Hangat!!! Pengawai Kanan Tabung Haji P. Pinang Dicekup Berdua-dua Dengan Isteri Orang.. Jom Terjah!!!



GEORGETOWN - Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.


Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.

Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.

Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996.

1 comments:

  1. Salam ... Jom untuk kekalkan kita dibawah paras sebarang tekanan hidup .... http://peceq.blogspot.com/2013/05/519-kalau-bulatan-itu-bergerak-bermakna.html & tentang nasihat kubar kepada orang Islam di http://peceq.blogspot.com/2013/05/505-nasihat-kubur-kepada-orang-islam.html ... In Syaa Allah berfaedah. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.