KUALA LUMPUR: Wartawan hiburan veteran dan penulis lirik Juwie meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 malam Jumaat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.
Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil.