HANGAT!! Pegawai Agama KDN, Zamihan Mat Zin Terima Arahan Tukar Serta-Merta Terbongkar.. Jom Terjah!!!


Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.

"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.

"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.

"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.

"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).

Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.

"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.

"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.

Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.

Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka.


-SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.