TG Nik Aziz Penerima Anugerah Emas

Ustaz Hassan Syukri menerima anugerah tokoh pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim menerima anugerah tokoh muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima anugerah emas di dalam majlis perasmian muktamar tahunan bagi Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat

MP 'bergaduh' di tempat rehat Dewan Rakyat: Ada Betulll Kaa...

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkanantara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun denganpemimpin pembangkang.

Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

Mesyuarat diganggu

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

S

ementara itu, pemimpin DAP Perak, M Kulasegaran memberitahu wartawan bahawa perbincangan mereka yang sedang berlangsung diganggu oleh dua ahli parlimen kerajaan itu.

"Parlimen adalah tempat untuk rakyat datang dan menyuarakan pendapat mereka. Rakyat sepatutnya tidak dihalang ke mari,” katanya sambil menambah kedua-dua MP Umno berkenaan tidak diundang menyertai perbincangan mereka.

MP Padang Serai N Gobalakrishnan mengesahkan perkara itu dan berkata Kulasegaran telah mendapatkan kebenaran daripada parlimen sebelum memulakan perbincangan mereka itu.

"Ini mesyuarat persendirian dan parlimen membenarkannya,” katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyertai perbincangan itu adalah MP Puchong Gobind Singh Deo, Menteri Besar Perak yang disingkirkan yang juga MP Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Sungkai Sivanesan, MP Kapar S Manickavasagam, MP Sungai Siput Xavier Jeyakumar, MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Rasah Anthony Loke.

Seorang daripada tetamu berkenaan adalah Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia yang mendakwa kekurangan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera.

Kereta Bentley RM1.7juta : Tengku Fakhry Tarik Balik Saman Pemula

KUALA LUMPUR 9 Jun - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail hari ini menarik balik saman pemula beliau terhadap kekandanya, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra di Mahkamah Tinggi di sini untuk menuntut sebuah kereta mewah buatan Bentley dengan harga belian S$706,880 (RM1.7 juta).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd. Yusof membenarkan permohonan Tengku Muhammad Fakhry dengan kos guaman RM5,000 dibayar kepada kekandanya.

Keputusan yang dibuat dalam kamar itu dimaklumkan kepada pihak media oleh peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry.

Menurut Mohd. Haaziq, anak guamnya semalam telah mengarahkan beliau menarik balik saman pemula tersebut kerana kereta Bentley yang dituntut telah pun dikembalikan semula ke Istana Mahkota sehari selepas baginda kembali ke tanah air setelah menerima rawatan di Singapura.

Oleh kerana plaintif telah menarik balik saman pemulanya, maka mahkamah telah membatalkan saman tersebut.

Pada 8 September 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan writ saman bersama afidavit sokongan dengan menyatakan kenderaan berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 adalah miliknya.

Sehubungan itu defendan dihalang daripada menuntut hak milik atau mengambil kenderaan itu tanpa izin plaintif.

Tengku Muhammad Faris telah mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman pemula adindanya itu sebelum ini.

Bagaimanapun permohonan Tengku Muhammad Faris telah menjadi akademik setelah saman pemula dibatalkan oleh mahkamah.

- Utusan

Isu Maktab Mahmud : Adakah Ianya Akan Berkubur Terus Di Bawa Arus...

Diambil dari blog sahabat : KedahLanie
Rakyat Kedah megharapakan sedikit perubahan kepada perkembangan Maktab Mahmud selepas Mac 2008. Pengahapusan bantuan perkapita kepada SAR oleh kerajaan BN terdahulu menyebabkan jumlah bilangan sekolah agama rakyat berkurang. Sebahagiannya di ambil alih oleh kerajaan negeri dan dijadikan Maktab Mahmud pada tahun 2004. Sebahagian yang lain terus berkubur. Pilihan yang ada kepada ibu bapa adalah menghantar anak-anak mereka ke Maktab Mahmud induk di Alor Setar atau Maktab Mahmud cawangan di tiap-tiap daerah.

Berbanding di bawah SAR kemasukan ke Maktab Mahmud cawangan adalah amat sukar. Kalau dahulu SAR di tiap-tiap daerah ini boleh mengambil 200 pelajar baru tanpa banyak syarat tetapi Maktab Mahmud pengambilan pelajar tidak melebihi 80 orang. Ibu bapa tiada pilihan melainkan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan. Pendidikan agama terhalang.

Selain itu, penumpuan yang tidak seimbang anatara mata pelajaran agama dan akademik menyebabkan prestasi pelajar-pelajar Maktab Mahmud dalam mata pelajaran agama dan Bahasa Arab merosot. Kualiti pelajar-pelajar Maktab Mahmud tidak seperti dahulu kerana tidak ramai daripada mereka berupaya berpeluang menduduki peperiksaan STAM kerana tawarannya terhad di Maktab Mahmud Alor Setar, Pokok Sena dan Pendang sahaja.

Apakah puncanya? inilah musibah kerajaan Barisan Nasional menyekat bantuan kewangan ke SAR. Tidak sampai 6 tahun pemansuhan bantuan ini berlalu masalah sosial dan keruntuhan akhlak di Kedah meningkat dengan drastik sekali. Oleh itu rakyat Kedah telah menghukum keegoaan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke 12 yang lalu. "Padan Muka" kepada pemusnah SAR. Mereka lupa tok-tok guru masih ada di SAR. Aktivis-aktivis parti Islam dan pejuang Islam kebanyakannya daripada SAR. dan UMNO telah melebelkan di mana ada SAR di situ ada PAS! adalah satu perkara yang pasti.

Dendam talibarut UMNO tidak berkesudahan. Selepas MAC 2008, mereka bukan sahaja mahu menumbangkan kerajaan yang ditunjangi PAS malah mahu menjahanamkan peranan dan fungsi 12 Maktab Mahmud di seluruh negeri Kedah. Siapa mereka ini yang berani melakukan kejahatan di bawah Kerajaan Islam yang partinya mendukung pendidikan agama termasuk Maktab Mahmud.

Selain daripada menyusahkan kemasukan pelajar-pelajar baru, guru-guru daripada aktivis Parti Islam atau pro parti Islam disenarai hitamkan. Tiada kenaikan pangkat bahkan ditendang jauh-jauh. Yang berpuluh tahun mengajar di Maktab Mahmud Alor Setar ditendang ke Maktab Mahmud Langkawi, Kulim, Bandar Baru dan Baling. Tak puas setakat itu, yang jadi pengetua dijadikan guru biasa.Yang lantang mempertahankan hak dibuang terus. Yang tahan terus mengajar dengan hati yang cekal. Tetapi ramai yang dipaksa meninggalkan Maktab Mahmud.

Oleh itu Maktab Mahmud kehilangan guru-guru yang pakar dan berpengalaman. Kalau macam inilah keadaannya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hantu-Hantu Nasionalis di Lembaga Maktab Mahmud kerana berjaya menjahanamkan Maktab Mahmud sebelum PRU ke 13 lagi.

Syabas kerana berjaya men-santau pengerusi Lembaga Maktab Mahmud YB Taulan Rasul merangkap Exco Agama negeri Kedah. Teruskanlah usahamu untuk menjahanamkan SAR, Maktab Mahmud yang akan dilaknat Allah swt.

Pesara Guru Maktab Mahmud

Diharap pejuang-pejuang di Kedahlaie meniliti isu ini... sekian terima kasih

Sebagai Panduan: ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-56

ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-56

28 Jamadil Akhir 1431H / 11 Jun 2010 (Jumaat)

3.00 petang-Sidang bermula
AGENDA PERTAMA
Mengesahkan Peringatan Muktamar yang lalu
AGENDA KEDUA
Membentang dan menerima penyata dan laporan

• Laporan Tahunan PAS 2009-2010

• Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2009

AGENDA KETIGA

Usul terima kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden

4.30 petang-Rehat dan Solat Asar berjamaah
5.00 petang-Menyambung perbahasan Ucapan Dasar Presiden
7.00 malam-Rehat dan solat Maghrib/Isyak berjamaah

29 Jamadil Akhir 1431H / 12 Jun 2010 (Sabtu)

8.30 pagi-Sidang bermula
Perbahasan Ucapan Dasar Presiden di sambung semula
1.00 tengahari-Rehat dan Solat Zohor berjamaah
2.00 petang-AGENDA KEEMPAT
Perbahasan Usul-Usul
4.30 petang-Rehat/Solat Asar
5.00 petang-Perbahasan Usul-usul di sambung semula
7.00 malam-Rehat dan Solat Maghrib
9.00 malam-Ceramah Umum
12.00 t/malam-Rehat

30 Jamadil Akhir 1431H / 13 Jun 2010 (Ahad)

8.30 pagi-Sidang disambung semula
Pimpinan menjawab dan menggulung perbahasan
12.30 tengahari-AGENDA KELIMA
Ucapan penangguhan
Muktamar ditangguhkan
Doa
Bersurai

Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang - 4 Pemimpin PAS Ditahan Polis

Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Ha
sbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Gambar2 Sekitar Majlis Perasmian Penutup Kem Bina Insan Di Maktab Mahmud Oleh YAB Menteri Besar Kedah

Ketibaan YAB Menteri Besar Kedah disambut oleh pada tetamu jemputan

Ucapan Perasmian Penutup Kem Bina Insan oleh YAB Menteri Besar Kedah


Airmata keinsafan setelah salah seorang peserta setelah program berakhir

Para Kenamaan bersama Menteri Besar Kedah


Kelihatan YB Dr Ismail, Exco Pembangunan Insan dan
Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar, Ust Shafie

Sebahagian Peserta Kem Bina Insan dan tetamu jemputan

Orang penting dalam menjayakan Kem Bina Insan 2010

Kesedihan & Keinsafan hasil tarbiah dan pendidikan kerohanian

Para Fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program

Daripada Facebook Sahabat: Azamuddin-Songkok Putih

Kerugian Kohilal Bukannya RM45 juta : Exco Kelantan


KOTA BARU, 9 Jun — Kerajaan PAS Kelantan sambil menyifatkan isu kerugian didakwa RM45 juta, yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) sebagai “cerita lama”, yakin pengurusan akan memulihkannya dalam dua tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tidak menafikan ada kerugian dialami Kohilal, tetapi menafikan jumlahnya RM45 juta sebagaimana didakwa oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini.

“Kerugian kurang RM1 juta, bukannya RM45 juta... tak sampai RM1 juta pun... lagipun ini perkara lama, tahun 1990-an,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ceramah dan perasmian gerai jualan sempena Muktamar Tahunan PAS di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat ini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan berkata, Kohilal berhadapan dengan masalah pengurusan dan kerugian sekitar 1996 dan selepas siasatan oleh suruhanjaya koperasi, diambil alih oleh pengurusan baru dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu, Kohilal mengadakan mesyuarat tahunan dan pengurusan baru mengambil alih... saya dimaklumkan oleh pengurusan baru bahawa kewangan mereka akan kembali pulih dalam dua tahun lagi.

“Soal turun naik kewangan adalah perkara biasa dalam perniagaan, ada tahun naik, ada tahun turun. Insya-Allah dalam dua tahun lagi akan ada perubahan, kembali baik,” kata beliau yang turut menjelaskan isu pada ceramahnya.

Baru-baru ini Perkasa menggesa agar PAS mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Ibrahim dilaporkan berkata, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal dalam koperasi itu dan menimbulkan tanda tanya ahli PAS sendiri.

Kohilal ditubuhkan pada 1986 dan kali terakhir membayar dividen adalah pada 1997.

GAS Makin 'Mengamuk Dengan Perhimpunan" Samy Tak Mahu Buat Perhimpunan Sama Ka???


PETALING JAYA 8 Jun – Perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) kali kedua yang dirancang akan diadakan di Dewan Hamzah, Klang, Ahad ini ditunda atas faktor keselamatan.

Penyelaras GAS, V. Mugilan berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya mendapat tahu bahawa konco Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan bertindak menggagalkan perhimpunan berkenaan.

“Kami tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada orang ramai akibat tindakan tersebut.

“Sehubungan itu, kami memutuskan untuk menunda perhimpunan itu ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perhimpunan GAS yang sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIEC) dihadiri oleh lebih 5,000 orang termasuk beberapa ahli daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mugilan menambah, perhimpunan GAS akan tetap diadakan dan beliau akan mengambil tempoh selama tiga minggu untuk mencari lokasi lain.

“Pihak kami akan berusaha mencari lokasi lain iaitu di luar dari kawasan Klang dalam tempoh dua minggu ini.

“Bagaimanapun, sekiranya masih gagal, perhimpunan itu tetap akan diadakan di tempat yang sama,” jelasnya.

-UM

Muktamar ke 56: Papar Kejayaan 20 Tahun PAS Menerajui Kelantan

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini, PAS Kelantan akan memaparkan sejarah perjuangan mereka memerintah negeri itu yang kini sudah lebih 20 tahun.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ia berkisar bentuk-bentuk kejayaan yang telah dicapai di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pembaharuan yang dibuat sepanjang mengambil alih pemerintahan negeri daripada Umno BN sejak 1990.

Kerajaan PAS Kelantan, katanya telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri dengan baik (good governance) sehingga beberapa pendekatan mereka dilihat mendahului dan terkedepan berbanding negeri lain.

"PAS Kelantan mendahului, yang lain ikut. Negeri yang miskin, menerima beban hutang daripada zaman Umno dulu tetapi mampu mengurus negeri membuat perubahan seperti negeri lain.

"Kelantan juga mampu menurunkan kadar kemiskinan mengatasi Terengganu dan Sabah yang diperintah Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Kelantan juga, katanya boleh dijadikan bukti bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah negara Malaysia dengan lebih baik berbanding 50 tahun diperintah Umno BN.

Sebagai bukti katanya, pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi yang menjangkakan Malaysia akan bankrap dalam masa sembilan tahun lagi.

"Sebab itu kita yakin kalau Idris Jala kata Malaysia bankrap sembilan tahun lagi, nak selamat kena bagi kat kita (Pakatan Rakyat) sebab kita dah buktikan di Kelantan dan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, itu negeri yang tidak ada hasil banyak.

"Kalau Malaysia diperintah Pakatan Rakyat, rakyat bukan setakat kenyang tapi muntah balik, sebab terlalu kenyang," katanya seloroh.

Sumber: Harakah Daily

Blogger PAS, Pakatan Boleh Pohon ‘Pas Pemerhati’... Tapi Bagaimana, SS Pun Nak, Tapi Bagaimana?

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS. Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi. Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.

Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut.

(sumber-Harakahdaily)

Rafidah Aziz Menyamakan Orang Melayu “Hanya Berharga 2 Sen”


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Majlis Perundingan Melayu (MPM), yang ditubuhkan tiga bulan lalu, sambil mendakwa Tan Sri Rafidah Aziz telah menghina orang Melayu dengan menyamakan pandangan mereka sebagai “hanya berharga dua sen”, mendesak bekas anggota Kabinet pusat memohon maaf secara terbuka.

Gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu juga mendakwa kenyataan Rafidah telah memperlekehkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam mengemukakan tuntutan mereka menerusi kongres diadakan bulan lalu.

Sehubungan itu, jurucakap MPM, Prof. Kamarudin Kachar yang juga Pengerusi Kongres Ekonomi Bumiputera: Moden Ekonomi Baru (MEB) berkata, bekas ketua Wanita Umno itu tidak harus membuat apa-apa komen memandangkan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut bulan lalu.

“Ia bukan hanya membabitkan Perkasa, tetapi melibatkan pandangan 126NGO. Oleh itu, adalah tidak wajar beliau memanipulasikan denganmengatakan seolah-olah Datuk Ibrahim Ali sahaja yang bercakap (mengenai isu MEB).

“Beliau seharusnya berhati-hati dalam memberikan pandangan supaya tidak memperkecilkan orang Melayu.

“Saya bukannya mempertahankan Datuk Ibrahim Ali, tetapi hendak memberitahu di sini bahawa beliau hanya membacakan kenyataan yang diputuskan oleh kongres ekonomi MPM,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

MPM menganjurkan kongres itu 29 Mei lalu dengan majlis penutup disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkasa yang diketuai oleh Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, merupakan salah satu anggota pengasas MPM.

Kamarudin yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia menambah, beliau melihat kenyataan Rafidah adalah sesuatu yang “tidak wajar sama sekali.”

“Saya adalah pengerusi kongres, saya tahu kandungan perbincangan yang dihadiri oleh 1,226 peserta daripada 126 NGO, melibatkan peserta pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MEB tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

“Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini.

“Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera,” kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

“Hanya media memberikan liputan kepada seorang. Jika anda bercakap kepada semua dalam Perkasa, saya pasti anda akan mendapati bahawa bukan semua berkongsi pandangan yang sama sebagaimana dikatakan oleh presiden mereka (Datuk Ibrahim Ali),” katanya.

“Ibrahim Ali hanya satu orang. Bukan semua mahu berkongsi pandangan yang sama seperti pemimpin mereka,” katanya.

Ibrahim menubuhkan Perkasa, yang kini dilihat sebagai NGO Melayu terbesar di negara ini tahun lalu, antara lain selepas perubahan landskap politik negara ketika pilihan raya umum 2008.

Ibrahim pula berkata, sebagai bekas Ketua Wanita Umno dan bekas menteri Melayu, bukankah lebih elok dan lebih terhormat jika beliau memberi pendapat membina serta membantu MPM merealisasikan segala resolusi yang dirumus tempoh hari.

“Sebaliknya kecaman yang dilontarkan kepada MPM jelas menampakkan kedangkalan serta kehilangan roh Melayunya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor juga melahirkan pandangan yang sama dengan menegaskan, kenyataan Rafidah itu merupakan satu bentuk “penghinaan” kepada orang Melayu

“Dalam hal ini, bukan Perkasa atau Datuk Ibrahim yang bernilai dua sen, tetapi sebenarnya Rafidah yang bernilai kurang dua sen,” kata beliau sambil menyoal adakah “dua sen itu turut dirujuk kepada perdana menteri yang datang ke majlis kami dan menerima usul kami.”

“Sebenarnya Rafidah yang bernilai dua sen, bukan kami... saya berpandangan bahawa kenyataan ini tidak harus datang daripada seorang bekas menteri,” katanya.

Naib Presiden Perkasa Dr. Zubir Harun juga mengecam Ahli Majlis Tertinggi Umno itu dengan memberitahu seluruh orang Melayu harus bersyukur kepada Allah kerana Rafidah tidak dilantik menjadi menteri dan telah ditolak oleh Wanita Umno sebagai ketua.

“Tidakkah Rafidah sedar bahawa selama ini pendekatan pertumbuhan dan pengagihan yang diamal dari pentabiran Tun Razak hinggakan kepada Tun Mahathir telah membawa kemakmuran dan kestabilan negara.

“Rafidah perlu sedar bahawa ramai Melayu sangat meluat melihat Melayu liberal yang sudah menikmati kekayaan dan kini tidak lagi ingin mempertahankan bangsa Melayu,” katanya.

Kata Zubir, Rafidah juga perlu sedar bahawa suara Ibrahim bukan sahaja mewakili ahli Perkasa seluruh negara tetapi suara umat Melayu seluruh negara yang merasa MBE akan menggugat survival generasi Melayu dan Bumiputera.

“Ingin kita nyatakan di sini bahawa pandangan tentang MBE bukan suara Datuk Ibrahim seorang, tetapi mewakili Majlis Perundingan Melayu yang mana bekas ketua pengarah UPU, Datuk Halipah dalam keadaan sebak menyatakan bahwa MBE tidak ada agenda Bumiputera dan ini disokong oleh ahli panel kongres Senator Akbar Ali iaitu bekas timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan.

“Kedua mereka adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan semesti nilai pandangan mereka bukan bernilai dua sen,” katanya.

Zubir juga berkata, “tidakkah Rafidah sedar bahawa MBE yang dikemukakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) telah gagal membentangkan kenyataan polisi yang jelas mengenai agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera dalam MBE.”

“MPEN didapati gagal meletakkan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera sebagai agenda teras negara walaupun Bumiputera adalah merupakan penduduk terbesar dan terbelakang dari segi ekonomi di negara ini.

“Tidakkah Rafidah sedar bahawa MBE bukan satu model ekonomi yang sempurna,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.