Ya Allah Ya Rabbi.... Apa Akan terjadi Seterusnya Kepada MB Ku??? Moga2 Kemelut Ini Selesai Dengan Baik...

YUSOF HARUN 

 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak kini menempuh hari-hari penuh dramatik macam dalam filem James Bond 007 dengan tidak ketahui kerjaya politiknya berstatus “esok masih ada” atau “tiada esok bagi mu”.

Namun Azizan bukanlah ejen perisik M15 bergelar Double O-Seven, tapi seorang ulama yang cuba mencorakkan politik Kedah mengikut kaedahnya atau fahaman Islam berpandukan ilmu dipungut hasil pengajian di pelbagai universiti.


Pas tak mahu kalah dalam PRU 13 kerana kalah bermakna mereka hilang kuasa mentadbir Kedah. Kemenangan hanya boleh dicapai jika Pas Kedah seia dan sekata dengan DAP dan PKR serta perpaduan dalam Pas itu sendiri tidak menghala ke arah perpecahan.






Pada peringkat ini, Pas Kedah gagal bendung krisis dari melimpah ke kedai-kedai kopi mengakibatkan sarapan rakyat sejak kebelakangan ini dihidangkan dengan senario panas.
Pada mulanya mengikut cerita, dua Exco menolak kepimpinan Azizan selaku Menteri Besar kemudian dengar ada dua lagi mengikut yang dua itu kerana keempat-empat konon mahukan seorang Menteri Besar yang baru.

Walaupun DAP dan PKR cuba menyembunyikan tangan dalam hal ini, namun bagi mereka yang arif kedua-dua parti politik ini juga suka melihat Kedah mempunyai Menteri Besar lain. Azizan dilihat terlalu kemelayuan dan tak sesuai sebagai bos Pakatan Rakyat di Kedah.


Banyak lagi isu yang disebut sebagai faktor kepimpinan Azizan sudah tidak releven. Beberapa tahun lalu Azizan berkeras kekalkan syarat 50 peratus kuota rumah di Kedah harus dimiliki Melayu. DAP dan masyarakat Cina bantah, tapi Menteri Besar yang mendapat sokongan orang Melayu itu tak ambil peduli.


Kedah juga satu-satunya negeri “pembangkang” yang guna kereta Proton Perdana bagi jemaah Exconya berbanding Perak (masa PR berkuasa) menukar kepada Toyota Camry setelah mereka berkuasa. Terbaru, Azizan guna kuasanya selaku Menteri Besar bertindak terhadap enam pelajar Kuin yang berdemonstrasi terhadap Auku - lima digantung pengajian dan seorang dipaksa bayar denda. Kes ini mengheret Azizan berseteru dengan Aziz Bari dan Pakatan Rakyat di peringkat pusat yang perjuangkan pemansuhan Auku.


Azizan tak peduli pandangan PR atau Anwar Ibrahim, malah secara sinis menempelak Pas yang terbawa-bawa dengan buku jingga. Katanya buku jingga bukanlah al-Quran. Sehingga rencana ini ditulis, Pas Pusat secara unprecedented campur tangan dengan membawa Salehudin Ayub sebagai perantara, konon bagi mendamai puak-puak bertelagah. Maknanya krisis kali ini serius.


Campur tangan Pas Pusat beri isyarat bahawa Azizan kini tidak lagi boleh bermaharajalela menentukan siapa dia suka menjadi Exco atau siapa bakal dipecat. Pas mahukan status quo - maksudnya semua Exco terdahulu dikekalkan semula.


Justeru jika dilihat politik Kedah, jawatan Menteri Besar dan nasib malang yang membelenggu penyandangnya mengingatkan kita kepada kisah legenda Mahsuri. Kini di tengah-tengah gelombang dan pukulan arus laut dari Pulau Mutiara, Azizan seperti lemas dipukul bayu - mungkin tempias daripada sumpahan zaman silam.


Sesetengah pihak mengandaikan masa depannya semakin kabur sehingga ada merasakan bosnya Datuk Seri Haji Hadi Awang pun sukar memanipulasi agar kedudukannya khusus selaku Menteri Besar selepas PRU 13 selamat.


Kesan daripada kedudukan Azizan dan dari krisis itu sendiri menunjukkan bahawa ulama dalam Pas semakin dipinggirkan. Azizan dianggap seperti the last mohiccan mempertahankan kedudukan ulama daripada diranap oleh pengaruh Erdogan. Sebelum ini Pas Selangor juga berdepan krisis melibatkan Hasan Ali dengan Menteri Besar sehingga Pas terpaksa memecatnya dari parti itu kerana tidak sehaluan dengan dasar liberal PKR Selangor di bawah Khalid Ibrahim.


Dalam konteks ini, PKR dan DAP nampak orang macam Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak sebagai pemimpin liberal yang serasi dengan mereka. Dewan ulama yang dianggotai ulama-ulama hebat kadangkala lebih berani berdialog dalam media dari mengambil pendirian tegas. Kerana itu dan juga dipengaruhi faktor lain, ulama yang dilihat sebagai pewaris nabi sudah tidak lagi dihormati oleh sebahagian besar ahli-ahli Pas apatah lagi DAP dan PKR.


Kemenangan Erdogan dalam Pas sehingga Pas tergelincir dari wadah perjuangan asal adalah kerana kelemahan ulama itu sendiri. Mereka tidak berani berdepan parasit dalam parti.

Dilihat sejarah kebangkitan ulama dalam Pas sejak revolusi Islam Iran dalam tahun 1970-an bakal menjadi sebahagian daripada sejarah sedih.

Kalau ulama sendiri membenarkan Azizan dikorbankan maka apalah opsyen Azizan pada ketika dia hampir menjadi seorang lagi kambing korban percaturan politik daripada tangan ghaib?

Ramai pemimpin terkorban kerana mempertahankan prinsip sama seperti lebih ramai pula yang mengorbankan prinsip kerana mengejar cita-cita politik dan impian ke Putrajaya.

Azizan berjaya buktikan bahawa beliau bukanlah ulama berserban kerana songkok pun mampu memperlihatkan imej alimnya. Tetapi itu dulu sewaktu Azizan seorang ahli politik belum berjawatan. Cabaran sewaktu menjadi Menteri Besar rupa-rupanya lebih besar daripada cabaran yang mencabarnya sebagai ulama selama ini.


Nampaknya sumpah Mahsuri dan sumpahan kepada penyandang jawatan Menteri Besar Kedah bukanlah cerita yang dibuai oleh tok selampit, rupa-rupanya ramai sudah pun menjadi mangsa.

Jom Layan: Carta Terkini TopBlog PR 1 Mac 2012 - Carta DaunKari


Ranking kali ni, nampak gayanya merosot berbanding ranking lepas, merosot 10,678 mata kepada 94,427 mata walaupun ada 2 blog aku baru masukkan dalam ranking ni.

Aku pun taktau pasai apa menurun pulak kali ni padahal banyak isu-isu panas dalam 2 minggu ni.

Dua blog yang aku baru masukkan tu blog Laksamana Bkt Bintang dan blog Era Pacsa. Blog Era Pacsa tu sebelum ni aku letak nama Baginda Reformasi, dia dah tukar domain dot com.

Untuk ranking kali ni nampaknya blog  Milosuam jatuh ke tangga ke 6, mungkin pasai si Rejam dah tak berapa selalu update. Tah apa yang dia kalut sangat aku pun taktau. Kalau dia terus macam tu ada harapan la kut blog aku pintas  Milosuam. Hahaha...

Selain 2 blog tu, 4 blog lagi masuk semula ranking, Semut MalaysiaAduka TarunaSiyasahsyariah dan Kerajaan Rakyat manakala 6 blog yang terkeluar, Baginda ReformasiBatu vs kayuBicara Abu NawasKopi Tarik KawAl-Banjari Online dan Wfauzdin.

Blog  Kerajaan Rakyat  paling meningkat tapi cuma dengan 849 mata.


TopBlog PR
Pilihan Cenangau
Malaysia
1/03/11
Topblog
1/03/12
Malaysia
16/02/11
Topblog
16/02/12
Turun
Naik
AmenoWorld 228 1 204 1 0
Kelab Greenboc 318 2 321 4 2
Tukar Tiub 332 3 307 3 0
Anak Sungai Derhaka 419 4 445 6 2
Addin 426 5 427 5 0
Milosuam 447 6 295 2 -4
Cenangau 586 7 626 7 0
Mohd Sayuti Omar 793 8 821 8 0
Dunia Cacamerba 895 9 922 10 1
Warta Maya 1027 10 863 9 -1
Bloglist Malaysia 1035 11 1033 12 1
Kedahlanie.info 1057 12 1117 14 2
Salehudin 1113 13 1216 16 3
Biaqpila 1186 14 1295 17 3
Era Pacsa 1282 15 - - -
ek-eleh 1402 16 1506 19 3
Zakri Ali 1507 17 1598 22 5
PASPB 1523 18 1122 15 -3
Ibnu Hasyim 1525 19 1887 30 11
Pahang Daily 1543 20 2101 34 14
Mutaligat 1579 21 1792 26 5
Warta Subhi 1593 22 1532 21 -1
Penarikbeca 1718 23 1116 13 -10
Siasahkini 1746 24 939 11 -13
Kerengga 1894 25 1610 23 -2
Naimnikmat 1905 26 1517 20 -6
Ikutsukaaku ISA 1910 27 1819 28 1
Malaysia Times 1974 28 1799 27 -1
Manjongmari 1990 29 1820 29 0
Pencacai Semalaysia 2023 30 2331 38 8
Kerabu Bersuara 2084 31 2300 37 6
Sharpshooter 2087 32 2513 43 11
Nizar Coretanku 2129 33 1636 24 -9
Jalan Pulang 2202 34 2403 40 6
Mimpi Senja 2271 35 2098 33 -2
Sedaka Sejahtera 2307 36 2437 41 5
Semut Malaysia 2575 37 3386 51 14
Malaysiawaves 2613 38 2023 32 -6
Karat Hijau 2712 39 2590 44 5
Malaysiaberih 2861 40 2286 36 -4
Kedah-Online 3034 41 2221 35 -6
LensaHp 3179 42 2484 42 0
Really Tigaline 3226 43 1639 25 -18
Aduka Taruna 3286 44 3854 54 10
Laksamana Bkt Bintang 3304 45 - - -
Budak kampung Online 3306 46 2815 48 2
Kerajaan Rakyat 3511 47 4360 59 12
Bancuh 3530 48 2645 45 -3
Siyasahsyariah 3586 49 4312 56 7
Buletinonline 3648 50 2778 47 -3 
*Data pada 1 Mac 2012 9.00am.

Terkini!!! Kes Dr Badrol Amin Yang Didakwa Khalwat - Pihak Hotel Sedia Menyerahkan Rakaman CCTV

INILAH hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang.




KUANTAN - Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.

Isu NegeriKu Masih Ada Kemelut Lagi!!! Datuk Phahrolrazi Desak Datuk Amiruddin Letak Jawatan EXCO Kedah....


phahrolrazi nawawiALOR SETAR: Krisis politik di Kedah terus berlarutan apabila Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mengarahkan timbalanya, Datuk Amiruddin Hamzah agar meletak jawatan exco sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Phahrolrazi berkata, arahan berkenaan selaras dengan usul yang diluluskan PAS kawasan itu pada 17 Februari lalu bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Kuala Kedah iaitu Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Jerangau) tidak perlu menerima jawatan exco sebagai sokongan untuk beliau.

Menurut Phahrolrazi, usul itu telah diluluskan pada mesyuarat yang dihadiri oleh Mohd Nasir dalam kapasiti beliau sebagai naib yang dipertua kawasan.

Seramai 22 ahli jawatankuasa menghadiri mesyuarat itu, termasuk wakil-wakil daripada sayap pemuda dan muslimat.

Bagaimanapun Amiruddin tidak hadir.

Jelas Phahrolrazi, keputusan berkenaan sudahpun disampaikan kepada Amiruddin menerusi surat.

Namun katanya surat kedua akan dihantar kepada Amiruddin tidak lama lagi, bagi menuntut penjelasan dalam tempoh 14 hari kerana mengabaikan arahan tersebut.

"Jika Amiruddin mahu menyokong saya, beliau patut berhenti (sebagai ahli exco). Jika dia mahu terus kekal sebagai ahli exco, dia akan terasing dalam kawasan ini," kata Phahrolrazi.

Dalam pada itu Amiruddin berkata beliau sudahpun menjelaskan kepada PAS kawasan selepas mesyuarat pada 17 Februari lalu mengenai tindakannya menerima pelantikan exco.

"Tapi oleh kerana mereka mahu saya menjelaskan lagi, saya akan berbuat demikian apabila saya menerima surat (kedua)," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.