Dermawan Cina Terkenal Bergelar Datuk Turut Dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)... Menghairankan!!!

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.

Pendedahan Hangit!!! Penyanyi Wanita Popular Ini Rupa2nya Main Cucuk2 Wajahnya Demi Kejelitaan... Apa Hukumnya???

Penyanyi pujaan ramai, Ziana Zain membuat pengakuan yang dia mencucuk wajahnya untuk kekal cantik. Namun anda tak perlu risau kerana suntikan tersebut bukanlah suntikan botox, sebaliknya hanyalah kolagen. Patutlah kak Ziana Zain sentiasa nampak marvelous gitu.

Ziana Zain yang sudah berusia 45 tahun mengambil kolagen untuk mengekalkan kecantikannya. Kata Ziana:-
Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai.
Kira oklah kak Ziana Zain mengaku ambil kolagen daripada sesetengah artis yang memang nampak sangat ambil botox tapi cakap guna air sembahyang je untuk kekalkan kecantikan. Tak gitu? Info kredit portal Murai.

Hangat!!! Janda Anak Lima Menjadi Pilihan Datuk Malek Nor, Bekas Juara Bina Badan Asia Akan Dilangsungkan Pada 12 Mac Depan. Tahniah!!!

Datuk Abdul Malek Noor

PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu. .....
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.
Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.
Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.
“Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan “sayang” sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri,” katanya.
Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.
Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.
Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.
Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.
“Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali,” katanya.
Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).
Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.

RM10 Juta Bakal Dituntut Kes Saman Blogger Mesra UMNO, Papagomo Oleh Datuk Husam Musa...




KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.
Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. -HD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.