Terpanas!!! Video: Beginikah KFC Melayan PelangganNya... Kenapa Harus Pekerja KFC Menendang Pelanggannya??


Baru-baru ini telah tersebar rakaman video di sebuah restoran KFC di mana dapat dilihat sekumpulan pekerja KFC di situ cuba membelasah seorang pelanggan. Akibat dari itu, pihak KFC telah memohon maaf di laman sosial FB KFC berkenaan isu pekerja belasah pelanggan yang menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang telah melihat kejadian tersebut secara LIVE serta video yang telah tersebar luas di internet.

 kfc free chicken Isu Belasah Pelanggan KFC mohon Maaf

Kejadian itu timbul angkara pelanggan tersebut yang menunggu lama untuk dilayan lalu melepaskan kata-kata yang kurang enak didengar oleh mereka, Para pekerja KFC yang berada di situ terus bertindak melulu dan membelasah pelanggan tersebut.



Inikah Sikap Pekerja KFC




Panas!!! MB Ku, YAB Ustaz Azizan Dedahkan Dalang Penyebaran Fitnah "MB Kedah Letak Jawatan", Cerita Mengarut...

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.
  
Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.
  
penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," kata Azizan (kanan) ketika dihubungi.
  
Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau
sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar dalam beberapa jam lagi.
  
Spekulasi itu adalah yang terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar," katanya.
  
Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi menteri besar Kedah pada 2008.
  
Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.
  
Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini.
  
- Bernama

DS Shahrizat Jalil Masih Berada Di Pejabat SPRM, Sedang Disoal Siasat Skandal NFC

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

NONEMenurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketua Wanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang

Dipercayai beliau sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NFC dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail - yang merupakan suami Shahrizat.

Panas!!! Aktres Muda Jelita Ini Kenakan Bayaran RM18 Ribu Untuk Tempoh Dua Jam Perkhidmatan Seksnya... Ini Yang Didedahkan Oleh Siaran Berita TV..


Pelakon muda filem Tamil berusia 22 tahun ditangkap bersama-sama dengan abang tirinya pada malam Sabtu lalu atas dakwaan melacurkan diri. Caroline Mariyath, pelakon filem Tamil dan juga model popular dari Chennai, telah ditangkap di sebuah hotel lima bintang oleh pihak berkuasa.

Pihak polis mengesyaki bahawa bapa dan abang tirinya telah bertindak sebagai "bapa ayam" dan ejennya. Bapa tirinya, Ranjeeth Mariyath Asan, yang merupakan seorang jurugambar model, didakwa telah membantu aktres itu mendapatkan pelanggan bersama-sama dengan M Rajkumar, abang tirinya yang bekerja berkhidmat sebagai pengurusnya.

Polis mendakwa aktres itu bertindak melacurkan dirinya kerana menghadapi masalah kewangan. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelewatan tayangan tiga buah filem lakonannya. Selain berlakon, Mariyath pernah menjadi model untuk iklan syarikat berlian dan tekstil.

Menurut sumber media, Rajkumar memberitahu pihak polis bahawa ayahnya mengatur urus niaga dengan pelanggan, dan dia berbuat demikian sekali sekala. 


Aktres itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga Rs3 lak atau RM18 ribu untuk tempoh dua jam perkhidmatannya. Selain bayaran tersebut, pelanggan perlu membayar tiket penerbangan dan dua bilik hotel untuk diri dan ejennya

sumber SINI dan SINI

Gambar2 Sekitar Himpunan Maulidur Rasul Di Surau Salihiah Yang Akan Dirobohkan... Jom Layan...

MK ikuti perkembangan himpunan Maulidurrasul anjuran UMNO yang diadakan di pejabat Insuran Salihiah Kanchut. Tak dinafikan memang ramai yang hadir, kurang 10 orang nak cukup 100 ribu. Tak caya tengok gambar kat bawah ni..




Program berlarutan hingga ke malam, di mana pada sebelah malamnya diadakan upacara kutuk dan makihamun PAS. Antara yang berceramah waktu malam ialah seorang ustaz UMNO dari Kelantan iaitu Tok Guru..ghapo tah, ambo pon tok kenar.




Nak kemar wuano..mugo demo tu tok guru dari luwar. Tok guru dari Kedah tak dok yang sokong Meno..hudoh benar tok guru sokong Meno.

Rupa-rupanya patutlah ramai... nak tahu kenapa? Inilah rahsianya..




(Tengok bas dari Bintong, Perlis)

 



Rupanya bas2 tu didatangkan khas dari Perlis, angkut habis semua ahli-ahli UMNO Perlis. Maklumlah kat Kedah orang kampung semua dah tahu isu Salihiah @ pejabat insuran tu. Orang Kedah dah tahu isunya bukan 'runtuh surau untuk bina shopping complex' tapi menyusun semula tempat tu dengan membina sebuah surau lebih besar, lebih luas, lebih mahal, lebih gagah, lebih cantik sambil bayar lagi pampasan RM1.47 juta sebagai ganti wakaf (istibdal) makalau buat kat tempat lain, boleh buat 6, 7 buah surau lagi.





(Maluu..tutup muka, kami mai sebab diupah nak tunjuk kata UMNO Kedah dapat sokongan ramai isu Madrasah Salihiah ni)

Antara yan hadir juga ialah Datuk Ibrahim Ali bekas ahli majlis kerja tertinggi UMNO yang berapa kali lompat dah. Kali ni melompat pi kat UMNO pulak.

(Brahim Ali dengan wajah sugul, menggambarkan kekecewaan kerana orang Kedah dah tak makan isu Salihiah. Tinggai budak2 yang tak tau apa sudi menghadiri majlis meraikan Pak Berahim tu)

Ahli UMNO Kedah pun tak sokong program tu, ulamak2 dari Kedah pun tak mau, Mukhriz dan Mat Bashah pun dah mula menjauhi..maka tinggallah beberapa orang BBSMS dari Taman Wira Mergong yang hadir.



(Ahli Rela ke nii? Dikerah atau diupah? Lantaklah..janji Pak Yem tu rasa syok sendiri dengan kehadiran orang ramai menyokong UMNO).

Sumber: KedahLa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.