BUKIT MERTAJAM - Seorang jemaah terkejut apabila menemui seketul daging babi yang diletakkan di hadapan pintu Masjid Cherok Tokun di Machang Bubok di sini pagi tadi.

(gambar hiasan)
Kejadian disedari seorang jemaah berusia 78 tahun yang semasa itu baru memasuki ke perkarangan masjid terbabit bagi menunaikan solat subuh kira-kira pukul 5.30 pagi.