TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Harga Petrol Mungkin Dinaikkan 15 sen Tahun Ini... Aduh Sedihnya jika Ianya Menjadi Kenyataan.. Sengsara Ler...

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Pada
sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Har

ga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada


2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebuhraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

Pelaksanaan Syariat: Muslimat Acheh Barat Dilarang Pakai Jeans Ketat, Skirt - “Saya melakukan ini sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada Allah"

JAKARTA, 27 Mei — Jika anda seorang wanita Islam yang gemar memakai seluar jeans yang ketat atau skirt mini, maka daerah Acheh Barat, Indonesia bukan tempat sesuai untuk anda.

Bermula semalam, pihak berkuasa syariah daerah atau Wilayatul Hisbah, mula menahan wanita yang mengenakan seluar jeans yang ketat.

“Bermula Rabu (semalam) kami memulakan langkah ini dan wanita yang memakai seluar ketat atau jeans akan diberikan skirt panjang untuk dipakai manakala jeans mereka akan disita,” kata ketua daerah Acheh Barat Ramli Mansur.

Kira-kira 20,000 skirt panjang telah didermakan oleh kumpulan-kumpulan yang turut menyokong undang-undang kecil itu melarang pemakaian seluar pendek oleh kaum lelaki.

Namun, keberkesanan langkah ini hanya akan dapat dilihat apabila ketua daerah mengumumkan lokasi sesuai penguatkuasaan untuk undang-undang tersebut.

“Selepas perasmian, kita akan mulakan operasi ini di tiga lokasi di ibu kota Meulaboh. Operasi ini akan dijalankan di Kaway XVI, Arongan Lambalek dan Nagan Raya,” kata beliau dipetik The Jakarta Globe.

Tapi jika terdapat wanita Acheh Barat yang berharap undang-undang tersebut tidak akan berkesan, mereka perlu menunggu tempoh yang lama.

“Saya harap orang luar yang datang ke Acheh Barat akan menghormati undang-undang kita di sini,” kata Ramli.

“Saya buat begini kerana itu adalah perintah Islam untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam dalam keseluruhan Acheh terutamanya Acheh Barat,” kata beliau lagi.

Ramli berkata di bawah undang-undang itu, semua wanita perlu memakai baju kurung iaitu pakaian tradisional yang menutupi sebahagian besar tubuh dan mengenakan tudung.

Beliau juga meminta supaya kedai-kedai di daerah itu supaya menghentikan penjualan pakaian ketat bagi wanita.

“Saya melakukan ini sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada Allah atas apa yang telah saya lakukan bagi rakyat Acheh Barat,” katanya.

Wanita yang menolak untuk menyerahkan jeans atau mengulanginya akan dihukum.

“Kami akan menahan mereka,” kata beliau tanya menyatakan tempoh tahanan yang bakal dikenakan.

Undang-undang syariah telah dijalankan di Acheh bagi mengukuhkan Islam - satu-satunya wilayah di mana undang-undang ini dilaksanakan di negara Islam terpadat di dunia.

“Kami akan melaksanakan ia dengan yakin sehingga kami mencapai peringkat di mana tidak ada yang memakai pakaian ketat,” kata Ramli.

Namun menurut laporan BBC, terdapat wanita di Acheh Barat yang membantah undang-undang tersebut dengan mengatakan ia melanggar hak peribadi dan sosial.

Undang-undang tersebut hanya untuk orang Islam.

-TMI

Mahfuz: BN cuba rasuah Samy Vellu dengan Gelaran Tun & Duta

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada disalah-gunakan.

Tuntutannya itu berikutan pendedahan oleh S Vell Paari yang mendakwa seorang pegawai dari jabatan perdana menteri telah datang membuat tawaran berkenaan kepada bapanya, yang juga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

“Pegawai Khas PM telah datang membawa tawaran dari PM menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” katanya pada kenyataan medianya hari ini.

Menurut Mahfuz, dakwaan Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi juga berlaku dalam banyak hal lain untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh perdana menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu, amalan berkenaan bertujuan menutup mulut pemimpin BN agar tidak membuat kacau sehingga boleh menjejaskan kepentingan politik mereka.

Perbuatan itu, kata Mahfuz adalah “satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman mereka”.

Masya Allah: Apa Nak Jadi Nie.. Perokok Wanita Makin Meningkat


KUALA LUMPUR : Semakin ramai kalangan wanita di seluruh dunia menjadi perokok apabila syarikat-syarikat tembakau berterusan menjadikan kaum Hawa itu sebagai sasaran menerusi iklan-iklan mereka, kata Presiden Pertubuhan Malaysian Thoracic Society (MTS) Prof Roslina Manap.

Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Ujian Penilaian Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) (CAT) dan garis panduan amalan klinikal yang dirombak semula (CPG) bagi COPD yang dibangunkan oleh MTS dan GlaxoSmithKline di sini.

Katanya kaum wanita perlu dididik supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ini, kerana perokok sebenarnya meletakkan nyawa mereka dalam risiko kerana mereka dengan mudah diserang COPD, yang boleh merosakkan paru-paru.

"Malah jika dibandingkan dengan kaum lelaki, waita yang merokok berhadapan dengan risiko diserang COPD lebih awal," katanya dan menambah bahawa CAT dan CPG dibangunkan ekoran wujudnya kebimbangan terhadap peningkatan dalam jumlah pesakit COPD di Malaysia, dengan kebanyakkannya berpunca daripada tembakau.

Roslina berkata walaupun masih ramai yang kurang pengetahuan mengenai COPD, ia sebenarnya membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding HIV dan AIDS.

"Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terbaru, sehingga tahun 2007, kira-kira 210 juta orang diserang COPD dan tiga juta meninggal dunia akibatnya pada tahun 2005. COPD dijangka menjadi pembunuh keempat paling ramai pada tahun 2030," katanya.

Beliau berkata insiden COPD dijangka meningkat selaras dengan peningkatan dalam penggunaan tembakau.

"Di Malaysia dianggarkan 50 peratus deripada populasi lelaki merokok," katanya.

-- BERNAMA

Petani Di Tanjung Karang Demonstrasi Depan Kilang Bernas Sekinchan - Minta Menteri Letak Jawatan, Apa Hal??


TANJONG KARANG 25 MEI: Kira-kira 300 petani yang mengadu terbeban dengan kenaikan harga benih padi, mengadakan demontrasi di depan kilang Beras Padi Nasional (Bernas), Sekinchan di sini, pagi ini.

Mereka menyalahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang dianggap sebagai punca berlaku kenaikan harga benih padi yang didakwa terlibat dalam menetapkan kuota kepada dua syarikat kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim berkata, harga padi musim ini merosot mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Sebelum ini, dua syarikat itu diberi 5,000 tan benih padi tetapi selepas Noh menjadi menteri, mereka memperoleh 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu dihasilkan mereka hanya 5,000 ke 6,000 tan padi," katanya.

Demonstrasi itu juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa menyeleweng kuota benih padi.

Sumber-SK

PKR Selangar Bakal Dirombak Hasil Desakan Akar Umbi? Kita Tunggu...


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.

Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.

Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.

Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.

Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.

“Memang ada pandangan sedemikian agar kepimpinan negeri memikul tanggungjawab dan dirombak seluruh badan perhubungan negeri,” kata seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya didesahkan, dengan melihat Selangor sebagai bakal kubu kuat bagi PKR dalam pilihan raya umum ke-13.

Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan laporan bedah siasat pilihan raya kecil Hulu Selangor, kelmarin.

PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Bagaimanapun PKR tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Mac 2008. Ia dimenangi oleh BN.

Seorang lagi sumber memberitahu syor tentang perubahan kepimpinan negeri akan dibangkitkan ketika kongres dalam usaha memperkemaskan jentera parti di peringkat negeri.
“Secara kebetulan desakan ini wujud ketika parti hendak mengadakan kongresnya... malah pada kebiasaannya pucuk kepimpinan akan membuat perubahan kepimpinan negeri selepas kongres tahunan.

“Jadi, akan ada perwakilan mengemukakan permintaan ini dan ia berlaku secara kebetulan, desakan ini akan dilihat kuat minggu ini,” kata seorang lagi pemimpin kepada The Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor merupakan Pengerusi PKR negeri dan beliau telah bertindak sebagai pengarah pilihan raya kecil PKR di Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor ialah Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
“Walaupun tiada desakan rasmi, secara langsung, jika Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa beliau akan lepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri, beliau akan dilihat sebagai seorang berjiwa besar demi masa depan parti,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin ini mengakui adalah tidak adil meletakkan beban itu ke atas bahu Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, semata-mata.
Keberkesanan jentera pilihan raya PKR menjadi fokus persoalan ketika kempen bulan lalu.

Walaupun PKR mempunyai pengalaman menguruskan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau secara langsung ia dikatakan longgar di Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin secara terbuka mengakui bahawa perlu adanya perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor.

Ahli Parlimen Ampang ini berkata, beliau berpendapat pada masa sekarang tanggungjawab memimpin jentera parti negeri dan pentadbiran kerajaan negeri perlu dipikul berasingan oleh dua yang lain.

“Saya secara peribadi merasakan topi ketua parti negeri dan ketua kerajaan negeri (Selangor) perlu dipikul oleh dua orang yang berlainan,” kata beliau sambil menyangkal beliau mempersoalkan kebolehann Khalid.

“Saya cuma mengambil berat tentang parti. Saya lihat parti perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kini Khalid satu-satunya pemimpin parti negeri turut menyandang jawatan menteri besar.

Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Selangor diterajui pemimpin PKR, Pulau Pinang (DAP) manakala Kedah dan Kelantan (PAS).

“Mungkin di parti-parti lain, ketua kerajaan negeri juga memegang jawatan ketua parti negeri.

“Tetapi dalam kes PKR, saya merasakan kita belum bersedia lagi, mungkin satu hari nanti apabila kita sudah kuat, kedua-dua jawatan itu boleh dipegang oleh orang yang sama,” kata beliau dengan mengakui bahawa desakan ini timbul secara kebetulan selepas berakhirnya pilihan raya kecil dan ketika diadakan kongres nasional.

Khalid juga disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Jom Pi Dengar Ceramah di Sekitar Alam Buana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.