Panas!! Dengan Pendapatan Purata RM300 Ribu Sebulan, Pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor Gagal Hadiri SPM.. Jom Terjah!!



Hijrah Kelas: Safee Sali perintis

Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali

KEPUTUSAN Safee Sali berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, tahun lalu, bagaikan membuka langkah untuk pemain negara ini bermain secara profesional di luar Malaysia.

Biarpun mulanya dipandang sinis sebahagian pemerhati yang melihat usaha Safee sebagai terkebelakang kerana memilih negara jiran yang mutu permainannya tidak jauh berbeza berbanding liga tempatan.

Tetapi, jangan kita silap kerana beraksi dengan liga luar mampu meningkatkan daya permainan di samping berdepan pemain bertaraf bintang, sekali gus menyuntik semangat motivasi tambahan buat pemain.

Selain Safee, pemain berbakat Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor pula berkelana ke Liga Portugal, SC Beira-Mar selepas memperagakan kualiti berkelas dunia ketika beraksi di Liga Singapura, musim ini.

Kami Bangga DenganMu!! Inilah Wajah Nenek 3 Cucu Yang Turut Menduduki Peperiksaan SPM.. Jom Terjah!!

Foto
Hasanah (kanan) menjawab soalan ketika menduduki SPM 
di SMK Guar Chempedak, semalam.

Hasanah hanya tamat Tahun Enam untuk jaga adik selepas kematian ibu

Yan: Penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam. 

Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian.

Panas!! Pendedahan Terbaru.. Produk Syarikat Ayamas Didakwa Mengandungi Antibiotik Chloramphenicol, Merbahaya Kepada Kesihatan.. Jom Terjah!!

header.jpg (430×185)

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan sudah mengambil contoh dari produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) yang didakwa mengandungi antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejas kesihatan.
Media melaporkan, pada Khamis lepas kerajaan Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam syarikat terbabit berkuat kuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.

AES Ni Biar Betulll... (Pincang) Had Laju 90 Km/j, Tapi Depa Pi Saman Memandu 80 Km/j.. Jom Terjah!!



KUALA LUMPUR 6 November: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

“Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

“Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Akan Ambil Tindakan Undang2.. Jom Terjah!!


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.