GAS Makin 'Mengamuk Dengan Perhimpunan" Samy Tak Mahu Buat Perhimpunan Sama Ka???


PETALING JAYA 8 Jun – Perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) kali kedua yang dirancang akan diadakan di Dewan Hamzah, Klang, Ahad ini ditunda atas faktor keselamatan.

Penyelaras GAS, V. Mugilan berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya mendapat tahu bahawa konco Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan bertindak menggagalkan perhimpunan berkenaan.

“Kami tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada orang ramai akibat tindakan tersebut.

“Sehubungan itu, kami memutuskan untuk menunda perhimpunan itu ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perhimpunan GAS yang sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIEC) dihadiri oleh lebih 5,000 orang termasuk beberapa ahli daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mugilan menambah, perhimpunan GAS akan tetap diadakan dan beliau akan mengambil tempoh selama tiga minggu untuk mencari lokasi lain.

“Pihak kami akan berusaha mencari lokasi lain iaitu di luar dari kawasan Klang dalam tempoh dua minggu ini.

“Bagaimanapun, sekiranya masih gagal, perhimpunan itu tetap akan diadakan di tempat yang sama,” jelasnya.

-UM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.