Kenapa Lawatan Rosmah Ke Oman Setaraf Lawatan Yang Dipertuan Agung?

Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.

Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan Rosmah di sini, beliau berkata: "Kerajaan Oman begitu memilih dalam memberikan layanan seumpamanya. Ini bermakna layanan yang diberikan kepada Datin Seri Rosmah adalah satu gambaran hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara Islam ini."

Katanya jemputan Oman kepada isteri Perdana Menteri melakukan lawatan ke negara ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha tidak mengenal penat beliau dalam bidang yang amat dekat di hatinya iaitu pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Permata serta peranannya memperkasakan kaum wanita di Malaysia.

Mohamad Norhisyam berkata beliau melihat peranan Rosmah sebagai suatu yang melengkapi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memperkenalkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

Rosmah dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said.

Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), akan diiringi anggota badan berkenaan semasa lawatan itu.

Malaysia dan Oman menjalin hubungan diplomatik pada 1983. Mohamad Norhisyam berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, kebanyakannya bekerja dalam sektor petroleum.

"Mereka tidak sabar menunggu kedatangan Datin Seri Rosmah di Muscat," katanya.

Kuasa Usaha Malaysia di Oman itu berkata dagangan dua hala antara Malaysia dan Oman berjumlah hampir RM500 juta bagi tempoh Januari-Oktober 2010, dengan eksport utama Malaysia ke Oman adalah minyak masak, jentera, peralatan dan alat ganti, produk perkayuan serta barangan elektrik dan elektronik.

Katanya terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia di Oman dalam projek infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang dan juga bidang pendidikan.

Mohamad Norhisyam berkata Malaysia merupakan destinasi popular bagi rakyat Oman.

"Jumlah pelancong Oman ke Malaysia meningkat pada tahun kebelakangan ini. Pada 2010 sahaja, kita menerima seramai 18,300 pelancong dari Oman, satu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada 2009," katanya.

Beliau berkata peningkatan angka ketibaan pelancong dari Oman pada 2011 diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding 2010.

Lebih 400 penuntut dari Oman melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia pada tahun lepas, katanya.

"Harapan utama saya adalah lawatan oleh Datin Seri Rosmah ini membawa kepada lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Oman serta memperkukuhkan hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.

-- BERNAMA

Video Ceramah DS Anwar & Gambar Terkini Di Pelancaran Pakatan Ganti BN Kat Terengganu













Tekanan Ke Atas PM Dalam Usaha Menguatkan Kerajaan Tiba2 Didakwa Ada Skandal Seks Pulak...

Ruby Rubacuori
Ruby Rubacuori

Berlusconi nafi upah pelacur remaja untuk khidmat seks



MILAN: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menghadapi siasatan kes pelacuran di Milan membabitkan seorang penari remaja kelab malam yang hadir dalam parti di kediamannya, kata pendakwa, di sini semalam.


Siasatan itu menambah tekanan ke atasnya ketika beliau berusaha memperkuat kerajaan selain menghadapi tuduhan menipu cukai dan rasuah, sehari selepas mahkamah menolak undang-undang memberikannya kekebalan penuh daripada pendakwaan.


Majistret berkata, mereka menyiasat tuduhan bahawa Berlusconi memberi upah untuk melakukan hubungan seks dengan Karima El Mahroug, 17, yang menggunakan nama pentas Ruby Rubacuori (Penggoda).


Perbuatan memberi bayaran untuk seks dengan pelacur di bawah usia 18 tahun adalah satu kesalahan di Itali.


Mereka juga meneliti sama ada Berlusconi, 74, campur tangan secara tidak wajar dengan polis selepas remaja itu ditahan kerana mencuri.


Dalam kenyataan mereka, pendakwa berkata, mereka menyiasat kesalahan jenayah di villa Arcore milik Berlusconi dekat Milan antara Februari dan Mei 2010, ketika remaja itu berusia 17 tahun. Pendakwa juga sudah memberi surat saman kepada Berlusconi dan peguamnya.


Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini membuat kenyataan menolak siasatan itu sambil menyifatkannya karut dan tidak berasas.
Kes Ruby mendapat tumpuan antarabangsa tahun lalu khususnya takrif bunga bunga bermaksud parti seks di kalangan wanita muda.


Remaja itu memberitahu akhbar dia dibayar 7,000 euro (RM28,000) untuk hadir parti villa Berlusconi tetapi menafikan melakukan hubungan seks dengan pemimpin itu.


Berlusconi yang tetap bertahan sekalipun dilanda beberapa skandal seks membabitkan pengiring sosial dan wanita muda sejak berkuasa pada 2008, mengakui kenal Ruby dan membuat panggilan telefon kepada polis untuk membantunya.


Sumber berkata, polis memeriksa sebuah pejabat pegawai wilayah yang rapat dengan Berlusconi dan membawa Ruby dari balai polis itu selepas dibebaskan.

Reuters

TG Nik Aziz Bersama Dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Blogger... MB Kedah Bila Pulak???

KOTA BHARU, 14 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tetap menghadiri majlis bersama blogger pro-Pakatan Rakyat yang dijadual diadakan esok di sebuah hotel di Kuala Lumpur mulai 8.00 malam.


Beliau yang juga Menteri Besar menaruh keyakinan bahawa program yang diatur sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama blogger itu memberi ruang yang baik kepadanya untuk berucap.


Majlis yang dijangka turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu diadakan bagi membincangkan banyak perkara termasuk peranan yang mungkin boleh dimainkan peserta itu bagi membantu Pakatan Rakyat dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya.


“Oleh itu besok saya akan memberi penerangan sama ada mereka mahu mendengarnya atau pun tidak, terserah kepada mereka.


“Saya bersedia berjumpa mereka yang dianggarkan seramai 150 orang, dan perjumpaan itu tidak sulit,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.


Mengulas terdapat tulisan ‘mengarut’ yang ditulis sesetengah blogger di laman mereka, beliau berkata, usahkan blogger berbuat demikian, bahkan anak sendiri sekiranya menulis perkara ‘mengarut’ akan dimarahi.


“Sama ada blogger, tuk guru atau ibu bapa, serupa saja. Hidup atas dunia ini mestilah faham bahawa kita adalah menumpang di bumi Allah SWT.


“Oleh kerana kita menumpang segala perkara termasuk padi beras yang dimakan atau udara untuk bernafas, hatta manusia itu sendiri dijadikan Allah SWT, maka kita tidak boleh menderhakan Allah,” katanya.


Beliau menolak bahawa perjumpaan itu memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan tentang perjumpaan yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.