Ada Video : Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun Berkhalwat Dengan Seorang Lelaki Di Sebuah Rumah Di Taman Tengku Sarina, Jitra Ditahan Jam 1.20 Pagi

Yusmawati Yaacob

videonya di sini

[TV3] Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

Barisan Peneraju Kepimpinan PAS Negeri Kedah.. Pembaharuan Telah Dibuat Oleh MB Yang Disayangi...

Assalamualaikum...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFMVRZQxRUJ-sppY7RWXAvcxaEvPmlewZJr2gFl4fTZ6DAyjJDq0CGp6bi8yiLbB_vepTIUuHp-af1u7ZWRaYUf4txY5jdv3qY-76CrzFizi0TnAkxfle87Xsjo8hjcyc43P1I3g62LjU/s1600/hajiAzizan-benderaKedahPAS.jpg

TAHNIAH Ust. Azizan kerana telah melantik saff pimpinan yang baru untuk PAS NEGERI KEDAH... dah tahniah kepada Ust. sekali lagi diatas terus diberi amanah untuk menerajui PAS NEGERI KEDAH.

Saya pada posisi jawatan yang dilantik tu so far tak ada komen apanya boleh dikatakan saya setuju sahaja namun ada satu sahaja di sini yang mana saya rasakan saya perlu beri teguran iaitu di BAHAGIAN KETUA PENERANGAN iaitu dimana Ustaz telah melantik SETPOL Ust. sendiri iaitu Sdr Sanusi Mohd Noor diberi amanah untuk bab penerangan nie.

So far untuk pengetahuan Ust. yang mana SETPOL ini telah menjadi sasaran saya untuk menegur akan pergerakan beliau sebelum ini dimana saya boleh bagi 4/10 sahaja apa yang beliau lakukan sebelum ini w/pon pada hakikatnya saya ingin bersangka baik akan setiap gerak kerja beliau dalam jemaah. Saya bukannya apa dari pemerhatian saya dan para blogger semacam ada satu yg tidak kena dengan PENERANGAN NEGERI KEDAH dan PENERANGAN PAS NEGERI KEDAH.. 2 unit nie kena bergerak seiring dengan PANTAS untuk menangkis serta mamatahkan seranga2an musuh kepada negeri dan parti sendiri.. namun di lihat semacam ada benda tersekat dan terlekat akan pergerakan mereka.

Pada saya selepas ini diharap SETPOL kita berubah cara kerja beliau dimana selepas memegang tampok KUASA PENERANGAN PAS KEDAH maka peranan beliau kena lagi cepat dan pantas tetapi jika masik dok buat kelaku lama al-nampak gayanya makan kuah laa kita dengan apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan kita...

Pada saya akan ketua penerangan ini lebih sesuai di pegang oleh manusia seperti Zulkifli Yahaya.. ini kerana beliau boleh dikatakan sentiasa up to date akan isu2 semasa untuk menangkis akan serangan lawan dan setiap artikal yg beliau keluarkan merupakan libasan maut yg mana tak mampu dijawab lagi...jadi manusia yg seperti ini yg layak dok di penerangan kerana kerja penerangan jika sekadar memenohi kerusi empok tersebut ianya tak ada gunannya seperti mana yg sebelum ini...ada macam tak ada.....

Pada hakikatnya saya bukan nak mengajaq cara bekerja nie tetapi nak beritahu apa yg sepatutnya yg dah kami lihat dan nampak dari bawah nie..antara benda yang pertama beliau kena lakukan adalah kumpulkan blogger-blogger yang friendly dengan kerajaan negeri seperti kedahlanie, anaksedaka (sedakasejahtera), kedahla dan sewaktu dengannya dan juga rakan-rakan fb dimana golongan-golongan ini yang merupakan medium perantara penyampai dan penangkis serangan2 terhadap kerajaan negeri... mereka ini akan berhujah dan berdebat dengan pihak2 lawan untuk menyampaikan akan pergerakan negeri Kedah.... sudah nak masuk 4tahun sekali abok pun MB Kedah tak berjumpa dengan golongan-golongan ini yang berjumpa sekali tu pun macam malu-malu dan bodoh sombong jaa....sedangkan pada saya mereka inilah sebahagian drp medium penyampai utama dinegeri kedah terutama Kedahlanie yg mana menjadi rujukan dan ikutan rakyat negeri Kedah sehingga lanie...

Sebelum ini pun dah banyak kali saya tegur dan tegur akan Unit Penerangan nie...negeri pon sama parti pon sama....cuba lihat laman web PAS Kedah dan cuba lihat fb Azizan Abdul Razak... haram tak berupdate... cuba lihat fb SETPOL...tak ada informasi ILMIAH langsung...hangpa tengok sendiri laa..malas saya nak kata lagi dah berbuih dah dok tegoqnya....mai pemilihan tempohari dia bergerak laa sat...tapi sejak dua menjak nie nampaknya dia dah mandom semula... entah laaa....

Jadi saya harap selepas dilantik menjadi KETUA PENERANGAN ini..maka jadilah sebagai KETUA PENERANGAN yg sebaik-baiknya...tapi kalau masih nak mandom jugak macam yang lepas almaklumnya Kedah nie hangpa serah balik laa kat UMNO..itu jalah yang saya boleh katakan...... Selamat Bekerja dan bertugas....

Jawatan

Pesuruhjaya - Dato'Seri. Us. Haji Azizan bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya (I) - Dato'. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya (II) - Dr. Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya (III) - Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik )

Bendahari - Dato'. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah

Setiausaha - Us. Musoddak bin Haji Ahmad

Penolong Setiausaha (I) - Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK )
Penolong Setiausaha (II) - Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang
Penolong Setiasuah (III) - Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Pengarah Pilihanraya - Haji Muhamad Yusof bin Husin
Ketua Dewan Ulamak - Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda - Us. Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat - Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali
Ketua Penerangan - Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol )

Ahli Badan Perhubungan yang dilantik
Us. Haji Abu Kasim bin Abdullah
Sheikh Ismail bin Kamis
Haji Che Had bin Dhali
Rosli bin Darus
Haji Md Akhir bin Thalib
Fadzil bin Baharom
Dr. Rohani binti Abd Mutalib

http://AnakKedah007.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.