NAIK LAGI!!! Harga Petrol Naik, Diesel Turun 3 Sen



KUALA LUMPUR: Harga runcit bahan bakar petrol RON 95 naik dua sen kepada RM2.33 seliter bermula malam ini.

Sementara RON 97 pula naik tiga sen kepada RM2.61 seliter.
Manakala harga runcit diesel pula turun tiga sen kepada RM2.31 seliter.
Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuatkuasa dari 8 Februari 2018 sehingga 14 Februari 2018.

Terkini!! MP Pandan, Rafizi Ramli Dihukum Penjara 30 Bulan



Ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara  hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd. 
Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.
Pada analisis maksimum, katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.