuddin Mat Isa 224
Tuan Ibrahim Tuan Man 398

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum.

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi.

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - ? undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - ? undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Keputusan Rasmi Jawatan Timbalan Presiden PAS di Menangi Oleh Hj Mohd Sabu

Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan naib presiden, Mohamad Sabu ke jawatan timbalan presiden.

Timbalan Presiden

Mohd Sabu 420
Nasharuddin Mat Isa 224
Tuan Ibrahim Tuan Man 398

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Panazz!!! Gara2 Pangilan Banyak Giler Set Telefon Rozita Che Wan Meletup.. Turut Terima Panggilan Dari Datuk K?



KUALA LUMPUR: Gara-gara mendapat panggilan yang tidak henti-henti, set telefon di butik pelakon Rozita Che Wan, My Couture Sdn Bhd di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, dekat sini “meletup” sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Kata Rozita, insiden tersebut berlaku setelah dia menghebahkan nombor telefon butik berkenaan di akhbar menyebabkan pihaknya mendapat panggilan telefon tanpa henti.

"Bayangkan, selepas artikel berkaitan butik saya keluar, telefon berbunyi sejak dari pagi hinggalah malam tanpa henti.

"Keadaan itu menyebabkan berlaku letupan kecil pada set telefon itu sehingga menyebabkannya rosak. Saya bukan berseloroh, sebaliknya ia benar-benar berlaku," katanya selepas melancarkan Jari Spa, di Wangsa Maju, di sini, Jumaat.

Tambah Rozita, selain menerima pelbagai tempahan pakaian, dia turut menerima panggilan palsu, malah ada yang menyamar kononnya pemanggil itu merupakan Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini,

Bagaimanapun, Rozita menganggap ia mungkin satu perkara normal sebagai seorang selebriti yang memulakan perniagaan.

"Alhamdulillah, setelah mendapat liputan di media, My Couture tidak henti-henti menerima panggilan tempahan pakaian.

"Saya sudah biasalah dengan panggilan-panggilan palsu kononnya ada yang menyamar sebagai Datuk itu dan ini, sampaikan nama Datuk K juga turut disebut. Apa-apa pun, perniagaan saya semakin berkembang sejak beroperasi pada Januari lalu," tuturnya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.

Orang ramai boleh melayari laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.

"Keputusan Tak Rasmi: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS.".. Benarkah???

Berita baru masuk melalui twitter DrBadrulAmin dan Sidikin Omar(wartawan SK);

"TAK RASMI: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS."

Berita ini juga digambarkan oleh twitter positif dari Saifudin Nasution!


Menunggu keputusan rasmi pagi esok!

Apa yang pasti, jika ini keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS 2011, ia menunjukkan satu kematangan dalam Parti PAS yang wajar dihargai oleh seluruh pencinta perjuangan Islam !! Ini juga satu tamparan hebat buat UMNO yang masih terkial-kial mengharapkan talian hayat terakhir untuk mereka masih bernyawa.

Akhirnya pejuang 'legend' kita, Mat Sabu telah diangkat oleh perwakilan yang melihat segala pengorbanan dan kecekalan beliau selama ini harus diambil kira dengan sebuah kepercayaan - membawa PAS ke medan pertempuran terpenting dalam sejarah!!

Ini mungkin saja round terakhir pertembungan antara rakyat dan kerajaan, tetapi juga satu permulaan yang besar buat sebuah pergerakkan perjuangan menegakkan syariat Islam. Hadirnya Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua PAS, dibantu oleh gandingan naib presiden yang mantap (Saladin, Mahfuz dan Husam) pastinya menimbulkan gentar buat lawan yang bersenjatakan kezaliman!!

PAS semakin gagah dengan gandingan ulama dan profesional/aktivis rakyat!! UMNO bakal dilanyak habis-habisan dalam PRU akan datang!! Sokongan orang melayu Islam dan bukan muslim juga akan berganda dengan keputusan sebegini!!

Aku merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi...

Takbir!!
Allahuakhbar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.