Hangat Berapi!!! Hari Tu Hampa Desak Rektor KUIN Letak Jawatan.. Hari Nie Dia Umum Letak Jawatan Hampa Pakat Terkejut La Pulak.. Jom Terjah!!!



BALING - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Insaniah.

Hangat!!! (Video) Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghafar Ditahan.. Ada sesuatu Disebaliknya.. Jom Terjah!!!



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau telah ditahan oleh pihak polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau berkata demikian menerusi Twitternya bahawa beliau ditahan di LCCT sebelum melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki penerbangan, Khamis.

Hangat!!! KDN Bertindak Rampas Harakah Pagi Tadi... Jom Terjah!!




KUALA LUMPUR: 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Terkini!! (Kes Sosilawati) Bekas Peguam N Pathmanabhan & 3 Pekerja Dihukum Gantung Sampai Mati.. Jom Terjah!!!


SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.


Terkini!! Perkembangan Mantan Menteri Besar Kedah Di Hospital Besar Pulau Pinang.. Jom Terjah!!!



GEORGETOWN - Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

PANAS!!! Gambar2 "Himpunan Bebaskan Adam Adli" Di Balai Polis Jinjang Dan Pasukan Polis & FRU Bertindak.. Jom Terjah!!!


Susulan perhimpunan Bebaskan Adam Adli di sekitar balai polis Jinjang semalam untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli, seramai 18 orang telah ditangkap sewaktu program nyalaan lilin yang terdiri daripada 14 lelaki termasuk Peter Chong, pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan empat orang wanita.


Setelah kejadian tersebut rakyat kembali berkumpul di perkarangan lokap Jinjang Utara dan meneruskan demonstrasi aman. Sebelum itu Dr Dzulkifli mewakili pemimpin PR berunding dengan polis untuk membolehkan wakil pemimpin dan peguam melawat mereka yang ditahan.

Hangat!!! Pengawai Kanan Tabung Haji P. Pinang Dicekup Berdua-dua Dengan Isteri Orang.. Jom Terjah!!!



GEORGETOWN - Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.

Panas!! (Gambar2 & Video) Pegawai Khas Sivarasa Antara 18 Yang Ditahan Sewaktu Nyalaan Lilin Untuk Adam Adli.. Jom Terjah!!


Malaysiakini melaporkan.. Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.

Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.



Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok ~ Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.