Gambar Panas Giler!!! Jangan Tengok Kalau Tak Suka, Adakah Gambar Ini Bakal Mengancam Ketenteraman Negara???


Inilah yang baru di katakan fanatik.. kuning dari atas sampai bawah. Sampai ke selipar kuning. Hoho


SUMBER

Tahniah!!! Datuk Phahrolrazi, Datuk Dr Ismail Telah Selamat Angkat Sumpah Pelantikan Semula Sebagai Exco


ALOR SETAR: Dua lagi anggota exco kerajaan negeri pada Khamis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.
Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.
Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Panas!!! Kontroversi Sensasi: Akhirnya Dira Abu Zahar Memohon Maaf....



KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Awal minggu ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa individu yang diheret serta didakwa adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira iaitu pengacara sebuah rancangan hiburan sensasi.

Namun dakwaan tersebut belum disahkan mana-mana pihak termasuk mangsa yang dipijak mahupun pihak berkuasa.

Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.
Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.

Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.

Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.

Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini.

SUMBER|Murai

Hangat!!! Wahai Para Lelaki: Kesilapan Ini Menambah Lagi Luka Orang Yang Disayangi.. Ketahuilah!!!


5 Kesilapan Lelaki Ketika Memujuk Wanita Yang Menangis|Sememangnya kaum wanita cenderung lebih emosional dalam menghadapi masalah berbanding dengan kaum lelaki hinggakan mereka amat mudah menitiskan airmata.Kadangkala wanita menangis kerana masalah kecil atau tersedu-sedu akibat sesuatu yang membuat dirinya rasa tertekan. Kebanyak lelaki sering melakukan kesilapan ketika berusaha menenangkan dan cuba memujuk wanita yang sedang sedih malahan kadangkala membuat wanita semakin marah dan tangisan lebih menjadi-jadi...

Sebagai sedikit panduan,bila-bila masa anda cuba memujuk wanita yang menangis,elakkan dari mengatakan enam hal yang berikut kepadanya..

1."Cukuplah Tu, Lupakan Saja"
Kata-kata seperti ini adalah perkataan paling
kejam yang tidak seharusnya dilontarkan pada
wanita saat dia sedang
menangis. Wanita tidak perlu
diberitahu bila masanya dia harus
melupakan kesedihannya. Setiap
orang mengatasi kesedihan dan
rasa dukanya dengan cara yang
berbeza.Ada yang mampu dengan
cepat melupakan masalah, tapi
ada juga yang hanya dapat
melupakannya setelah
berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Lambat
ataupun cepat, rasa sedih itu
pun akan beransur-ansur
hilang. Mengeluarkan kata-kata sebegini
hanya akan membuatnya kesal
dan tentunya akan lebih sukar rasa
sedihnya itu hilang.

2."Masalahnya Tak Seteruk
Mana Pun..Takkanlah Sampai Menangis.."
Bila-bila pun wanita menangis pastinya disebabkan ada sesuatu yang
sangat teruk yang menimpanya
saat itu.Walaupun mungkin
masalah tersebut terlihat remeh
di mata lelaki atau orang lain, kiranya
wanita sampai menangis pastilah
kerana ada hal atau kejadian yang tidak
menyenangkan. Dengan mengatakan
yang masalahnya tidak terlalu
teruk akan terkesan seperti
meremehkan, padahal mungkin
itu adalah hal yang sangat
penting baginya.

3."Dahlah Tu..Aku Faham
Perasaanmu"
Hakikatnya,tidak ada siapa yang
benar-benar tahu apa yang
dirasakan oleh seseorang wanita saat dia
menangis.Kata-kata sebegini
memang boleh menunjukkan rasa
simpati,tetapi ianya sebenarnya akan terkesan
'palsu' pada wanita apatah lagi jika ia diucapkan
oleh lelaki yang telah menyakiti
hatinya.Memberikan sentuhan lembut pada bahu atau
merangkulnya lebih berkesan
untuk membuat perasaan wanita lebih
tenang dan baik.

4."Oic! Period Ya?"
Perasaan wanita sememangnya jadi lebih
sensitif dan sentimental ketika
period,tetapi bukanlah bererti
wanita dapat menerima jika
dikatakan seperti itu saat sedang
menangis.Kata-kata ini walau mungkin diucapkan dalam nada dan cara gurauan,tetapi ianya akan terkesan seolah anda merendahkan gendernya
sebagai seorang wanita.Tentu dia akan
merasa tangisannya hanya dianggap
remeh dan tidak bererti apa-apa.

5."Apa Menangis Ni..Tolonglah,Janganlah..Tak Elok.."
Melarang wanita menangis saat
dia sedang bersedih
bukanlah satu idea yang baik.Cara paling
tepat adalah menghadapi situasi tersebut dengan tenang dan membiarkan dia
meluahkan perasaan sedihnya.
Menyuruhnya agar berhenti menangis
sama seperti anda menganggap dirinya amat tidak stabil
dan tangisannya itu benar-benar
mengganggu. Malah menyuruhnya
berhenti menangis juga akan
membuatnya merasakan anda tidak peduli akan kesedihan yang dialaminya lantas akan membuatnya semakin berlinang
air mata.Cara terbaik
menghadapi wanita menangis
adalah dengan membiarkannya hingga
berhenti dan mendengar
apa yang dikatakannya selepas itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.