TERKINI: Keputusan Parlimen Malaysia - PR 55 Kerusi Mendahului BN 38 Kerusi.. Jom Terjah!!!



PR - 55
BN - 38

Kemaskini!! LIVE Keputusan PRU13 - PR Dahului BN Di Banyak Tempat.. Jom Terjah!!!


Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi.

Kini proses pengiraan sedang berlangsung.

Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi.

LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber


10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.

Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm: 
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

10.17 pm Keputusan tidak rasmi, N26 Bangi kekal milik PAS -Ust Shafie Ngah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.