Inilah Wajah Pembantu Peribadi TKSU KBS, Datuk Salim Parlan Yang Ditangkap Khalwat, Bebas Dengan Jaminan RM2,000 Seorang

TIMBALAN Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, (kanan) dan pasangannya Nur Diayana Norslan, 29, (tengah) keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut dekat Pulau Pinang, hari ini selepas membayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang. Salim dan Nur Diayana mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

PULAU PINANG 19 April – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi di sini Sabtu lalu.

Salim, 51, memakai kemeja biru dan berseluar hitam sementara Nur Diayana, 30, berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya kira-kira pukul 10 pagi.

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang sambil memandang antara satu sama lain serta berkata “tidak mengaku bersalah” ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka berdua berhubungan tuduhan yang didakwa.

Sebelum itu, Salim hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan ditemani isterinya manakala Nur Diayana kira-kira 1 jam selepas itu dengan menaiki Honda CRV kelabu.

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada hanya RM1,000 sahaja.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Beliau membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini bagi mengelak mereka menghilangkan diri semasa perbicaraan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.

“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini. - Utusan

Lihat Sendiri Video Ini : Laporan Kosmo & Utusan Malaysia Dengan Kenyataan MB Kedah Berkaitan Cukai Tanah & Masalah Air Di UUM.. Siapa Betul?





ALOR SETAR, 19 April - Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengambil alih Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pentadbirannya sekarang sudah tidak mampu mengurus kewangan universiti.

Cabaran itu dibuat oleh beliau ekoran dakwaan UUM tidak mampu membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada wartawan selepas Majlis Perhimpunan Bulanan warga Wisma Darul Aman.

Menurut Menteri Besar, kenaikan cukai tanah UUM sebenarnya tidak berlaku. Apa yang terjadi ialah penarikan balik rebat cukai tanah selama dua tahun yang diberikan Kerajaan Negeri kepada UUM.

Katanya, jumlah perlu dibayar UUM sebanyak RM1.2 juta adalah mengikut perjanjian asal tanpa sebarang kenaikan. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri meluluskan permohonan rebat oleh mereka.

Tambahnya, tempoh rebat cukai tanah bagi 2006 hingga 2008 itu sudah tamat jadi mereka kenalah bayar penuh.

“Kerajaan Negeri sama sekali tidak bercadang untuk menaikkan mana-mana cukai tanah memandangkan cukai tanah baru sahaja diturunkan pada tahun 2008.

“Sepatutnya dia kena bayar RM1.2 juta, jika UUM menghadapi masalah kewangan mereka boleh mohon dikurangkan (rebat),” ujarnya.

*******************************************************************************
Laporan KOSMO

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

“Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

“Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu” katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

#########################################################

Cukai tanah UUM 10 kali ganda



Mohamed Khaled Nordin (tengah) berbincang sesuatu dengan beberapa Ahli Parlimen pada Majlis Pelancaran Program Khas Pascasiswazah Untuk Ahli Parlimen di Hotel Marriott, Putrajaya, semalam. – Utusan/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 18 April – Tindakan kerajaan negeri Pas Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri amat dikesali kerana universiti itu kini terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan sikap kerajaan negeri yang tidak serius dalam menjayakan sektor pengajian tinggi negara bagi memenuhi keperluan melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.

“Kita harap kerajaan negeri Kedah tidak mengenakan cukai terlampau tinggi kerana wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan.

“Kerajaan negeri sebaliknya cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi sedangkan mereka sepatutnya faham bahawa UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan.

“Di Selangor, kerajaan negeri tolak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan di Kedah isu bekalan air dan cukai tanah pula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pascasiswazah untuk ahli Parlimen, di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Mohamed Khaled menambah, kerajaan negeri Kedah hanya tahu mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat menaikkan harga gula dalam ceramah politiknya sedangkan mereka sendiri menaikkan cukai tanah pada kadar cukup tinggi.

Sementara itu, Dr. Mohamed Mustafa berkata, beliau telah menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak awal tahun ini untuk berbincang mengenai isu air dan merayu agar kadar cukai tanah dikurangkan.

Inilah Wajah Bakal Tunang Kepada Pelakon Ashraf Muslim a.k.a Ustaz Amirul

Ashraf Muslim Bertunang

Ashraf Muslim bersama tunangnya?

Ashraf Muslim yang selama ini berahsia dengan status nya, akhirnya memberitahu bahawa beliau akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya pada 23 April ini. Walau bagaimanapun Ashraf belum menyatakan siapa kah gadis bertuah itu.

Kami sendiri tidak tahu dan masih menjadi tanda tanya. Gambar kat atas tu hanya hiasan je, jangan percaya itu bakal tunang Ashraf Muslim pula. Ashraf Muslim bakal melangsungkan majlis pertunangan nya di rumah ibu bapa bakal tunang nya di Gombak pada jam 11pagi 23 April ini.

Pada hari yang sama juga Ashraf Muslim akan mengadakan majlis perasmian kliniknya di Gombak yang akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ashraf Muslim

Ashraf Muslim a.k.a Ustaz Amirul

Ashraf Muslim yang popular dengan gelaran Ustaz Amirul melalui drama Ustaz Amirul di TV3 memberitahu klinik itu sudah beroperasi sejak 11 tahun lalu. Perasmian ini sempena penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsi nya, Lokman Abdul Hamid. Klinik itu diberi nama Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah terletak di Gombak.

Bakal tunang Ashraf Muslim kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Ashraf Muslim tidak mendedahkan nama pasangan nya itu. Kata Ashraf,

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,”

Serba sedikit kisah Ashraf Muslim yang kami tahu, beliau pernah bercinta dengan Sherry Ibrahim, itu lama dulu sekitar tahun 2008 namun terputus di tengah jalan. Ashraf Muslim juga menjalankan penternakan kambing di Melaka dan mendalami ilmu perubatan Islam. Rutin Ashraf Muslim banyak ke kampung-kampung dan merata tempat untuk mengubat orang dengan menggunakan ilmu perubatan Islam. Syabas Ashraf Muslim!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.