Inilah 9 Petua Doa2 Mustajab !



BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.
  
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: 

“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 

Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” 

Dan Yang Pasti Jangan Berhenti Berdoa ! :)

sumber|cerciterpanas.blogspot

PANAS!!! Inilah Kenyataan Menteri Berhubung Skandal Pemberian Wang RM1.5 Juta Kepada Artis Wanita Jelita.. Jom Terjah!!!

Shafie Afdal Nafi Dakwaan Pemandu Zahida

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.
Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
sumber|Mynewshub

[Gambar Panas] Akhirnya Penyampai Radio & Pengacara TV Popular Mengesahkan Foto Dipeluk Gadis Seksi Di Kelab Malam... Jom Terjah Pengakuannya!!!

Ikhwan. Foto: Facebook Ikhwan
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet.
Ikhwan berkata, foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini.
"Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat.
"Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar," katanya yang dihubungi mStar Online, disini, Ahad.
Foto Ikhwan dipeluk seorang wanita seksi tersebar di internet.
Tambah Ikhwan, hal itu tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana ia bukanlah perlakuan tidak senonoh.
Pada minggu lalu, sekeping foto yang menunjukkan Ikhwan dipeluk seorang wanita seksi terah tersebar di internet sehinggakan ia memberi pelbagai reaksi negatif di kalangan peminat-peminatnya.
Dalam pada itu, Ikhwan turut memberi amaran kepada penyebar foto berkenaan supaya tidak membuat spekulasi tidak benar terhadap foto itu.
"Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial.
"Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri," tegasnya.
Ikhwan yang juga pengacara rancangan Galaksi di TV9 juga berkata isu tersebut merupakan kontroversi pertama yang pernah berlaku kepadanya sepanjang bergelar selebriti selama enam tahun.
"Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya.
Sementara itu, Ikhwan sedang berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan mencul menggunakan nama Nawhkhi.
Menurutnya yang menggemari muzik hip hop itu, dia akan muncul dengan sebuah single lagu baru berduet dengan penyanyi berkumpulan Singapura, Dinda menerusi lagu Sudah-Sudah.
"Saya merupakan seorang penggemar muzik dan sekarang ini saya akan mula menjinakkan diri dalam penghasilan lagu untuk diri saya dan penyanyi-penyanyi lain yang ingin menggunakan khidmat saya," tuturnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.