Kes Tukar Agama: Mahkamah tertinggi tolak kes Shamala mahu anaknya kekal Hindu

Mahkamah Persekutuan didakwa terlepas peluang keemasan untuk menyelesaikan isu pertukaran agama unilateral kanak-kanak seperti yang dibawa dalam kes antara S Shamala dan Dr M Jeyagandesh.

Banyak lagi kes pertukaran agama kanak-kanak kini tersadai menunggu kes berkenaan yang dibicarakan hari ini untuk dijadikan satu precedent atau 'duluan kehakiman'.

Ia berikutan penghakiman hari ini yang membenarkan permohonan Jeyagandesh yang membantah permohonan Shamala yang didakwa tiada hak untuk didengar di mahkamah kerana bekas isterinya telah menghina mahkamah.

Ini kerana Shamala telah meninggalkan negara ini untuk ke Australia pada tahun 2004 dengan dua anak pasangan itu, yang sebelum ini diberikan hak penjagaan bersama oleh mahkamah.

Shamala, 37, berkahwin dengan Jeyaganesh, 41, pada tahun 1998 mengikut adat resam Hindu dan perkahwinan itu didaftarkan mengikut Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976.

Pada tahun 2002, Jeyaganesh memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ridzwan Mogarajahand. Beliau juga mengislamkan kedua-dua anaknya, Saktiwaran dan Theiviswaran, yang ketika itu berusia tiga dan dua tahun tanpa pengetahuan dan kebenaran Shamala.

zaki azmi chief justice installation event 291008 01Kes ini mendapat perhatian umum kerana keputusannya akan menjadi satu 'precedent' kepada kes tukar agama membabitkan kanak-kanak dan hak penjagaan kepada pasangan nyang bercerai.

Keputusan sebulat suara panel lima hakim hari ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memberikan Shamala tempoh tiga bulan supaya dia dan dua anaknya kembali, manakala hakim-hakim lain langsung tidak membenarkannya sebarang masa untuk didengar.

Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sherif; Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin

Lima perkara yang pada dasarnya sudah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan tetapi kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan itu adalah:

1. Sama ada Seksyen 95 (b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah bercanggah atau ultra vires dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung hak menentukan agama kanak-kanak di bawah nusia 18 tahun di tentukan oleh ibu bapa atau penjaga dan Atikel 8 berhubung hak sama rata.

2. Sama ada seksyen yang sama dalam undang-undang negeri tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan, khususnya Seksyen 5 (1) Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan sehubungan itu adalah tidak sah.

3. Berhubung Artikel 121 (1A) perlembagaan persekutuan, apabila hak penjagaan kanak-kanak diputuskan, mahkamah mana yang dianggap lebih berkuasa - antara Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi?

4. Apabila kanak-kanak yang ibu bapa mereka berkahwin mengikut undang-undang sivil, ditukar agama kepada Islam oleh seorang daripada ibu bapa mereka tanpa pengetahuan seorang lagi, adakah hak ibu atau bapa yang bukan Islam itu terletak dengan Mahkamah Tinggi?

cherie blair fawziah holding court 150606 dr cyrus das5. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa bagi menentukan kesahihan pertukaran agama golongan bawah umur ke Islam, apabila ia telah didaftarkan Dengan Pendaftar Muallaf?

Peguam utama Shamala, Dr Cyrus Das, berkata mahkamah rayuan terlepas peluang keemasan bagi membekalkan jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan itu.

“Kita mungkin terpaksa menunggu untuk satu lagi kes Shamala dan semua pihak terbabit mesti berada dalam negara,” katanya.

Bekas pengerusi Majlis Peguam yang juga adalah seorang lagi peguam untuk Shamala - Ambiga Sreenevasam berkata penghakiman hari ini cuba mengelakkan bagi menjawap soalan-soalan berkenaan.

isa bar council 120908 ambiga“Rakyat Malaysia mahu melihat soalan-soalan itu dijawap,” katanya.

Ambiga berkata keputusan hari ini akan menggalakan lebih banyak pertukaran agama secara unilateral ke atas kanak.

Selain Cyrus dan Ambiga, pasukan Shamala juga terdiri daripada peguam Ravi Nekoo dan Steven Thiru.

Peguam Zulkiflee Che Yong dan Azmi Mohd Rais pula mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.