HANGAT!!! Tun Mahathir Makin Memburukkan Lagi Krisis Politik UMNO.. Jom Terjah!!!






Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabkan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu.

"Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman.

PARAH!!! (Video) DS Muhyiddin Akan Dibuang Kalau Terus ‘Rosakkan Umno’, Kata DS Tengku Adnan


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau mungkin akan terus dibuang daripada Umno sekiranya masih terus "merosakkan parti".
Setiausaha agung Umno itu berkata, Muhyiddin gagal melaksanakan tugasnya  untuk membantu Datuk Seri Najib Razak yang menjadi punca kepada penggantungan jawatannya yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam.

Hangat!!! Tan Sri Muhyiddin Dedahkan Bahawa Bekas Peguam Negara Tunjuk Bukti Derma 2.6 bilion, SRC Sah Jenayah.. Jom Terjah!!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.
"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Allahu Akbar!!! (Video) Pesawat TUDM Terhempas Dekat Kuala Selangor, Semua Kru Selamat.. Jom Terjah!!!



Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di Kuala Selangor, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Menurut kenyataan TUDMsemua lapan anggotanya dalam pesawat pengangkut CN235 itu selamat.
Kru pesawat dari Pangkalan Udara Subang itu dilapor diselamatkan nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

BERAPI!!! Presiden Amanah AKUI Sukar Dapatkan Sokongan Rakyat Tapi Berhasrat Tawan Putrajaya Pada PRU Nanti.. Jom Terjah!!!



KUANTAN - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti tersebut berdepan tugas getir dalam meraih keyakinan rakyat di negara ini.

Presidennya, Mohammad Sabu berkata, parti itu perlu berdepan dengan propaganda yang dimainkan pemerintah terutamanya membabitkan isu perkauman dan survival bangsa Melayu.

Namun parti tersebut tidak mahu mengalah dan akan bekerja keras dalam meraih keyakinan rakyat untuk bersama parti tersebut untuk membina masa depan lebih baik negara pada masa depan.

BERAPI!!! Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin Bakal Digantung Keahlian UMNO, Benarkah? Jom Terjah!!!



SABAK BERNAM: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih terus 'menyerang' presiden parti.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan mencadangkan pada mesyuarat majlis itu minggu ini supaya Muhyiddin digantung kerana tindakannya itu.

Terkini!!! EXCO Baharu Kedah Angkat Sumpah: Tahniah MB Kedah, DS Ahmad Bashah.... Jom Terjah!!!

ALOR SETAR: Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah yang baharu di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual berlangsung esok pagi.
Pelantikan EXCO itu selaras dengan Perkara 37(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah berikutan pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar pada 4 Feb lepas menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Gambar!!! Perkembangan Terkini Datuk Bung Moktar Radin Selepas Jalani Pembedahan Buah Pinggang.. Jom Terjah!!!

Bung semakin pulih selepas jalani pemindahan buah pinggang



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini melawat ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Najib berada kira-kira 15 minit di pusat perubatan itu untuk melawat Bung Mokhtar, diiringi Pengarah Perubatan, Perunding Pembedahan ENT, Datuk Dr Kuljit Singh.

HANGAT!! Pegawai Agama KDN, Zamihan Mat Zin Terima Arahan Tukar Serta-Merta Terbongkar.. Jom Terjah!!!


Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

BERANI!!! Isu Ekstremisme Agama: Dr Asri Setuju Debat, Tempahan Tiket Kapal Terbang.. Jom Terjah!!!



SHAH ALAM – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia, menyahut cabaran Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama di negara ini.

Memetik posting terbaharu Dr Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu, beliau telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh debat tersebut diadakan.

TERDEDAH!!! Punca Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari Letak Jawatan... Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari meletakkan jawatannya berkuat kuasa akhir bulan lalu selepas empat bulan memikul tanggungjawab itu dan tugas berkenaan kini dipangku oleh pemilik syarikat penerbangan itu sendiri, Ravi Alagendrran.

Jaafar berkata, beliau berpuas hati dan gembira kerana dapat membantu menubuhkan syarikat penerbangan tersebut dan kini mempunyai prospek kerjaya baharu yang ingin diberikan tumpuan.

Terbongkar!!! Punca Datuk Seri Mukhriz Mahathir Terpaksa Lepaskan Jawatan Menteri Besar Tersebar.. Jom Terjah!!!



ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah.  

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah. 

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.

Alhamdulillah!!! Kemelut Politik Kedah Berakhir, MB "SETUJU" Letak Jawatan Hari Ini? Jom Terjah!!!


Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya hari ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

"Petang tadi (semalam) ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati yang Mukhriz sudah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun dalam Kedah," kata sumber kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri mesyuarat dengan Adun Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora, Alor Setar.

PULAK!!! Benarkah Mukhriz Akan Dipecat, Istana Bakal Umum MB Baru Esok? Jom Terjah!!!


mukhriz sedih


ALOR SETAR: Tanda tanya kedudukan Mukhriz selaku Menteri Besar kini telah terjawab apabila beliau akan dipecat pada hari ini.

Menurut sumber yang terdekat dengan istana Mukhriz bakal dipecat kerana telah hilang sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri Kedah.

“Perjumpaan tadi amat baik, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan kenyataan semua Adun yang hadir.

ADUHH!!! Punca Semua Harga Kereta Proton 'WAJIB" Naik Pada 15 Februari Nanti.. Jom Terjah!!!


Proton Holdings Bhd akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua kereta Proton, berkuat kuasa 15 Februari 2016.
Langkah ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, menurut Proton dalam kenyataan semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.