Dr Hasan Ali Seorang Yang Disifatkan 'TIDAK CERDIK' Oleh TG Nik Aziz... Sahkan Tidak Akan Merayu Di Atas Pemecatan

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Dr Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Dr Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Dr Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.

'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah'

Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.

"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai.

"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu.

"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "

Sementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".

"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.

"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.

Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.

Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.

Hasan bayangkan tak merayu
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan.

Dr Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur.

Halal Jakim Bukan Setakat Untuk Tentukan Makanan Sahaja, Perlu Luaskan Untuk Pemakaian Artis Melayu Islam di Negara Ini... Jom Tengok Betapa Seksinya Gaun Rozita Che Wan Nie...

Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-
Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.
Tambah Cik Ta, bukan dia seorang berpakaian begitu malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua yang hadir berpakaian mengikut tema yang sama.
Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.
Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah definisi pakaian sopan bagi Rozita bermaksud “baju kurung’. Rasanya banyak baju kasual lain yang sopan dan bersesuaian dengan usia beliau, misalnya berseluar panjang atau berskirt labuh sedikit. Dia berkata lanjut:-
Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.
Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.
Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.
Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.
Buat pengetahuan anda, Cik Ta juga pernah dikritik sebelum ini kerana memakai skirt pendek sewaktu menonton persembahan Akademi Fantasia ke-8 (AF8).
‘Cuma ikut tema’

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.

Ramalan Pilihanraya : PM Haji Najib Makin Keliru Untuk Tentukan Taikh Pilihanraya Umum Ke 13?



Takut jadi PM terakhir dari Umno !

Ramai yang dok sibuk buat ramalan yang Najib akan panggil PRU-13 pada bulan March 2012 ini. Tapi aku rasa susah sikit nak ambil percaya ramalan ini atas beberapa faktor di bawah:

  1. Raya Cina nak mai hujung bulan Januari ni. Baru sangat habis cuti sekolah dah mai pulak cuti raya cina. Aku rasa keadaan kelam kambut macam tu BN tak sempat buat persediaan. Maklumlah BN kan harap 90% jentara pilihanraya dia daripada pegawai-pegawai kerajaan, puak-puak ni makan gaji mana depa nak kerja masa cuti...depalah yang tak sempat buat persiapan.
  2. Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umum nak bubuh calon winnable. Depa nak pastikan semua calon depa boleh menang. Maknanya ramai deng-geng veteran kena lepas kerusi depa bagi kat geng yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong depa. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti puak-puak veteren ni tak mau lepas kerusi depa, mampuihpun takpa janji jangan senang-senang nak terajang depa. Yang jadi dilemannya adalah Najib. Macam mana nak selesai benda ni dalam masa terdekat. 
  3. Najib juga nak terajang keluar sebahagian daripada pemegang kerusi menteri besar yang dok ada sekarng ni atas nama transformasi. Tapi akar umbi terutamanya penyokong MB yang ada mana mau kasi lepas. Nak pujuk puak-puak ni makan masa, mana nak sempat buat sebelum Mac.
  4. Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March.
  5. Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau depa tak ambil pot dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya boleh kat PR.
  6. Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat. Mereka sekarang ni aku rasa dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai puak-puak bermasalah telah kena tendang atau lari keluaq parti. Last sekali Hasan Ali kena terajang baru-baru ini. Tak ada apa yang boleh halang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan lagi BN.
  7. Najib baik sikit saja daripada Pak Lah, tapi dalam masa yang sama dia memang jenis yang terlalu berhati-hati mungkin lebih teruk daripada Pak Lah, maklumlah dia tertekan takut jadi PM yang terakhir daripada Umno. Dalam keadaan macam tu tobat dia tak berani buat keputusan bubar Parlimen dan adakan PRU-13 Mac ni.
Rancangan Umno terakhir dalam keadaan terdesak adalah dengan membuat rayuan terhadap kes tutuh pungkoq Anwar Ibrahim. Depa kena pastikan Anwar terbelenggu dengan kes macam tu supaya dia tak boleh fokus PRU kalau Najib terpaksa juga membubarkan parlimen. Tinggal itu saja peluang depa nak cuba menang jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.