Gambar2 Mesra Majlis Pengumuman Khas Pernikahan Yusry KRU Dengan Lisa Surihani... Inilah Tarikh Majlis Akad Nikah Dan Resepsi Mereka!!!

Seperti yang telah kami maklumkan semalam, hari ini berlangsungnya satu majlis pengumuman khas yang dianjurkan oleh Yusry KRU serta Lisa Surihani. Majlis yang turut dihadiri oleh ibubapa Yusry dan Lisa itu membuatkan ramai pihak menafsirkan ianya berkait dengan perkahwinan mereka.
 
Dan nyata sangkaan itu tepat. Untuk kisah terperinci pengumuman berkenaan, teruskan scroll mouse korang ke bawah.

Majlis Pengumuman Khas
Lisa menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung pagi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bertujuan untuk mengembar-gemburkan kisah mereka sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.

Rombongan Meminang
– Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda pada malam semalam. Majlis sidang media pengumuman khas ini memang bertujuan untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Tarikh Perkahwinan
– Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan resepsi perkahwinan pula akan diadakan pada 26 Februari 2012.

- Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan akan di adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Awal Perkenalan
- Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.
- Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat) sebaliknya Yusry bersikap gentleman dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.

Hak Penyiaran Majlis Perkahwinan
– Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.

Tajaan
– Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran. Mereka mahukan sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi tampak elegan.

Lisa Surihani Di Mata Yusry
- Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau membuatkan beliau menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

- Lisa juga akan terus berada di dalam industri lakonan yang dicintainya selepas perkahwinan kerana telah dipersetujui oleh Yusry.

- Ibu Yusry, Puan Zarina Fenner begitu menyenangi sikap Lisa yang mesra dengan semua ahli keluarganya dan gembira untuk menerima Lisa sebagai menantunya.

Jadi bersedialah untuk meraikan satu lagi perkahwinan yang kami jamin antara yang meriah sebagai pembuka tahun baru 2012!



Kredit gambar: MIG Online

Dr Hassan Ali Akui Keterlanjuran Dan Kesilapan Mengkritik Pendekatan Negara Berkebajikan.. Mengapa Lama Sangat Ambil Masa Mohon Maaf???


KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.