Panas!!! Inilah Gambar Bayi Lelaki Harith Iskandar dan Jezamine

HARITH ISKANDAR DAN JEZAMINE LIM DAPAT ANAK LELAKI

Inilah gambar anak Harith Iskandar dan Jezamine, Zander Xayne Iskander.

Zander Xayne Iskander Anak Harith Iskandar dan Jezamine Lim

Anak Lelaki Yang Diberi Nama Zander Xayne Iskander 

Pendedahan!! Mana2 Pasangan Yang Mahukan Bayi Mereka Dilahirkan Pada 12.12.12, Sila Baca Artikel Nie... Tempoh Masa Makin Luput!!


PETALING JAYA: Bagi pasangan yang merancangkan untuk mempunyai bayi pada 12.12.12 (12 Disember 2012), mereka hanya mempunyai seminggu lagi untuk hamil dan meningkat peluang mereka, berikutan tarikh gandaan terakhir untuk abad ini hanya kira-kira sembilan bulan sahaja lagi.

Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya, Prof Dr Jamiyah Hassan berkata, perkara itu mungkin agak mustahil untuk merancang kelahiran semulajadi pada tarikh tersebut, tetapi wanita yang hamil antara 5 dan 19 Mac akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk melahirkan bayi mereka dalam minggu berkenaan.

Bagaimanapun, pengiraan ini adalah jangkaan kepada wanita yang mempunyai kitaran haid tetap 28 hari dan hari  pertama bagi tempoh terakhir haid adalah Mac.

Bakal ibu mengandung itu juga dijangka akan melahirkan bayinya pada 12 Disember ini.

“Tempoh mengandung adalah kira-kira 40 minggu tetapi wanita hamil lebih daripada 90 peratus akan mempunyai tempoh antara 37 dan 40 minggu, dengan purata satu iaitu 38 minggu,” kata Prof Jamiyah, sambil menambah bahawa pengiraan hanya boleh memberi anggaran ke seorang ibu mengandung bagi tarikhnya untuk melahirkan bayi.

Walaupun pasangan memilih kaedah pembedahan Caesarean, doktor akan memastikan tempoh kehamilan perlu mencapai sekurang-kurangnya 38 minggu menjelang 12 Disember, ini bermakna wanita itu perlu hamil pada pertengahan Mac.

“Melahirkan bayi lebih awal akan meningkatkan risiko pra-matang,” kata Prof Jamiyah yang menambah terdapat risiko pembedahan dan implikasi jangka panjang bagi pembedahan Caesarean.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar yang menyambut bayi cukup matang menerusi pembedahan Caesarean pada November tahun lalu (11.11.11) berkata, idea untuk mendapatkan tarikh bertuah itu berdasarkan kepercayaan budaya dan agama.

Bagaimanapun, beliau percaya, setiap hari adalah hari yang baik untuk menyambut bayi bergantung pada ibu bapa bayi itu untuk menerimanya.

“Jika ibu bapa berfikir bahawa bayi mereka ‘disumpah’ hanya kerana dilahirkan pada tarikh tertentu, maka bayi itu telah ditakdirkan.

“Tetapi jika mereka melihat ia sebagai satu rahmat, maka bayi merupakan satu permulaan yang baik,” kata Dr Nor Ashikin.
 

Kedua-dua doktor itu bagaimanapun masih belum mendapat permintaan daripada mana-mana wanita untuk bersalin pada 12 Disember, tetapi mereka akan memastikan tidak menimbulkan sebarang risiko kepada mereka yang mengandung hanya untuk mencapai tarikh ‘bertuah’ itu yang mungkin sukar itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.