5 Pelajar Berzina & Hamil Akan Daftarkan Diri Esok Di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah... Hebat KM Melaka Nie...

JASIN: Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

"Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

"Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut, Ahad.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mohd Ali menjelaskan kesemua remaja itu memasuki sekolah tersebut melalui bantuan ibu bapa masing-masing dan bukan datang secara sukarela.

"Seorang daripada lima pelajar perempuan berkenaan adalah berbangsa Cina.

Ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan atau had demi memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan di sekolah itu adalah sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa yang lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang sama.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan memasuki sekolah ini tanpa kebenaran dan indentiti serta gambar pelajar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan pihak berkaitan," katanya.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut.

-BERNAMA

Kenapa Polis Berjaya Selesaikan Kes Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati Dengan Segera?

Lawyers for Liberty amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya (gambar bawah) dan tiga orang rakannya yang lain.

Apa yang diperlihatkan dalam kes ini sebenarnya amat jauh sekali daripada kecekapan, daya saing dan profesionalisme yang seharusnya dipamerkan pasukan polis. Kes ini menunjukkan pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal. Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil.

Selanjutnya dilaporkan bahawa lebih 20 orang yang mungkin dibunuh oleh para penjenayah yang sama.

Bagaimana para penjenayah yang disyaki ini, termasuk dua orang peguam terkenal yang digantung kelayakan profesional guamannya itu dapat melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa yang lama dengan kekebalan undang-undang tanpa sebarang tindakan pihak polis?

Maka wajarlah persoalan yang ditimbulkan pihak akhbar barangkali pihak polis telah "dibeli".

Apakah pihak polis kekurangan sumber ataupun sibuk menyiasat dan menganggu ahli politik pembangkang dan pengkritik dengan isu-isu remeh temeh daripada mengambil kira jenayah sebenar dengan lebih serius?

Apakah kita harus terkejut dengan tahap keyakinan orang ramai yang begitu rendah terhadap pihak polis dan pandangan bahawa pihak polis rasuah dan bertindak sebagai pelindung golongan kaya dan berkuasa semakin kukuh?
Lawyers for Liberty (gambar kanan) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang baru bahawa pihak polis akan mengambil tindakan serta-merta terhadap kesemua laporan orang hilang dan mereka yang didapati cuai akan diberi amaran keras.

Tidak seperti kenyataan Ketua Polis Selangor yang bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan polis dalam isu ini. Ketua Polis Negeri patut tidak terus menafikan soalan-soalan yang wajar, bilamana kebarangkalian kecuaian pasukan polis atau rasuah telah mendorong berlakunya banyak lagi jenayah dan kami mendesak diadakan suatu sisatan terhadap kegagalan-kegagalan ini.

Perkara ini mengenangkan kita kepada kes Norizan Salleh yang tidak sepatutnya menerima tembakan sebanyak lima kali dari anggota polis. Bila aduan keprihatinan ditimbulkan oleh mangsa dan pihak-pihak lain, pasukan polis dan Menteri Dalam Negeri terus menolak aduan tersebut dan mempertahankan tindakan polis itu sebagai betul.

Jika kesnya diambil serius, Aminulrasyid, mangsa polis remaja berusia 15 tahun itu tidak akan terbunuh dalam hujan tembakan peluru, di bawah keadaan yang sama dengan Norizan.

Sikap sinis pasukan polis, bertindak sesuka hatinya tanpa menghormati undang-undang dan piawaian prosedur operasi, tidak akan timbul jika para pegawai kanan polis dan Menteri Dalam Negeri tidak semudah dan secepatnnya dengan secara berterusan melindungi pasukan polis sepenuh-penuhnya serta menolak aduan apabila memang terdapat bukti penembakan sesuka hati, keganasan dan merekacipta bukti.

Begitu juga dengan kes semasa ini, Sosilawati dan kenalannya tidak akan dibunuh jika pihak polis menyiasat kesemua kes orang hilang sebelumnya dan kes-kes jenayah perdagangan yang berkaitan dengan penjenayah disyaki.

Kami seterusnya mendesak Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta-merta bagi membetulkan kegagalan profesionalisme dan kecekapan pasukan polis - yang teramat penting sekali dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pihak Polis (IPCMC) sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Di Raja Pembaikan Operasi dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2004 - serta mengambil serius setiap kes-kes jenayah dan tidak bertindak hanya apabila terkena kepada para Datuk kaya dan terkenal.

*Kenyataan oleh N. Surendran, dari Lawyers for Liberty.

Peguam 'Datuk' K. Patmanaban Simpan 2 Wanita Warga Asing




KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.

Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.

Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.

"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

-Kosmo

Isu terbaru Di Pulau Pinang - Kerajaan PR Didakwa Guna Duit Judi Bagi Wang Ihsan Untuk Warga Emas..

KEPALA BATAS, 19 Sept — Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan pihak tertentu termasuk Pemuda Umno bahawa pemberian wang ihsan kepada warga emas RM100 setahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia datangnya daripada hasil judi.

Kerajaan negeri juga menganggap ia sebagai muslihat terbaru Umno untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata, pemberian wang tersebut adalah hasil pendekatan jimat cermat yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sejak mula Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta.

“Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” katanya.

Justeru Ng yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan yang dilemparkan Ketua Penerangan Pemuda Umno semalam adalah satu tohmahan dan fitnah yang amat merbahaya bagi meracuni pemikiran rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata demikian pada ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor di Taman Telok Air Tawar Indah, Seberang Perai Utara malam tadi yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah.

Semalam Ketua Penerangan Pemuda pusat Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia menerusi program Penghargaan Warga Emas menggunakan wang dari sumber judi.

Reezal juga berkata dakwaan tersebut telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang hati segelintir penerima wang tersebut, khususnya yang beragama Islam.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk melaksanakan program penghargaan warga emas sebaliknya hanya mahu penjelasan berhubung dakwaan itu bagi menghilangkan keraguan.

Ng yang juga Setiausaha Pemuda DAP Pulau Pinang turut melahirkan kekecewaan beliau dengan tindakan melampau Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan dengan membuat andaian dan tuduhan sedemikian.

“Sebenarnya Umno dan BN semakin hilang taring mereka. “Atas kesedaran inilah, maka mereka mencuba pelbagai muslihat untuk memberi imej yang buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata beliau.

Ng menambah, Umno beranggapan bahawa apabila orang Melayu terpengaruh dan terpedaya dengan perangkap mereka maka DAP, PAS dan PKR akan dilabelkan sebagai parti yang melampau dan tidak patut diberi sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

“Ini adalah antara taktik dan strategi politik yang mereka rencanakan bagi memerangkap Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Tapi saya optimis rakyat tidak lagi boleh diperdaya oleh Umno dan BN setelah melihat kejayaan kepimpinan Pakatan di Pulau Pinang,” ujar Ng.

Orang Sedaka Pun Marah - Kenapa Rintihan Rakyat Tak Didengari, Peniaga Buah-Buahan Melayu Ganggu Lalulintas di Jalan Yan, Guar Chempedak

Penulis Tamu - Madisyak,


Lokasi: Jalan raya dari Guar Chempedak ke Arah Yan, Kedah.

Parlimen: Jerai (YB Ustaz Firdaus Jaafar - PAS)

DUN: Guar Chempedak (YB Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail - BN)

1. Sampai bila keadaan ini hendak dibiarkan atau tidak sesiapa nampak? Sudah 4 tahun gerai ini dibiarkan beroperasi di atas jalanraya. Sudah 4 tahun gerai buah-buahan ini dibiarkan menutup ruang pejalan kaki dan juga lorong pertama jalanraya. Siapa yang peduli?

2. Kepada Wakil Rakyat Parlimen dan Undangan Negeri sudah dimaklumkan setahun yang lalu. Jasa baik mereka sudah diminta agar menyuarakannya dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang diadakan setiap bulan. Tetapi hasilnya sehingga sekarang (ketika perkara ini ditulis) gerai tersebut masih juga di situ.

3. Masalahnya sekarang, gerai-gerai tersebut mengganggu jalanraya dan menyebabkan lalu-lintas tergendala kadang-kadang sehingga 30 minit untuk melepasi jarak 100 meter sahaja. Hal ini diburukkan lagi bila ada kenderaan yang berhenti sesuka hati untuk berurusniaga dengan gerai-gerai tersebut. Ketika bulan Ramadan baru-baru ini, masa melepasi kawasan ini adalah hampir satu jam.

4. Soalan-soalan yang hendak diketahui jawapannya adalah:

4.1. Berapa banyak wang disogokkan oleh para peniaga tersebut kepada Majlis Daerah Yan atau para Penguatkuasa mereka sehingga tiada tindakan langsung kepada mereka selama 4 tahun ini?

4.2. Kebal sangatkah para peniaga seramai kira-kira 10 orang itu sehingga tiada siapa berani bertindak?

4.3. Adakah Majlis Tindakan Daerah tidak pernah berbincang langsung perkara ini atau wakil-wakil rakyat tidak pernah bersuara mengenai perkara ini?

4.4. Sampai bila perkara ini hendak dibiarkan?

5. Kami tidak minta banyak, ubahkan gerai tersebut ke dalam sedikit supaya tidak menutup ruang pejalan kaki dan jalanraya atau pindahkan mereka ke bangunan Pasar Tani yang baru di tempat kira-kira 50 meter sahaja dari situ.

Gambar2 Pengebumian Jenazah M Rajoli Selamat Disemadikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat












ALFATIHAH-Seorang insan yang selalu ceriakan hidup kita telah tiada. Pelakon terkenal, M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin, 65, meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.45 Jumaat malam.

Allahyarham yang tinggal di AU3 telah selamat dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.45 pagi tadi (18.9.2010)

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.

Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli – Siti Zaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah, dan Mohd. Ariff.

Beliu juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu bekas pembaca berita RTM Wan Chik Daud.



FDI Merosot Disebabkan 'Pembangkang' Tak Tahu Memerintah Malaysia??? - Datuk Mukhriz Bin Tun M

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.

"Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kaum dalam negara perlu sensitif dalam mengutarakan pandangan atau cadangan untuk kepentingan kaum mereka bagi mengelak daripada menyentuh kepentingan kaum-kaum lain.

"Teguran atau cadangan boleh diberikan tetapi ia perlu dibuat dengan keikhlasan. Kalau nak beri cadangan jangan sampai ia menjejaskan kaum-kaum lain kerana ia boleh menyebabkan masalah lain," katanya.

--Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.