Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

GEMPAR... DI MALAYSIA PUN ADA GEMPA BUMI


Gempa bumi lemah berskala 3.0 gegarkan di Keningau
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Satu gempa bumi lemah berskala 3.0 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 12.46 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata, gempa itu berpusat di garisan lintang 5.1 Utara dan garisan bujur 116.14 Timur iaitu 31km dari barat daya Keningau dan 100km dari selatan Kota Kinabalu.

Gegaran kecil mungkin dirasai di kawasan sekitar, kata kenyataan itu. – Bernama

Jangan Hati Mati: DOA PENERANG HATI

hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika
dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh
hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Doa penerang hati ( klik untuk besarkan gambar)

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia.

Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa.

Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika
dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh
hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah
diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka
kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai
daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata
air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada
Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.

Mansuhkan Seksyen 27 Akta Polis segera!


Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan mendakwa empat orang pemimpin "Gerakan Anti Toksik dan Busuk Kuala Kuang" yang dikatakan terbabit dalam perhimpunan haram, mengakibatkan mereka dipenjara dua minggu dan disaman sebanyak RM5,000 seorang.

500 orang penduduk kampung baru Kuala Kuang, Chemor, Perak menganjurkan satu protes secara aman pada tahun 2001, menggesa Menteri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli agar segerakan perpindahan sebuah kilang getah Chip Lam Seng berjarak tiga meter sahaja dari kampung baru mereka, kerana kilang getah tersebut mengeluarkan bau busuk dan disyaki bertoksik, telah mengancam kesihatan penduduk. Tindakan protes ini sekadar pelaksanaan hak asasi seseorang.

Pihak polis bukan sahaja menangkap tiga orang pemimpin jawatankuasa anti toksik dan busuk iaitu Chai Sing Chong (70), Chong Min Tow (67) dan Tan Kin Siah (48), bersama dengan ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia K. Kunasekaran, 46, malah menggunakan Seksyen 27 Akta Polis yang zalim untuk mendakwa mereka di mahkamah, kerana "melanggar artikel 27(2) Akta Polis".

Jelas, tindakan polis tersebut jauh bezanya dengan caranya menangani protes Pemuda UMNO dan Perkasa di luar bangunan kedutaan Australia serta protes Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, baru-baru ini. Dalam kedua-dua aktiviti protes yang disebut di atas, tiada tindakan diambil terhadap peserta.

Jawatankuasa Sivil berpendapat, Seksyen 27 Akta Polis 1967 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk mengawal dan mengeluarkan permit perhimpunan, ia telah mencabuli hak-hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia, malah bercanggah dengan semangat demokrasi.

Kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengekang kehidupan awam rakyat, menindas suara ketidakpuasan masyarakat, kerana takut kuasa rakyat bersatu dan mengancam kuasa politik Barisan Nasional. Sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat ataupun Seksyen 27 Akta Polis, semua langkah anti-demokrasi ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan monopoli politik BN, dan tiada kaitan langsung dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Rakyat harus sedar, pemimpin Negara telah bertukar tiga orang dalam tempoh 30 tahun, tetapi kandungan Akta Polis yang mencabuli hak-hak kebebasan berhimpuan tidak mengalami sebarang perubahan. Bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi menubuhkan Suruhanjaya Diraja PRDM tetapi gagal melaksanakan pembaharuan, Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan oleh Najib hanya berfokus dalam menambah-baikkan urus tabir kerajaan. Barisan Nasional tidak memberi sebarang janji dalam pendemokrasian Malaysia selepas tsunami 8 Mac 2008.

Kami menggesa kerajaan BN melaksanakan pendemokrasian, memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis dengan serta merta dan memulangkan hak-hak asasi kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara rakyat! Kami juga berharap pihak polis dan peguam Negara menghormati hak-hak empat orang pemimpin gerakan anti toksik dan busuk yang terjamin dalam perlembagaan Malaysia, tarik balik dakwaan ini jikalau rayuan mereka Berjaya dalam mahkamah tinggi.

Kenyataan media oleh Liao Kok Fah selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor

Ambilan: http://malaysia-today.net/

MASUK PERCUMA: Malam Kesenian Islam Di KUIN

Sempena Maulidur Rasul SAW 1431H
SEMBAHYANG MAGRIB BERJEMAAH
26 FEBRUARI 2010
7.00 MALAM


MASUK PERCUMA BAWAK ANAK BERANAK PI....

TERBAKAR: Letupan Di Loji Petronas Labuan


LABUAN: Satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) hari ini, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan operasi.

Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku pada pukul 11.37 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Duah buah jentera bomba masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan tersebut, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.

Bercakap kepada satu sidang akhbar, Ketua Produksi PML, Mohd Kamis Abdul Manap berkata, siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.

"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini. Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini. Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," kata Mohd Kamis.

Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.

Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.

Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Pada tahun 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas cedera parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha. -

Dr. Asri, & Sinar Harian disaman RM1.5j oleh Nakhaie



KUALA LUMPUR 22 Feb. – Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini.

Dalam saman itu, Nakhaie sebagai plaintif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.

Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot. – Bernama

Kontroversi: Anak Lelaki Tiada Bapa Sihat


Balu Teoh dapat anak lelaki

Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu telah melahirkan anak mereka hari ini.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi.

"Kedua-dua ibu (Soh Cher Wei, 28) dan anaknya adalah sihat," kata adik perempuan Teoh, Lee Lan apabila disiasat. Dia juga tidak mahu memberikan butiran lanjut.

Ahli parlimen, Serdang Teo Nie Ching yang juga hadir di Hospital Batu Pahat berkata keluarga berkenaan belum lagi menamakan bayi itu.

Keluarganya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung pendaftaran bayi itu," kata Teo.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong, juga telah berjanji membantu pendaftaran bayi berkenaan.
Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.
Ambilan: Malaysia Kini

Endeavour Mendarat di Florida Dengan Selamat




KAPAL angkasa Amerika Syarikat, Endeavour selamat mendarat di Pangkalan Angkasa Kennedy sebentar tadi selepas menamatkan misi dua minggu ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).



CAPE CANAVERAL: Kapal angkasa Amerika Syarikat, Endeavour selamat mendarat di Florida, sebentar tadi selepas menamatkan misi dua minggu ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Kapal angkasa itu mendarat di Pusat Angkasa Kennedy jam 10.20 malam (0320 GMT Monday) selepas cuaca semakin baik bagi membolehkan ia mendarat selamat ke bumi.

“Tahniah selepas menyelesaikan misi hebat anda," kata pusat kawalan menerusi radio kepada enam angkasawan sebaik kapal angkasa itu mencecah ke landasan.

“Ia saat yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke bumi," kata Komander Endeavour, George Zamka. - AFP

Dr MAZA: Sebatan syarie lebih baik dari penjara



Membantah pelaksanaan hukuman sebatan syarie terhadap beberapa wanita Islam yang mengaku bersalah mengadakan persetubuhan haram dianggap adalah tidak wajar.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak adalah sebatan yang tidak mencederakan.

Sebaliknya, menurut beliau sebatan itu dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau tetapi sekadar memberi pengajaran.

Bahkan, katanya dalam hadis, ada pesalah yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja.

Menurut Dr Asri, sebatan syarie amat berbeza dengan tindakan merotan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil.

Justeru, katanya hukuman itu mempunyai unsur-unsur islamik, dan ia lebih baik daripada memenjarakan pesalah berbulan atau bertahun lamanya yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka.

Menulis dalam blognya, Dr Asri juga berkata proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum juga perlu diambil kira.


“Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum.

“Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses itu bercanggah dengan nas-nas Islam,” katanya lagi.

Dr Asri berkata hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil.

Tauke perlu diheret sama

“Masyarakat akan memandang serong kepada setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung. Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi tauke-tauke atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak di kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

Ini termasuk mana-mana individu muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan,” katanya.

Dr Asri juga meminta pihak berkuasa agama supaya berrlaku jujur dengan rakyat, dan berani mengheret pemilik ataupun pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu muslim sekalipun kelompok itu dianggap 'kebal' di negara ini.

Bekas mufti Perlis itu juga berkata kecenderungan Islam bukanlah menghukum, tetapi mendidik. Katanya, jika terdapat jalan keluar agar mereka tidak dihukum disebabkan maksiat peribadi (zina dan arak), maka itulah yang paling utama.

Operasi khalwat kejam

“Banyak rakaman-rakaman yang tersiar dalam internet yang menunjukkan bagaimana operasi 'tangkap khalwat' begitu kejam dan sengaja mendedahkan keaiban mangsa. Ini seperti diambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, disuruh mangsa mempamerkan pakaian dalamnya kepada kamera dan seumpamanya”.

Dr Asri juga menuntut pegawai-pegawai yang terbabit dalam operasi seperti itu juga dikenakan tindakan kerana mencemarkan maruah agama Islam dan maruah orang lain.

Beliau juga menasihatkan beberapa NGOs yang cuba mengkritik perlaksanaan hukuman sebatan itu supaya berhati-hati.

“Jika mereka muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka. Jika mereka membantah perlaksanaan semasa, mereka hendaklah tumpukan kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikaikan hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.”

Bagi golongan bukan muslim, Dr Asri menasihatkan mereka pula supaya jangan mempertikaikan al-Quran dan Nabi orang Islam, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara di Malaysia.

Awal bulan ini, tiga pesalah wanita dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

Isteri ADUN LOMPAT Tuntut Cerai Fasakh


KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengemukakan tuntutan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini.

Kes tersebut mula didengar di hadapan hakim syarie, Abdul Hakim Soleh.

Bagaimanapun, Abdul Hakim tidak dapat membuat keputusan hari ini ekoran defendan tidak bersetuju dengan beberapa terma dalam tuntutan tersebut oleh plaintif, Ramizah Mazlan, 39.

[BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI]

Pemandu konsulat M'sia dibunuh di Sydney



Dr Mohd Nasir Abu Hassan
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Australia,



Seorang pemandu Konsulat Malaysia mati ditikam dan dihentak menggunakan tukul di Sydney awal pagi ini.

Kejadian dipercayai bermotifkan buli jalanan terhadap mangsa, seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 43 tahun yang telah menjadi warga Australia dan tinggal di Sydney sejak kira-kira tiga tahun lepas.

Kejadian berlaku ketika mangsa tiba di rumahnya di Marion Street di Sydney yang terletak di pinggir bandar sebelah barat Leichhardt awal pagi ini apabila saksi melihat dua lelaki mengejar mangsa di seberang jalan.

"Kita percaya terdapat kemungkinan berlaku kemalangan... sebaik sebelum serangan dilakukan," kata pemangku Superintenden Shayne Woolbank yang dipetik sebagai berkata akhbar The Daily Telegraph di tempat kejadian pagi ini.

Ditanya sama ada buli jalanan menjadi motif serangan, Woolbank berkata: "ia merupakan satu daripada kemungkinan."

Penyerang mangsa kali terakhir dilihat meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta sedan berwana hitam.

Mangsa yang namanya masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa cuba diselamatkan oleh krew kecemasan yang dihubungi untuk membantu mangsa, namun gagal ketika seorang pegawai polis cuba memberikan bantuan pernafasan.

"Pada peringkat ini, kita percaya beliau mengalami beberapa kesan kecederaan akibat tikaman dan juga beberapa kesan lebam dan luka," katanya.

Polis turut mengesahkan penyerang menggunakan tukul ketika menyerang mangsanya.

"Ia tidak dapat dinafikan sebagai satu serangan yang ganas terhadap mangsa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Australia, Dr Mohd Nasir Abu Hassan menyifatkan mangsa seorang sebagai seorang yang penyayang terhadap rakan-rakanya dan tidak suka terlibat dalam sebarang pertelingkahan.

Caj TNB Mahal: Sebagai Panduan Untuk Jimat


Adakah Anda Tahu?
Assalamualaikum.

Tahukah anda tariff elektrik kat Semenanjung Malaysia nie?

Bagi kita di Semenanjung Malaysia ni, Tariff TNB sekitar 30sen hingga 45sen per kilowatt-jam (kWh) mengikut penggunaan kita seharian. Semakin banyak penggunaan semakin mahal kita bayar bil elektrik.

Seorang bekas pelajar dalam jurusan Elektrik Domestik & Industri, berkongsi ilmu bagi manafaat bersama.

Jadual anggaran kasar tentang berapa banyk kos yang berjalan dalam satu jam yang boleh dikongsi bersama, ini just anggaran:-

klik untuk besarkan

Pesawat Armada Israel Tanpa Pilot boleh Sampai Iran


PANGKALAN TENTERA UDARA TEL NOF, Israel 22 Feb. - Tentera udara Israel telah memperkenalkan armada pesawat besar tanpa juruterbang yang didakwa mampu terbang sehingga ke Iran.

Pegawai tentera udara berkata, pesawat tanpa dengungan Heron TP dengan sayap selebar 26 meter itu sama saiz dengan pesawat penumpang.

Kata mereka, pesawat itu boleh terbang 20 jam tanpa henti dan digunakan sebagai pengawas dan membawa muatan dagangan.

Dibina oleh industri aeroangkasa milik Israel sendiri, pesawat senyap itu telah diguna pertama kali dalam serangan Israel ke Gaza tahun lalu.

Pada majlis perasmiannya semalam, Israel secara rasmi enggan mendedahkan berapa besar armada baru itu atau apakah ia direka khusus untuk menyerang Iran.

Israel percaya Teheran sedang cuba membangunkan senjata nuklear dan berulang kali mengisyaratkan untuk menyerang Iran jika usaha diplomatik bagi menghentikan program nuklear di negara republik Islam itu gagal. - AP

PANAS!!! Pusat iklankan isu royalti Kelantan


KUALA LUMPUR, Feb 21 — Kerajaan pusat hari ini mengiklankan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum Kelantan dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan itu satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Malah iklan penjelasan itu menambah, Tengku Razaleigh pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaian kedudukan wang ihsan kerana bayaran yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.

Walaupun Tengku Razaleigh telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah, jelas iklan penjelasan tersebut.

Ia merujuk kepada pandangan Tengku Razaleigh pada 2000 yang turut disasarkan menerusi risalah mengkritik beliau, yang diedarkan di Kelantan sekarang.

“Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara,” kata penjelasan itu lagi.

Iklan penjelasan itu yang diterbitkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjawab lapan isu termasuk pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas itu dan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Pada sidang Dewan Rakyat lalu, Pakatan Rakyat telah mengesyorkan pembentukan kokus isu tuntutan bayaran royalti dengan meminta Tengku Razaleigh agar mengetuainya.

Penjelasan ini diiklankan kira-kira tiga minggu selepas Tengku Razaleigh berkata Kelantan ada hak untuk mendapatkan bayaran royalti lima peratus bukannya wang ihsan.

Kelmarin Majlis NGO Kelantan menganjurkan Ceramah Perdana Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat Sebenarnya.

Pada ceramah itu, Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak kepada wang ihsan bukannya royalti.

Menjawab isu yang menyentuh ketua pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini, iklan itu berkata, berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Anwar sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royalti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri.

Oleh kerana itu kata iklan penjelasan tersebut, ketua pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen, Disember lalu.

“Dengan itu ketua pembankang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan persekutuan,” kata iklan penjelasan ini.

Mengenai isu pertama iaitu “Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?”, penjelasan itu berkata:

“Istilah yang digunakan pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah bayaran tunai sebanyak lima peratus dan perkataan royalti tidak digunakan dalam mana-mana istilah akta berkenaan,” kata kerajaan pusat dalam iklan penjelasan itu.

Penjelasan itu juga berkata, negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di Semenanjung masa sekarang berada di luar perairan wilayah negeri melebihi tiga batu nautika.

“Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperoleh di luar perairan negeri melebihi tiga batu nautika adalah hak milik kerajaan persekutuan,” katanya.

Mengenai isu kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti, penjelasan itu berkata, sebelum tahun 1974 kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hal royalti melalui kuat kuasa perjanjian serta Akta Pelantar Benua 1966.

“Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963,” kata penjelasan.
themalaysianinsider

Mini Karnival Kedah Sejahtera di Sungai Limau




Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

YAN, 21 Februari 2010 – Pejabat Daerah Yan dengan kerjasama Majlis Daerah Yan dan Majlis Ketua Kampng dan Komuniti Daerah Yan telah menganjurkan Mini Karnival Kedah Sejahtera Peringkat Daerah Yan 2010 bertempat di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sala Besar, Sungai Limau, Kedah. Majlis yang bermula hari ini sehingga esok, 22 Februari 2010 itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Program yang berlangsung selama 2 hari itu adalah bermatlamat mendekatkan rakyat dengan pemimpin kerajaan disamping memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat setempat tentang apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan negeri demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Pegawai Daerah Yan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dalam sesi ucapannya berkata, program sebegini akan dilaksanakan setiap tahun dalam mendekatkan pemimpin dengan masyarakat. Tambah beliau, Yan yang merupakan daerah yang terkecil di Negeri Kedah mempunyai tarikan pelancongan yang menarik seperti Gunung Jerai dan Taman Rekreasi Titi Hayun. “Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Majlis Daerah Yan akan memajukan Pusat Rekreasi Titi Hayun yang mana projek pembangunan Resort Titi Hayun itu melibatkan tanah seluas 18 ekar dan menelan belanja sebanyak RM 30 juta yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan.” katanya.


YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bercakap ketika merasmikan program Mini Karnival Kedah Sejahtera berekata, Resort Titi Hayun ini merupakan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Daerah Yan dan Titi Hayun serta bakal menyediakan destinasi kursus dengan harga yang berpatutan kepada pegawai dan agensi kerajaan untuk menganjurkan seminar serta kursus di Resort Titi Hayun pada masa akan datang.

Majlis Perasmian Mini Karnival Kedah Sejahtera ini turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negei Kedah, YB Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Parlimen Kawasan jerai, YB Ustaz Mohd. Firdaus Jaafar. Pada majlis perasmian yang berlangsung jam 11.00 pagi itu, YAB Dato’ Seri turut menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta pertandingan gubahan dan larian rakyat. Selain itu, pelbagai acara menarik juga turut diadakan bersempena dengan Mini Karnival Kedah Sejahtera ini antaranya Persembahan Kesenian Islam, Pertandingan Layang-layang serta Forum Perdana Ehwal Islam. Pelbagai agensi kerajaan juga turut serta membuka gerai pameran dan jualan khusus untuk menyampaikan maklumat kepada msyarakat di Daerah Yan.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.