Terkini!! Spekulasi Kedudukan DUN Terengganu: Belum Ada Tanda2 DUN Akan Dibubar Hingga Kini, Jom Terjah!!!

TERKINISetakat pukul 1 petang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu belum dibubarkan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua DUN berkenaan, Mohd Zubir Embong yang menafikan khabar angin yang disebarkan di laman sosial.
Sehingga kini, prosedur utama adalah menteri besar perlu menghadap dan mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bagaimanapun, perkara itu belum berlaku.

Bongkar!!! Siapa ‘KING MAKER’ Politik Terengganu? Jom Terjah!!!

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
DUA hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Saya fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah ‘rakyat’ yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?

Pensyarah Sains Politik UKM,
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Krisis DUN Terengganu: Apakah Sejarah 'KRISIS' Perak Bakal Berulang di Terengganu? Jom Terjah!!!

PAS akan usul undi tidak percaya, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengikut kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika krisis politik di Perak lima tahun dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata PAS akan menggunakan kaedah yang betul dengan cara usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Kalut!!! Apa Dah Jadi Dengan DUN Terengganu? 2 Wakil Rakyat UMNO Umum Keluar Parti, Ini Buktinya, Jom Terjah!!!

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Fuhhh!!!! Biodata YAB Menteri Besar Terengganu Yang Baharu Dilantik.. Jom Terjah!!!




KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. 

Beliau mengangkat sumpah dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 9.25 malam Isnin.


Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara rasmi mengakui peletakkan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.