KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Beliau mengangkat sumpah dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 9.25 malam Isnin.
Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara rasmi mengakui peletakkan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
"Tidak ada perubahan drastik terhadap pentandbiran kerajaan negeri atau barisan exco atau portfolio mereka. Kami akan meneruskan kerja yang ditinggalkan menteri besar sebelum ini.
"Semua daripada kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam mentadbir Terengganu dan akan berkhidmat untuk rakyat," kata Ahmad Razif pada majlis angkat sumpah tersebut.
Turut hadir semua exco kerajaan negeri.
Ahmad Said bagaimanapun tidak hadir pada majlis angkat sumpah.
Beberapa exco turut memberi sokongan terhadap pelantikan Ahmad Razif.
"Walaupun ada antara exco yang terkejut namun apa jua perubahan yang berlaku dan kami akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar.
"Tengku Adnan telah memberi penerangan mengapa perubahan itu harus dibuat dan kami menerimanya," katanya Exco Kerajaan Negeri, Tengku Putera Tengku Awang.
Latar Belakang Abd Razif

Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.
Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.
Ketika ditemui pemberita, Razif berkata beliau bersyukur kerana majlis peralihan kuasa kerajaan negeri berjalan dengan lancar.
Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan perancangan yang dibuat Ahmad.
Razif, yang mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Halina Zakaria, dikurniakan empat cahaya mata.

Sementara itu, Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.
Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970),
Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said daei Umno (2008-2014).
"Segala perancangan program untuk kebaikan rakyat, kita akan teruskan. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang banyak mengajar saya.
"Banyak pengalaman bersama beliau yang boleh saya guna untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya.
Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus pernah menjadi Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Kuala Nerus dari 2008 hingga 2013.
Beliau menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selepas memenangi pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.

0 comments:
Post a Comment