Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Gambar Panas!! Apa Istimewanya Lelaki Ini Hinggakan Dapat Akhiri Zaman Bujang Dengan Nikahi 2 Wanita Serentak?? Jom Terjah!!!

Kahwin dua wanita dalam satu malam

Seorang petani dari Iraq berusia 22 tahun membuat keputusan untuk mengahwini dua orang wanita serentak dalam satu malam. Abdul Rahman Nayef al-Obeidi mengatakan dia jatuh cinta dengan dua orang sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22. Perbuatan petani ini disokong kebanyakan kaum lelaki manakala kaum wanita pula menentangnya.
Menurut Kosmo, isteri isteri Abdul Rahman bersetuju dengan perkahwinan itu asalkan mereka dilayan dengan adil. 

Dua sepupu dikahwini serentak dalam satu malam


Petani Iraq <a  target=
kahwin dua wanita dalam satu malam


Kahwin serentak dua isteri

Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.
Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.
Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.
Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.
Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.
Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.
Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.
“Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut,” katanya.
Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.
Intidhar berkata: “Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?
“Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil.”
Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.
Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.
Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.
Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.
Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.
Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.
Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.
Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.
Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.
“Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records,” komen Ali Bassi Abbar.
Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.
“Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik,” katanya.
Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. – AFP
 Sumber | terbakor.com

Ketakutan Melampau Terhadap BERSIH 3.0: Polis Dapat Perintah Mahkamah, Dataran Ditutup 4 Hari


Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.

[Baca berita penuh]
NONE

Sah Lagi Nyata!!!! Keahlian Umno bos SPR Didedah... Patut La Mereka Takut Dengan BERSIH 3.0....

PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan. Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'. "Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.

Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini. Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR. "Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin.

(2 Gambar) Penyanyi Hattan Dapat Gelaran Datuk... Jom Terjah!!!


http://speakerpecah.blogspot.com

Penyanyi popular dengan lagu "Biso Bonar"Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin telah pun menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-81 , semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain Hattan, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga telah menyampaikan anugerah yang sama kepada 151 penerima lain yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 

http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Hattan atas darjah itu selepas AC Mizal yang mendapat darjah sama beberapa bulan lalu.


Sumber|speakerpecah

Gambar2 Dataran Merdeka Dipagar... Mengapa Sampai Begitu Sekali?? Apa Pilihan Seterusnya Penganjur BERSIH 3.0?


KUALA LUMPUR, 27 April:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menutup sekeliling Dataran Merdeka bermula jam empat pagi tadi.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, kira-kira 30 mahasiswa termasuk orang awam lain yang berada di padang dihalau keluar oleh penguatkuasa DBKL sebelum sekeliling padang diletakkan pagar besi dan penghadang.

"Kami cakap pada DBKL, notis mengosongkan Dataran Merdeka jam enam pagi, kenapa jam empat pagi dah halau. Kami kata, kami cuma duduk, tak buat apa-apa pun. Tapi DBKL minta kami keluar juga," katanya kepada Harakahdaily.

Selepas dihalau keluar, mereka berkumpul dan meletakkan barang-barang di seberang jalan, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka merupakan sebahagian daripada mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan pendidikan percuma sejak 14 April lalu.

Mereka bertekad untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan Bersih 3.0, esok.

Bagaimanapun DBKL semalam mengeluarkan kenyataan akan menutup Dataran Merdeka bermula jam enam pagi ini sehingga enam pagi Ahad daripada sebarang aktiviti.

Penutupan itu dibuat selepas DBKL mengeluarkan kenyataan melarang Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati, sebanyak tiga buah lori DBKL dan beberapa buah kereta polis berada di tepi jalan.

Manakala belasan anggota DBKL kelihatan mengawal keadaan sekitar.
Menurut Safwan juga, mahasiswa akan berada di sekitar Dataran Merdeka sehingga esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan semalam memberitahu akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi ini sehingga 6 pagi Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.