Datuk Mohamad Satim Diman Dilantik Ketua Pembangkang Di DUN Selangor


SHAH ALAM 8 JAN : Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yakin pelantikan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Mohamad Satim Diman hanya memenuhi jawatan dan tidak akan menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau melihat usaha kerajaan Umno-BN untuk menawan kembali negeri Selangor tidak akan berjaya, apabila rakyat kini dilihat sudah semakin bijak menilai kebobrokan kerajaan Umno-BN dengan bersandarkan fakta dan asas yang kukuh.

Khairul Anuar ketika dihubungi TvSelangor berkata, rakyat di negeri ini sudah menentukan pilihan pada pilihanraya umum 2008, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu mentadbir negeri ini dengan telus dan bertanggungjawab.

"Saya rasa bila rakyat Selangor membuat keputusan pada 2008 memangkah selain daripada BN, kerana rakyat tidak sanggup lagi atau tidak tahan lagi dengan penipuan atau penyelewengan Umno-BN," katanya.

Khairul turut menyentuh keupayaan pentadbiran kerajaan negeri kini sudah terbukti dengan pelbagai pembaharuan dan pulangan yang menguntungkan rakyat biarpun Pakatan Rakyat baru memimpin Selangor selama hampir 3 tahun.

"Kenyataan ketua pembangkang yang baru ini saya rasa dia masih lagi tidak keluar daripada karekter pemimpin Umno yang selesa duduk dalam kuasa yang tak tahu bahawa mereka banyak melakukan kesilapan pada rakyat. Ketua pembangkang kononnya mahu kembalikan kepercayaan rakyat walhal mereka yang mencatatkan rekod buruk dan dinilai oleh rakyat sebab itu rakyat buat hukuman pada mereka pada pilihanraya lalu," katanya lagi.

Sebelum ini, Mohamad Satim berkata pihaknya mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan negeri kerana dakwanya rakyat menjadi mangsa janji-janji manis yang tidak ditunaikan.

Terdahulu jawatan Ketua Pembangkang Selangor disandang Datuk Seri Khir Toyo tetapi beliau meletak jawatan awal Disember lalu.

Pelantikan Satim juga bagi yang menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.

Terlalu Biadap : Novel Interlok Dan Gambar Saterawan Negara Di Bakar

KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 orang penduduk berketurunan India berdemonstrasi dan membakar novel Interlok di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini petang ini.

Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.

Kumpulan itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran sastera tingkatan lima di sekolah.

Utusan

Isu Perletakan Jawatan Misbun, Majoriti Exco BAM Mahu Nadzmi Bertegas

pix_gal0
Kebanyakan exco sudah hilang sabar dengan kerenah Misbun, mahu Nadzmi bertegas

MAJORITI exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek.

Kata mereka, Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur.
Sehubungan itu, BAM harus menerima dengan hati terbuka permintaan jurulatih itu termasuk kemahuan pemain perseorangan utama dan nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang mahu mengikut jejak langkahnya keluar daripada naungan BAM.

Exco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah yang juga pengurus skuad Piala Thomas/Uber 2010 lalu berkata, dia bersetuju sekiranya BAM menerima peletakan Misbun kerana yakin ia tidak menjejaskan kewibawaan dan sistem kejurulatihan dan latihan dalam badan induk itu.

“Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini.


“Kita akan membincangkan isu Misbun ini pada mesyuarat exco Rabu ini dan kita membuat keputusan akan menerima peletakan jawatannya,” katanya lagi.


Pendirian tegas exco BAM itu harus memberi isyarat jelas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu apabila dijadualkan mengadakan pertemuan enam mata dengan Mohd Nadzmi dan Misbun, esok.

Misbun melakukan kejutan menjelang Tahun Baru apabila menghantar surat meletak jawatan menerusi emel tanpa menyatakan sebarang alasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.