ALOR SETAR: Dua lagi anggota exco kerajaan negeri pada Khamis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.
Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.
Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
0 comments:
Post a Comment