Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas menghadiri Festival Seni Mempertahankan Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengatakan beliau mempunyai kelebihan berbanding Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan tersebut kerana mempunyai "track record" atau rekod kerja yang lebih menyakinkan.
Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan tersebut ialah demi membawa agenda pembaharuan dalam parti dan bukan untuk kepentingan peribadi.




