TV9 Bakal Berdepan Tindakan... Dedahkan Seorang Warga Emas di Rumah Uzur Berlantaikan Tanah Di Negeri PM Najib... (Gambar2)

Sedih juga bila tengok pendedahan yang dilakukan oleh berita TV9 sebentar tadi berkenaan dengan seorang warga emas yang berusia lebih 70 tahun duduk seorang diri di dalam sebuah rumah yang amat uzur dengan berlantaikan tanah... dan yang lebih malang lagi apabila warga emas ini duduk seorang diri dengan mengharapkan bantuan jiran tertangga kerana beliau yang uzur tidak mampu untuk bekerja.. beliau pernah minta rumah PPRT sebelum ini namun tidak diendahkan.... oh ye lupa nak bagi tahu yang warga emas ini duduk di negeri Kuala Kerau, Pahang.









Bagus le TV 9.... huhuhuhuhuhu.... janji Rosmah kenyang... rakyat kebulur ada aku kesah!!!!!!

"Sebab Utamanya Kerana Utusan Memutarbelit dan Pusing Kenyataan Saya" Akhbar UMNO Utusan Malaysia Bakal Disaman

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakinihari ini.

NONEAziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu,bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya." [Baca berita penuh]Utusan terus kritik
Katanya lagi dalam
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan,Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini.

majlis raja raja rulers council 300609 2Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh.

"Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam.

"Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan," coretnya.

Lihatlah UMNO Beri Lampu Jalan, Itupun Ada Majlis Perasmian... Hampa Tengok Sendiri Gambar Nie...



Tu dia hebatnya UMNO sampai lampu jalan pun nak digembar-gemburkan.... Kalau zaman pasca Merdeka mungkinlah lampu jalan itu sesuatu yang besar tapi selepas 54 tahun mentadbir Malaysia pun masih mahu berkata kepada seluruh dunia 


"Lihatlah UMNO beri lampu jalan, 
hebatnya UMNO memberi lampu jalan"

Video: Jom Tengok Filem "Raya Tak Jadi" Di Hari Minggu Ini... Boleh Download Kalau Mahu...

Untuk mengetahui kesudahan cerita lihatlah cerita di bawah


 

SINOPSIS RAYA TAK JADI 

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. 

 

Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi. 

 

Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. 

Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. 

 

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. 

Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. 

Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

MP Pakatan Rakyat Berang... Benarkan PM Najib Sorokkan Laporan Audit, Walaupun Sudah 2 Minggu Bersidang


Adakah Naijb menyorokkan sesuatu? Laporan audit masih hilang
Ali-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada,” Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.
Beliau juga hairan kenapa laporan itu masih belum ada sedangkan negeri-negeri lain termasuk Kelantan sudah pun menerima laporan audit masing-masing. Beliau menyeru Komiti Akaun Awam (PAC) untuk bertanggungjawab dan mengambil tindakan, daripada menunggu untuk dipaksa berbuat demikian.
“Di negara-negara lain, PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang jadi mudahlah untuk menggesa kerajaan tetapi di Malaysia, PAC diketuai oleh wakil kerajaan, sebab itulah mereka lambat,” kata Mahfuz.


Ambil tanggungjawab
Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar mahukan pengerusi PAC Azmi Khalid untuk mengambil tanggungjawab dan menjelaskan perkara tersebut.
“Kita menyeru Azmi Khalid untuk memberi penjelasan kerana ini sangat memalukan. Selepas empat hari, masih tidak ada laporan audit,” kata Azmi.
MP PKR Sungai Petani Johari Abdul berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa Parlimen masih belum menerima laporan tersebut.
“Pegawai jabatan itu terkejut dan memberitahu Ketua Audit sendiri gembira dengan laporan itu kerana ianya siap ebih awal daripada tahun lepas. Ini yang kita hairan. Di mana sangkutnya laporan ini? Adakah ianya di Parlimen atau di tangan sesetengah menteri?” tanya Johari.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyoal isu itu minggu lalu, dengan mengatakan Najib sepatutnya memastikan laporan audit itu disediakan sebelum pembentangan Belanjawan 2012.
“Malangnya, kita membahaskan bajet hari ini, tetapi laoran audit itu masi belum dibentangkan,” kata Anwar pada Dewan minggu lalu.
Malaysia Chronicle

Menantu Muda Ditawarkan RM20 Oleh Bapa Mertua Untuk Hubungan Intim... Apa Sudah Jadi Dengan Masyarakat Bangsaku???

Remaja Di Rogol Bapa Tiri


Kampung Raja - Seorang isteri muda tersentak apabila mendakwa bapa mentuanya menawarkan sejumlah wang sebagai usaha memujuk wanita itu melakukan hubungan seks ketika ketiadaan anak lelakinya di rumah. Gambar fail

Bapa saudara perempuan itu yang hanya mahu dikenal sebagai Man, 40-an memberitahu, dia dihubungi adiknya iaitu ibu wanita itu memberitahu besan anaknya memujuk untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, sebelum itu mangsa yang berusia lingkungan 15 tahun ditawarkan wang sebanyak RM20 oleh bapa mentuanya agar melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kejadian terakhir dikatakan berlaku pada Aidilfitri lalu dan terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Man berkata, anak saudaranya berkahwin bawah umur selepas terlanjur dengan anak lelaki itu manakala suami wanita bawah umur itu juga menghadapi masalah tertentu.

Katanya, bagaimanapun lelaki yang didakwa menetap di sebuah kampung dekat Jertih belum sempat melakukan apa-apa terhadap menantunya kecuali pernah memegang paha dan tangannya.

“Mujurlah lelaki durjana itu tidak sempat melakukan apa-apa kepada anak saudara saya yang sanggup menawarkan wang untuk melakukan perbuatan terkutuk,” katanya yang pulang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata, anak saudaranya kini tinggal berasingan dengan bapa mentuanya dan bekerja sebagai pembantu jualan di Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini. -SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.